BARUA PKR: SALAHUDIN AYUB TIDAK BERSALAH DAN HANYA MENJALANKAN TUGAS

Salahudin

Saya melihat beberapa blog, FB, Twitter dan Whatapps mesej yang tersebar mengkritik Salahudin Ayub yang saya lebih mesra memanggil beliau ‘Abg Din’. Mood marahkan PKR kerana meletakkan jawatan adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Pool undian terakhir kajian pandangan oleh PPP juga menunjukkan kemarahan rakyat berkaitan perletakan jawatan bekas YB Kajang, Lee Chin Cheh . Kesannya, apabila mereka melihat beberapa pemimpin utama PAS bersama Dato Sri Anwar Ibrahim di dalam majlis pengumuman isu calon Kajang pada 28 Januari yang lalu.

Semalam, saya sempat telefon beliau bertanya dan berbincang ringkas tentang situasi yang berlaku. Ringkasnya, tohmahan yang menyatakan beliau agen PKR adalah salah sama sekali kerana beliau berada di situ adalah mewakili parti selepas mesyuarat di kalangan pemimpin pakatan rakyat. Selepas mendapat mandat daripada dewan harian PAS Pusat.

Secara ringkas, keputusan dewan Harian PAS Pusat telah memutuskan bahawa isu MB selangor dan isu pengosongan kerusi DUN Kajang adalah dua isu berbeza. Isu DUN Kajang adalah isu PKR dan PAS tidak berhak mencampuri urusan tersebut. Itu kerusi PKR dan itu hak dia di Kajang.

Adapun isu MB Selangor, ia adalah isu yang berbeza. Penentuan siapa MB bukan hak mutlak PKR, bahkan PAS mempunyai hak yang besar di dalam penentuan siapa MB, tambahan pula PAS mempunyai kelebihan 1 kerusi berbanding PKR di Selangor. Sebab itu, kenyataan akhbar PAS Selangor menjelaskan keputusan ini bahawa isu MB tiada kaitan dengan isu Kajang, sekalipun banyak desas desus menyebut bahawa DSAI bertanding di Kajang adalah bertujuan untuk menjadi MB menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kesimpulannya, Abg Din hanya menjalankan mandat keputusan parti dan menyertai sidang media tersebut adalah disebabkan semangat Pakatan Rakyat.

Dari satu sudut yang lain, tiada percanggahan antara kenyataan DPPM sebelum ini dengan kenyataan YB Salahudin dan kenyataan SU Agong PAS, Dato Mustafa Ali semalam.

Insyallah, saya akan terangkan nanti.

Zaharudin Muhammad,
Ketua Penerangan DPPM.

By budokfelda Posted in Siasah

PAS Perlu Utamakan Isu Melayu, Mahu Tidak Mahu Jika Hendak Menang

“Tiada seorang pun Bumiputra Islam yang memenangi PRN Sarawak untuk Pakatan Rakyat. Orang Melayu/Melanau/Kedayan masih takut mengundi PR. Mengapa?

Sedar atau tidak sedar, didalam PRN ini, Pakatan Rakyat tidak membawa satu isu langsung yang solid dan kukuh yang ada hubungkait dengan orang Melayu/Melanau/Kedayan. Apa yang terjadi ialah isu yang menakutkan orang Melayu/Melanau/Kedayan yang ‘sengaja’ dilontarkan oleh rakan PR iaitu DAP yang gatal mulut untuk menamakan Baru Bian sebagai Ketua Menteri Sarawak jika PR menang.

Jika hamba menjadi pengundi, hamba sendiri akan fikir 2-3 kali untuk mengundi PR. Jika hamba golongan tidak berpartilah. Hamba pasti akan terfikir tidak akan mengundi PR kerana takut Sarawak akan diperintah oleh Kristian.

Pasti akan ada golongan penyokong PR akan berkata, ‘lebih baik orang kafir perintah Sarawak daripada orang munafiq memerintah Sarawak’. Agak-agaknya, orang Melayu/Melanau/Kedayan boleh terima ke alasan begitu? Semestinya tidak!

Keputusan yang memberangsangkan PBB, yang memenangi semua kerusi dan berjaya menambahkan majoriti terutama di DUN majoriti Melayu/Melanau, kecuali 4 DUN yang dipertandingi oleh PAS, menunjukkan ketakutan itu memang wujud. Perlu diingat, Islam adalah golongan minoriti di Sarawak. Maka mahu tidak mahu, Bumiputra Islam di Sarawak terpaksa mengekalkan Taib Mahmud yang memang dibenci oleh mereka untuk tidak mahu Islam pula yang akan dipertaruhkan daripada tanah dan kekayaan mereka.

