PAS tidak pernah menggadaikan prinsip perjuangannya

Kata Khir Toyo PAS kini telah berubah dari sebuah parti “ultra” Islam kepada parti Islam “liberal”. Beliau mendakwa demikian kerana katanya PAS kini sudah menguburkan segala prinsip perjuangan negara Islamnya. Saya perhatikan antara yang terawal memberikan reaksi terhadap tuduhan Khir ini adalah Sdr Khairul Faizi, EXCO Pemuda PAS (Ketua Pemuda PAS Johor). Kata Faizi :

PAS tidak pernah mengubah prinsip Islamnya semata-mata untuk mendapatkan sokongan rakyat termasuk ketika mengadakan kerjasama dengan pembangkang termasuk DAP

Tambah beliau:

Walaupun bekerjasama dengan DAP, PAS tidak pernah menggadai prinsip perjuangan atau perlembagaan parti yang berteraskan al Quran.

Layaklah Khir diberi penerangan oleh anak muda yang jernih dan jelas pendirian dan pemahaman berkenaan asas perjuangan partinya. Dan sememangnya Khir pun tahu, cuma beliau cuba menyerang di dalam gelap. Sejak bila pula PAS menjadi parti “ultra” Islam? Adakah kerana memperjuangkan Islam, mengajak kepada yang makruf dan menentang yang mungkar maka PAS jadi “ultra”? Mungkin kehilangan kerusi MB yang disentap dari pada beliau itu telah benar-benar menyasaukan fikiran Khir, barangkali.

Apa pun PAS tidak pernah menjadi “ultra”, seingat saya yang pernah dicap “ultra” iaitu “ultra” Melayu adalah Tun Dr Mahathir sehingga beliau dipecat dari Umno oleh Almarhum Tunku. PAS adalah sebuah parti Islam. Jika ada ahlinya yang berpendirian atau bersikap “ultra”, ia tidak akan berjaya, kerana asas kekuatan PAS terletak pada al Quran dan Sunnah, dan diperhati serta dipimpin pula oleh para ulamak yang ikhlas dan jujur.

Demikian juga jika ada kalangan tertentu dalam PAS yang mahu mengambil pendekatan liberal, mengubahsuai parti untuk kepentingan politik dan peribadi, mereka juga akan gagal, kerana aliran sedemikian tidak mendapat tempat dalam parti. PAS tidak pernah berpura-pura untuk mendapat atau mengekalkan kuasa, matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Orang liberal, moderat, apalagi sekular tidak pernah kekal dalam perjuangan ini, yang kekal adalah mereka yang akur dan taat pada perjuangan asal.

PAS didukung oleh hampir sejuta ahli, yang istiqomah dan komited menerima dasar dan prinsip perjuangan Islamnya. Mereka ini akan bangkit mempertahankan dasar dan prinsip itu tidak kira samada PAS menang atau kalah, kerana itulah PAS dapat bertahan sehingga ke hari ini (sedangkan Umno telah mati dan dihidupkan semula dizaman Mahathir).

Oleh itu Khir tidak perlu bimbang atau mereka-reka cerita yang bukan-bukan, kalau Umno mahu liberal atau mahu jadi moderat atau “ultra” akibat dipukul tsunami politik baru-baru ini terpulanglah, PAS insyallah kekal begini dan akan membuka ruang kepada sesiapa sahaja khasnya ahli-ahli Umno termasuk Khir sendiri, bila-bila masa untuk bersama dalam perjuangan yang benar ini yang insyallah akan menyelamatkan agama, bangsa dan negara.

 

Dipetik dari blog Roslan SMS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s