Memulakan Langkah Baru
Assalamualaikum & Salam perjuangan..
Lama tidak menulis di blog yang kian usang ni. Sejak menjejakkan kaki ke Malaysia, kepala saya tidak putus-putus diasak memikirkan dunia dan suasana baru yang bakal saya tempuhi. Zaman belajar, memang banyak cabaran yang ditempuhi. Kadang-kadang hingga tak tertanggung. Tetapi cabarannya tidak pelbagai. Berlainan apabila memegang status graduan. Semuanya terpaksa difikir. Cabarannya amat pelbagai dan tahapnya semakin tinggi. Expactation dari masyarakat menambah lagi tekanan.
Memulakan langkah baru, saya masih meneruskan proses “sharpen the saw” untuk menjadikan diri saya lebih kompeten. Caranya adalah dengan mengambil setiap peluang untuk bertemu dan bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat. Dari budak sekolah rendah hinggalah ke pakcik makcik di kampung, semuanya saya bergaul supaya saya tahu apa kehendak masyarakat. Semuanya dilakukan untuk menjadikan diri saya lebih bersedia menerima cabaran di medan amal Islami.
Tidak dilupakan ialah tanggungjawab kepada ahli keluarga. Tanggungjawab yang sangat berat ini mesti dibuat lantaran perintah Allah yang menyuruh menjaga diri kita dan ahli keluarga dari api neraka dalam ayat 6 surah at-Tahrim. Lebih menjadikan ia berat ialah apabila saya sudah menimba banyak ilmu agama. Sudah tiba masanya untuk menjaga keluarga saya dengan menyampaikan ilmu kepada mereka. Sudah tentu penyampaian itu dengan cara yang hikmah.
Kepada sahabat-sahabat yang membaca entry ni, saya harapkan doa daripada kalian supaya langkah baru saya ini diberkati dan tidak lari dari landasan perjuangan menegakkan agama Allah SWT. Malaikat-malaikat pasti akan mengaminkan doa dari muslim yang mendoakan muslim yang lain tanpa pengetahuannya..

..:Recent Comments:..