Jika BN menang, orang Melayu/Melanau akan kekal menjadi KM, dan jika PR menang, orang Ulu Kristian akan menjadi KM. Terus-terang kepada yang membaca, jika anda semua berada dipihak Bumiputra Islam yang akan mengundi, siapa yang akan kamu undi?

Jangan anggap ini isu remeh, jangan anggap ini isu temeh. Keputusan menamakan Baru Bian sebagai KM PR bagi Sarawak adalah satu keputusan yang menyusahkan PAS dan PKR untuk memenangi kerusi di Sarawak. Mungkin ada isu lain yang menyebabkan kekalahan PR, dan memang ada isu lain. Namun hamba ingin mengetengahkan isu ini kerana BANYAK isu Pakatan Rakyat yang dilihat oleh orang Melayu tidak mesra Melayu.

PAS mesti tegas dalam isu ini. Ketegasan untuk meraih semula undi Melayu yang semakin susut adalah satu keutamaan yang sepatutnya PAS lakukan. Jangan HANYA menumpukan isu-isu berkaitan kebaikan bersama,tetapi PAS perlu juga mengetengahkan isu yang khusus untuk kepentingan orang Melayu.

Pelik lagi ajaib, sekarang ini jika bercerita berkenaan kepentingan orang Melayu, maka ada suara-suara yang mengatakan ianya adalah satu perkara rasis dan perlu dihentikan dengan serta merta. Tetapi jika ianya berkaitan dengan isu kaum Cina dan terutama India, ianya berkaitan dengan isu kesaksamaan. Ini satu cerita yang tidak betul dan PAS wajib memperbetulkannya.

Jangan pula menganggap, memainkan isu Melayu ini tidak berlandaskan Islam. Siapa kata begitu? PAS bukannya perlu memainkan isu ketuanan Melayu, tetapi PAS perlu memperjuangkan HAK orang Melayu di Bumi Tanah Melayu ini. Isu-isu Melayu yang berkaitan dengan Islam yang dahulunya PAS adalah juara, mengapa perlu disenyapkan pula? Isu kepentingan Melayu yang ada hubungkait dengan Islam adalah satu perkara biasa kepada PAS, jadi mengapa hendak kekok setelah bersama dengan PR?

Jangan terlepas isu Melayu kepada umno. Nanti PAS akan gigit jari untuk menang lagi….

http://ibnmustaffa.blogspot.com/”

Dipetik dari :  http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=4944&mode=thread&order=0&thold=0

By budokfelda Posted in Siasah

Intipati Ucapan Presiden PAS Sempena Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2

 

MUKADDIMAH

Yang Dihormati Saudara Pengerusi, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), YAB Saudara Lim Guan Eng – Setiausaha Agung DAP – Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Dihormati Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail – Presiden PKR, Seluruh Anggota Kepimpinan  PAS – PKR – DAP, YAB Menteri Besar Kelantan – Kedah – Selangor, NGO, para tetamu dalam dan luar negara, Wakil-wakil Kedutaan Asing, Ahli-ahli Yang Berhormat serta seluruh perwakilan dan pemerhati sekalian.

Kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kita sekali lagi berada dalam kesempatan yang sangat bermakna di penghujung tahun 2010, setelah setahun lalu kita sama-sama melakarkan sejarah dengan mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama di Shah Alam pada bulan Disember 2009.

Tentunya Konvensyen Pakatan Rakyat kali kedua ini pula akan menjadi medan kita bermuhasabah, menilai keperluan, menanda aras pencapaian dan menambahbaik tindakan, setelah kita diberikan amanah menguruskan kerajaan di empat buah negeri dan seterusnya memimpin rakyat untuk membuat perubahan di negeri-negeri yang lain, insyaAllah.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

KETETAPAN KONVENSYEN PERTAMA

Setahun yang lalu, kita telah sama-sama menerokai dasar bersama yang dipersetujui, dengan rangka matlamat melaksanakan muafakat yang sangat bermakna dalam negara kita ini bagi membebaskan negara dari kemelut yang sangat menekan rakyat dan penuh dengan penyakit di segenap sudut, seterusnya membentuk gagasan alternatif terbaik untuk negara.

Maka kita telah mencorakkan dasar bersama yang penting di bawah Muafakat Rakyat iaitu untuk (1) Mengembalikan demokrasi telus dan tulen, (2) Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil, (3) Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan dan (4) Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara.

Semua dasar bersama ini akan terus dilaksanakan selari dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan suatu  penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka.  Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya.

