Menanti Second Round

Last Paper aku telah habiskan tadi. Puas hati rasanya walaupun belum tahu lagi keputusannya bagaimana. Musim imtihan kali ni agak kucar kacir bagiku kerana persiapan yang memang last minute, ditambah dengan kurang fokus semasa syudy. Maklum la, masa nak study tu la terbayang2 apa yang nk explore dlm laptop tu. Tapi ‘ala kulli hal, semua sudah ditempuhi.

Selepas ni aku hanya menunggu Duur Thani (Second Round) utk imtihan. He he.. Sepanjang hidup tak pernah lagi kene dur thani walau susah macam mana paper tu. Kali ni dh ‘terselamat’ kene. Tak pe lah, tak de rezeki.

Isu yang menarik sepanjang musim imtihan ni ialah isu Tun Mahathir keluar Umno, dalam masa yang sama si Ezam Mat Nor pi masuk parti perkauman tu. Agak pelik, tapi pada pandangan aku Ezam mempunyai agenda tersembunyi yang tidak dinyatakan secara jelas. Melihat ucapan dia sebelum ini yang berapi-api membuatkan aku rasa geram kenapa la dia pi masuk Umno tu. Walau apa pun alasan dia, agak kurang sesuai masa dan ketika tindakan ni dibuat. Fitnah yang besar kepada pejuang kebenaran. Nanti orang tak akan percaya kepada orang2 seperti dia yang cakap berapi2 campur sumpah keramat. Sama2 la kita tengok the ending of the story.

Tindakan Dr Mahathir rasanya dah cukup jelas. Tak perlu ditafsir dan direnung lagi. Kepimpinan Pak Lah yang agak bobrok menyebabkan tindakannya itu selain bimbang harta kroninya habis dihakis. Nampaknya laman web Dr M sekarang ni mcm goreng pisang panas. Semua orang nak tahu penjelasan beliau. Tsunami politik Malaysia nampaknya akan berterusan lagi wlau dengan gempuran yang kecil.

Satu lagi perkara ialah isu pemakaian pelajar perempuan di sekolah. Aku fikir ni adalah satu cadangan  yang bernas dari PKPIM. Bila lagi agaknya muslimat PAS dan Nisa’ boleh menggempur negara dengan cadangan ni. Mungkin sesetengah orang nampak enteng, tetapi perkara ni seperti jarum halus yang mampu ditusuk terus ke jantung. Kalu tak ditegah segera, alamatnya semakin banyak la gejala2 yang tidak diingini oleh masyarakat akan berlaku.

Kita mohon hidayah Allah supaya kita sentiasa ditetapkan iman dan berada di atas jalan perjuanganNya walau sekuat mana tsunami melanda. “Allahumma Ya Muqallibal Qulub, Thabbit Qulubana ‘Ala Dinika wa ‘Ala Tho’atik”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s