Dalam hal ini, PAS akan terus menjadi penjaga amanah bagi memperkasakan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, di mana perubahan kita adalah dalam ruang lingkup undang-undang negara dengan mengambilkira Islam sebagai agama rasmi negara, dengan meletakkan Islam berdasarkan kepada maknanya yang sebenar. Dalam masa yang sama agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana sahaja di negara kita ini.

PAS percaya bahawa kekeliruan terhadap Islam yang adil yang ingin dibawa oleh PAS berlaku kerana contoh dan tafsiran salah terhadap Islam yang ditunjukkan oleh UMNO selama ini, sehingga melahirkan pemimpin yang tidak amanah, dan berkuasa melalui rasuah serta penipuan.

PAS percaya bahawa keadilan sejagat Islam yang sememangnya bersesuaian dengan fitrah manusia boleh menjadi tiang seri yang mampu untuk menyatukan hati manusia. Kita mesti menyedari bahawa di sana ada perkara yang sama dan berbeza dalam kalangan manusia yang perlu diraikan. Islam mengiktiraf kewujudan pelbagai kaum, dan perpaduan itu mestilah berteraskan rasa saling hormat menghormati dan kenal mengenal di atas sifat kemanusiaan serta dilayan dengan adil, walaupun berbeza agama dan kaum.

Firman Allah SWT  :

Maksudnya :

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. [49:13]

Kita juga telah bersetuju untuk terus melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153, mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan, memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, dan dalam masa yang sama melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

Seluruh ketetapan yang sama-sama kita lakarkan dalam konvensyen yang lalu, sebenarnya telah menjawab segala tohmahan jahat dari pihak musuh politik kita bahawa kononnya Pakatan Rakyat adalah golongan yang tidak memahami perlembagaan dan akan menjual rakyat dengan harga yang murah.

Hakikatnya, merekalah yang sebenarnya tidak menghormati tonggak demokrasi berparlimen, apabila dengan penuh keangkuhan telah menggunakan kuasa bagi menyingkirkan Ahli Parlimen kita dari Parlimen Malaysia. Apa yang berlaku hingga kini ialah, mereka takut untuk berhujah dan gagal memberikan apa-apa jawapan yang meyakinkan mengenai isu yang diperkatakan. Merekalah sebenarnya yang telah memberikan nama buruk negara ke persada dunia.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

PERSIDANGAN SHAH ALAM 2010

Selain dari itu, kita juga menjadikan persidangan yang dihadiri oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan Negeri, semuanya dari Negeri Pakatan Rakyat pada 29 November lalu sebagai komitmen kita untuk menambahbaik aspek ekonomi, sosial, politik dan pentadbiran kerajaan yang kita pimpin.

Saya amat berharap agar segala buah fikiran dan perancangan yang begitu baik itu tidak menjadi bahan yang tinggal di atas kertas sahaja, tetapi diberikan kefahaman kepada pegawai pentadbiran kerajaan agar mereka memahami aspirasi kita dan seterusnya melaksanakannya.

Continue reading

By budokfelda Posted in Siasah

Ust Hassan arkitek tak bertauliah

Oleh : Subky Latiff

ALMARHUM Dato  Fadzil Noor selalu menyifatkan Ustaz Hassan Shukri sebagai arkitek tak bertauliah. Dan Almarhum Ustaz Hassan Shukri menerimanya dengan senyum dan senang hati atas jolokan arkitek  tak bertauliah itu kerana ia satu penghormatan kepada kebolehannya membina bangunan yang ada hubungan kegiatannya.

Misalnya Surau Tarbiyah di Taman Melewar, Batu Caves Kuala Lumpur. Surau yang dibina kerajaan itu diberi nama Surau Tarbiyah dipercaya dia yang memberi namanya.

Nama Tarbiyah yang bermaksud pendidikan itu sangat dekat di hatinya. Apabila dia membina markaz PAS juga di Taman Melewar, lalu dinamakannya Markaz Tarbiyah PAS Pusat pula.

Semasa dia menjadi Setiausaha Agung PAS di bawah pimpinan Haji Yusof Rawa dan Ustaz Fadzil Noor digalakkannya negeri dan kawasan PAS membina Markaz Tarbiyah masing-masing sebagai pusat pentadbiran parti dan sekali gus menjadi musalla.

Surau Tarbiyah tadi dibina mengikut pelan disediakan kerajaan. Selama lebih 30 tahun dia jadi pengerusi surau itu macam-macam pindaan dan tambahan pada bangunan itu. Kebanyakan penyesuaian itu adalah mengikut reka ciptanya.

Ketika PAS di Wilayah Persekutuan dan PAS Pusat sukar untuk mendapatkan tempat untuk berbagai perhimpunan, Hassan Shukri, bekas Setiausasha Agung dan bekas Timbalan Presiden PAS yang meninggal tengah hari 14 Jun 2010 lalu telah membelikan satu lot tanah untuk PAS Terengganu di sempadan Selangor di Taman Melewar sebagai tapak rumah bagi pemimpin-pemimpin Terengganu yang selalu datang ke Kuala Lumpur.

Tetapi PAS Terengganu membiarkan saja tapak yang bersebelahan dengan rumah Ustaz itu. Saya selalu menganjurkan ceramah – kadang-kadang tiap-tiap minggu di rumah Ustaz Hassan. Dia tidak pernah menolak. Tetapi bila ceramah berakhir pukul 12 malam, isterinya terpaksa mengemas rumah hingga pukul 2 pagi.

Ia mengganggu anak-anaknya yang masih kecil hendak bersekolah esoknya. Lalu saya berpakat dengan PAS Taman Melewar untuk memanfaatkan tanah PAS Terengganu bagi mengadakan ceramah. Kami cadang untuk membinanya seperti kandang, memadai ada bumbung dan dinding ikut keadaan kerana ia tanah orang Terengganu. Ia boleh mengambil tapak itu bila ia rasa ia mahu bina rumah.

Bila Ustaz Hassan mendengar cadangan itu dia pun mencadangkan supaya dibina Markaz Tarbiyah. Pelan asal  markaz itu digarisnya di atas tanah saja di depan tukang dari Indonesia dan pelajar-pelajar lulusan kejuruteraan yang tinggal di sekitar kawasan itu.

Dari garis di atas tanah itu mereka mendirikan rangka bangunan. Bila terdiri tiang, ada pula yang menghantar pasir, simen, besi, kayu dan lain-lian. Kami tidak banyak mengeluar modal. Ada orang datang untuk memberi belanja siling, ada yang menyumbangkan pintu dan  tingkap.

Dari semasa ke semasa Uztaz Hassan mengarahkan pelajar dan tukang-tukang itu buat begitu dan begini.

Bila siap bangunan itu ada pula lot-lot sebelah dan di belakang bangunan hendak dijual. Ustaz Hassan beli dan sambung pula markaz itu di lot yang baru dibeli itu.

Sejak pertengahan tahun 1980an hingga tahun 2000 markaz itu bertambah besar dari semasa ke semasa kerana orang-orang di situ sedia pula menjual  tanahnya pada Ustaz Hassan. Ustaz Hassan beli  lot-lot itu untuk PAS.

Setiap kali lot baru dibeli, Ustaz Hassan membentang pelan tambahan baru bangunan. Ustaz Fadzil yang tidak pernah membantah cadangannya menyerahkan saja kepada budibicara arkitek tak bertauliah itu.

Daripada sebuah bangunan dua tingkat asalnya, ia menjadi sebuah komplek yang ada dewan, bilik mesyuarat, pejabat pentadbiran, bilik solat bahkan ada pula tempat orang menumpang bermalam. Rombongan bas dari Kedah dan Kelantan selalu singgah bermalam di situ.

Semua reka bentuk komplek itu hasil ciptaan Ustaz Hassan sendiri.

Dia tidak pernah belajar ilmu pertukangan. Dia adalah seorang lulusan agama. Tetapi dia minat dengan mereka bentuk rumah atau bangunan menjadikan dia tahu teknik-teknik pertukangan.

Markaz Tarbiyah PAS itu adalah karya seninya.

Sejak terbinanya Markaz Tarbiyah itu PAS tidak sukar lagi mengadakan  Mukktamar. Sebelumnya PAS menyewa di Dewan Bahasa untuk bermuktamar. Kadang-kadang muktamar terpaksa ditunda kerana kerajaan hendak menggunakan dewannya. Acap tempahan dibatalkan. Mungkin ia satu cara kerajaan membuli PAS.

Selepas markaz itu didirikan PAS bebas mengadakan berbagai kegiatan. Parti-parti yang bersekutu dengan PAS selalu memanfaatkannya.

Beberapa tahun lalu Pejabat Agung PAS berpindah ke Jalan Raja Laut di pusat bandar Kuala Lumpur. Markaz Tarbiyah tidak lagi jadi tempat pentadbiran. Ia digunakan untuk kegiatan lain.

Sekarang markaz itu sedang dirombak untuk dijadikan kampus bagi kolej universiti Prof. Zuklifli Mohamad. Struktur bangunan itu dikekalkan tetapi renovasinya banyak mengubah bentuk seni rekaan Ustaz Hassan Shukri itu.

Kata Ustaz Hassan pada saya kalau sebahagian  dari peralatan lama dikekalkan, banyak perbelanjaan dapat diselamatkan. Kalau peruntukannya katakannya satu juta ssetengah, separuh daripadanya boleh diselamatkan untuk pentadbiran kolej itu nanti.

Arkitek tak bertauliah itu memerhatikan saja pembinaan semula bangunan itu. Sebulan   dua lagi mungkin dapat disiapkan. Tetapi dia tidak sempat menyaksikan bangunan itu disiapkan bagi fungsinya yang baru dan tidak dinamakan Markaz Tarbiyah lagi kerana secara mengejut dia dipanggil pulang ke Rahmatullah.

Tetapi dalam masa 25 tahun terakhir ini dia bolehlah dikira bapa pembinaan markaz tarbiyah, bukan saja bagi Markaz Tarbiyah PAS Pusat yang terseregam itu tetapi markaz tarbiyah tumbuh di merata tempat untuk memberi laluan kepada umat mengembangkan agama Allah.

By budokfelda Posted in Siasah

Dulu dan Kini : Di Mana Kita?

Oleh : Ustaz Mokhtar Senik

Melihat kepada berbagai kemelut politik dalaman sejak akhir-akhir ini, mengingatkan saya kepada Pas di awal-awal tahun 80an. Kerinduan berputik ditangkai hati,untuk dapat menikmati manisnya liku-liku perjuangan. Rindu rasanya untuk melalui kembali saat manis berusrah. Saat manis berukhuwwah dan makan setalam dalam program Pas. Saat manis bermathurat lewat qiamullail jamaaei yang dianjurkan oleh Pas dimarkaz Pas yang pastinya serba sederhana. Saat manis mendengar rintihan doa-doa pimpinan yang merayu kemenangan untuk Pas,Mujahidin di Afghanistan dan diserata dunia. Saat manis melihat airmata pimpinan dan ahli Pas menitis ketika berlakunya peristiwa Lubuk Merbau dan Memali. Saat manis mendengar pidato pimpinan yang bersemangat menancap keampuhan akidah didada para hadirin. Saat manis melihat ahli-ahli Pas yang datang dari jauh memenuhi kebun-kebun getah dan tanah sawah yang kering untuk berijtima. Saat manis mendengar siri-siri kuliah pimpinan Pas yang menyedarkan hadirin betapa perjuangan ini memerlukan pengorbanan dan kejujuran. Saat manis melihat betapa “tok ayah” yang datang jauh dari kampung pendalaman menghulurkan duit “Samah” ( 50 sen) kedalam kopiah lembik yang dihulurkan kepadanya dalam perlancaran derma kilat Pas. Ketika duit samah yang diambil dari lipatan plastik lusuh yang digulung dalam kilas kain pulikatnya itu dihulur, terpancar keikhlasan yang sungguh dari wajah tua yang tiada yang diharapkan kepada Pas ini selain harapan untuk memacu sebuah perjuangan Islam sehingga keakhirnya. Ketika itu saya berusia pertengahan belasan tahun, dan masih dalam dunia pengajian. Namun kemanisan itu masih melekat kukuh dalam jiwa saya hingga saat ini.

Ketika itu Ahli-ahli Pas cukup puas dengan keyakinannya, walaupun jumlah mereka tidak ramai disesebuah kampung. Bahkan hak-hak mereka sering dinafikan oleh Tok Pengawa,Tok Penghulu dan JKK Umno. Namun mereka cukup istiqamah dengan apa yang pimpinan dan ulama ajar kepada mereka. Sifat “Sami’ Na wa Atho’ Na” benar-benar muncul dalam amalan mereka. Mereka patuh dan taat kepada pimpinan bukan kerana mereka “orang bodoh” yang tiada idea dan wawasan. Tapi oleh kerana tebalnya rasa hormat mereka kepada pimpinan, dan fahamnya mereka tentang adab-adab berjamaah maka segala rasa tidak puas hati itu mereka luahkan secara sangat tertib melalui saluran yang telah ditetapkan oleh Islam. Wala’ mereka kepada jamaah dan pimpinan sangat tinggi. Mereka akur dengan pandangan jamaah bukan kerana mereka orang-orang dungu yang hanya layak jadi “Pak Turut”, tetapi dek berkesannya asuhan yang mereka perolehi dari usrah-usrah Pas dan kuliah-kuliah agama yang disampaikan oleh pimpinan kepada mereka, maka mereka tahu membezakan antara “tidak puas hati” dengan “keputusan jamaah”. Walaupun ilmu dan asuhan itu mereka perolehi dari usrah-usrah kekampungan dan ceramah-ceramah dalam kebun-kebun getah, namun kerana ikhlasnya mereka, Allah berikan mereka sifat tawadhu’ yang sangat mulia dan persaudaraan islam yang sungguh manis.

Keadaan itu telah beransur pergi meninggalkan kita. Watak-watak baru telah muncul. Samaada kerana mereka tidak pernah berada dalam usrah-usrah Pas atau kerana telah ada orang lain yang “merasuk” akhlak mereka sehingga muncul suara-suara “histiria” yang merobek adab terhadap pimpinan. Sifat “biadap” dengan apa alasan sekalipun tidak pernah diterima oleh Islam sebagai budaya yang mulia. Yang menghairankan ialah munculnya watak-watak angkuh itu saat Pas telah dipenuhi oleh orang-orang “hebat” yang “educated”. Dimana letaknya nilai-nilai educated itu?. Ilmu tiada nilai jika tidak disertai adab. Atas nama “hak bersuara”, maka jamaah dan pimpinan dikritik dimana-mana Kononnya kerana kita hidup di era informasi. Apakah era informasi itu bermakna era “tanpa syariat”? era tanpa “adab”? era berjamaah tanpa “wala”?. Apakah kerana merasa “gah” bilama sering dijemput kestudio untuk berwacana maka kesopanan dan adab berjamaah tidak perlu diutamakan lagi?. Sayang..bilamana manusia berpelajaran dalam dunia informasi ini rela dijadikan “peluru” untuk musuh menembak pimpinan dan jamaahnya sendiri. Orang-orang kampung Memali dipendalaman Baling sangup di “tembak” kerana mempertahankan pimpinan dan tokguru mereka. Tapi kita yang berpelajaran yang berseminar di dewan-dewan berhawa dingin pula menjadi “penembak” pimpinan dan tokguru sendiri. Sesungguhnya menjadi orang jahil yang mulia lebih baik dari menjadi orang berilmu yang hina.

Sahabat-sahabat yang dimuliakan Allah. Marilah kita kembalikan kemanisan perjuangan ini dengan akidah,akhlak,ukuwwah, adab dan wala’ yang sejahtera terhadap jamaah dan pimpinan. Ada orang berjuang kerana mahukan pangkat dan kedudukan, ada orang berjuang kerana mencari pahala dan kebajikan dan ada orang yang berjuang kerana mencari “cinta” Rabbnya. Di manakah kita?.

By budokfelda Posted in Siasah

Gambar TG Nik Aziz ziarah jenazah adinda TG Hj Abd Hadi

13 Februari 2010 :: Rusila

Tok guru Hj Abd Hadi menyambut ketibaan Tok guru Nik Abd Aziz di rumah beliau sebelah Masjid Rusila

Ketibaan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat di sambut oleh orang ramai yang datang mengziarahi jenazah Adinda kepada Tok Guru Hj Abd Hadi

 

Suami arwah, Hj Razali menyambut Tok Guru Nik Abd Aziz

 

Hj Razali menerima ucapan takziah dari Tok Guru

 

Dato Mustaffa Ali bersama-sama 2 Tok Guru

 

Jenazah Dibawa turun dari rumah Tok Guru Presiden untuk dibawa ke Masjid

 

Ustaz Mat, anak kepada arwah dan Tok Guru Hj Abd Hadi mengiringi Tok Guru Nik Aziz menuju ke Masjid untuk solat Jenazah

 

sumber : http://muslimeen-united.blogspot.com/ 

By budokfelda Posted in Siasah

Presiden PAS : Tiada Percanggahan Antara Saya & Tuan Guru Nik Aziz

Oleh : Muslimeen-United

MARANG – Tidak ada percanggahan diantara Presiden PAS, dengan Mursyidul Am, dan tidak ada pemisahan antara agama dengan cara hidup dalam Islam.

Demikian kata Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika mengulas isu perbincangan antara PAS-Umno yang kini ‘timbul kembali’.
”Apa sahaja masalah dalam dunia ada kaitan dengan agama. Di mana, Tuan Guru Nik Aziz bercakap dalam konteks ‘ad-deen’ (agama dengan cara yang menyeluruh) dan saya mungkin menyentuh aspek-aspek tertentu. Sebenarnya, tidak ada percanggahan antara saya dengan Tuan Guru Nik Aziz,”jelasnya dalam satu wawancara khas yang diadakan di kediamannya, di Rusila, semalam.

Menurutnya, apa yang disebut oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz ialah tentang surat yang dihantar kepada Perdana Menteri.

”Surat itu menyatakan PAS sedia berbincang dengan Umno dalam aspek Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini sebagai satu penyelesaian cara hidup bagi negara kita,

”setelah kita melihat kegagalan-kegagalan yang dialami dalam negara kita talu-bertalu-talu,”ujarnya.

Beliau berkata, antara masalah yang dihadapi oleh Negara adalah masalah politik yang belum selesai dan masalah ekonomi serta sosial yang semakin parah

Katanya, Umno sepatutnya mencari penyelesaiannya dan PAS bersedia mengemukakan cadangan-cadangan penyelesaian secara Islam.

”Dalam hal ini, kita mengambil sikap yang terbuka dan boleh berbincang dengan semua pihak termasuk dengan kerajaan,”katanya.

Beliau berkata PAS pernah melibatkan diri dengan forum Islam, bukan sahaja melalui Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun), bahkan, PAS pernah menyertai Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen).

Katanya, PAS pernah menyertai apa sahaja forum secara khusus yang diatur oleh kerajaan.

”Termasuklah yang terkini dalam isu kalimah Allah. Di mana, PAS telah menghantar wakil dalam perbincangan dengan IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia),

”Dan kita mengemukakan pandangan kita sebagaimana dalam al-Quran dan Hadis Nabi SAW. Sebagaimana yang dinyatakan oleh ulama’-ulama’ dalam kitab yang banyak yang dikarang oleh mereka,”katanya

By budokfelda Posted in Siasah

Bilamana UMNO tidak menyerang PAS

Oleh : Dato’ Tuan Ibarahim Tuan Man

Berada di kerusi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti bukanlah sesuatu tempat yang mudah dan selesa. Ia adalah tempat yang akan menerima pelbagai kecaman dan kritikan, dan di waktu yang sama saya tidak boleh membela diri kerana sebarang jawapan kepada kritikan berhubung keputusan JK Disiplin, akan mendedahkan beberapa maklumat sulit parti, yang tidak perlu diketahui oleh umum.

Sewaktu saya ditawarkan jawatan ini, saya merayu beberapa kali agar melantik orang lain, bukan untuk lari dari amanah, tetapi ianya tidak sesuai dengan jiwa saya. Saya tidak suka menghukum orang, apa lagi untuk menjatuhkan hukuman ke atas sahabat satu jamaah. Bahkan saya sangat bersetuju suatu pindaan Perlembagaan parti perlu dibuat agar Pengerusi JK Disiplin tidak diambil dari kalangan AJK Pusat; kerana ia akan dilihat ‘tidak adil’ terutama bilamana kita terpaksa membicarakan AJK sendiri atau pemegang jawatan parti. Undang-undang bukan sahaja perlu adil, tetapi juga perlu dilihat adil. Mungkin satu masa yang terdekat perkara itu akan dipinda, dan itulah harapan saya. Bukan untuk lari dari amanah, tetapi untuk kebaikan parti yang terus berkembang dan akan pasti berhadapan dengan lebih banyak karenah dalaman.

Bilamana saya dihadapkan dengan kes membabitkan dua tokoh di Selangor , Dato’ Dr Hassan Ali dan YB Khalid Samad, kedua-duanya adalah sahabat baik yang semua orang tahu. Saya mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan Khalid Samad, bahkan kalau ke Shah Alam, Markaz PAS Seksyen 18 adalah tempat penginapanan saya. Di situlah saya berehat dan tidur selepas program di Shah Alam, dan Khalid Samad antara orang terawal saya hubungi, memaklumkan bahawa saya masuk kawasan jajahan takluknya, sebagai Ahli Parlimen. Biasa kami akan berjumpa, minum-minum berbual-bual. Bahkan selepas hukuman dijatuhkan kepada beliau saya hubunginya di luar Negara, memaklumkan keputusan, dan memohon keampunan Allah kalau saya tersilap dalam membuat keputusan kepada sahabat sendiri.

Continue reading

By budokfelda Posted in Siasah

PAS adakan seminar ganti muktamar khas

hadipress2

KUALA LUMPUR, 29 Okt: PAS akan mengadakan satu seminar khas bagi membincangkan halatuju parti itu bagi menggantikan muktamar khas yang dicadangkan oleh Mursyidul Amnya.

Seminar yang bakal disertai oleh lebih 1000 perwakilan dari seluruh negara itu akan diadakan 7 November ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Antara yang akan dijemput memberikan pandangan nanti adalah Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Demikian beritahu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya jam 1.00 pagi tadi.

Sidang media itu diadakan selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

hadipressSelain itu, mesyuarat khas itu juga mengambil ketetapan agar Lembaga Disiplin PAS yang dipimpin oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyiasat semua dakwaan terhadap PAS Selangor.

Lembaga ini akan mencadangkan tindakan disiplin kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar disiplin parti.

Dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi memaklumkan, isu Kerajaan Perpaduan ditutup sepenuhnya dan tidak akan berbangkit lagi.

Turut serta dalam sidang media selepas mesyuarat berjalan mulai jam 9.00 malam hingga 1.00 pagi itu adalah Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali serta Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan Tantawi.

By budokfelda Posted in Siasah

Kenali Gerakan Islam di Dunia

Berikut butiran ringkas gerakan-gerakan Islam selepas kejatuhan Khilafah Islamiah pada tahun 1924.

1924

Sheikh Bediuzzaman Said An-Nursi.Nama : Jama’ah An-Nur

Pengasas : Sheikh Bediuzzaman Said An-Nursi.

Tahun / Tarikh : 1924 ( selepas kejatuhan Khilafah )

Negara : Turki.

* Bertahan selama 9 bulan sahaja dan diharamkan.

1928

As-Syahid Imam Hasan Al-BannaNama : Ikhwanul Muslimin

Pengasas : As-Syahid Imam Hasan Al-Banna.

Tahun / Tarikh : 1928

Tempat : Ismailiyah.

Negara : Mesir.

Rangkaian : Jordan, Syria, Lubnan, Sudan, Afrika Utara, Iraq dan lain-lain.

1941

Sayyid Abul A’la Al-MaududiNama : Jamiat Islami

Pengasas : Sayyid Abul A’la Al-Maududi

Tahun / Tarikh : 26 Ogos 1941

Tempat : Lahore

Negara : Pakistan

Rangkaian : Benua India – Sri Lanka, Bangladesh, Afganistan, India ( 1947 – Syah Waliyullah Ad-Dahlawi ).

1944

Nama : Parti Al-Ummah

Pengasas : Sadiq Al-Mahdi

Tahun / Tarikh : 1944

Tempat : Khartoum

Negara : Sudan

· Sekarang Ikhwanul Muslimin – Dr.Hasan Turabi.

1945

Pak NatsirNama : Majlis Syura Muslimin ( Masyumi )

Pengasas : Haji Mohammad Natsir ( Pak Natsir )

Tahun / Tarikh : 08 November 1945

Tempat : Yogjakarta

Negara : Indonesia

Diharamkan : 17 Ogos 1960

1947

Nama : Al-Jamahir Syabiyah

Pengasas : Ust Muhammad Mahmud As-Sawaf

Tahun / Tarikh : 1947

Tempat : Baghdad

Negara : Iraq

Diharamkan : 1952

· Sekarang Ikhwanul Muslimin

1948

Ust Hj Abu Bakar Al-BaqirNama : Hizbul Muslimin

Pengasas : Ust Hj Abu Bakar Al-Baqir

Tahun / Tarikh : 14 Mac 1948

Tempat : Gunung Semanggol, Perak Darul Ridzuan

Negara : Malaysia

Diharamkan : Jun 1948

1951

Nama : Parti Islam Se-Malaysia ( PAS )

Pengasas / Pimpinan : Haji Ahmad Fuad

Tahun / Tarikh : 24 November 1951

Tempat : Bagan Tuan Kecil, Pulau Pinang

Negara : Malaysia

1987

As-Syahid Sheikh Ahmad YasinNama : Harakatul Muqawwamatil Islamiah ( HAMAS )

Pengasas : As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin

Tahun / Tarikh : 08 Disember 1987

Tempat : Ghazzah ( Gaza )

Negara : Palestin

· Lanjutan dari Ikhwanul Muslimin Palestin – 1948

1989

Prof Abbas MadaniNama : Front Islamic Salvation ( FIS )

Pengasas / Pimpinan : Prof Abbas Madani dan Sheikh Ali Benhaj

Tahun / Tarikh : 18 Februari 1949

Negara : Algeria

Diharamkan : 09 Februari 1992

1998

Nama : Partai Keadilan Sejahtera ( PKS )

Pengasas / Pimpinan : Dr.Ir Nurmahmudi Ismail dan Dr.Hidayat Nurwahid

Tahun / Tarikh : 20 Julai 1998

Tempat : Jakarta

Negara : Indonesia

2001

Recep Tayyip ErdoganNama : Parti Keadilan & Pembangunan Turki ( AK Party )

Pengasas / Pimpinan : Recep Tayyip Erdogan

Tahun / Tarikh : 14 Ogos 2001

Negara : Turki

· Lanjutan dari Parti Refah – Prof Nejmuddin Erbakan

By budokfelda Posted in Siasah