BENARKAH MALAYSIA SEBUAH NEGARA KAPITALISME?

Semasa aku di UIA pada tahun 2005, aku pernah menghadiri satu seminar mengkaji kenaikan harga minyak. Seminar ini membincangkan isu kenaikan harga minyak menurut kacamata Islam. Ia dihandle oleh Ust Zaharuddin Muhammad, menantu Ayah Chik (Tok Guru Hj Abd Hadi). Bila minyak naik kali ni dengan jumlah yang banyak, aku rasa perlu untuk ketengahkan beberapa point penting yang perlu diketahui oleh masyarakat khususnya mahasiswa Islam berkenaan isu ni.

 

Apa yang perlu difahami dahulu oleh kita semua ialah di manakah punca atau kesilapan pertama kerajaan dalam mengurus ekonomi sehinggalah gagal dalam mengawal harga minyak di negara kita. Daripada seminar yang aku hadiri tu, aku dapati kesilapan utama ialah dasar negara kita sendiri yang mengamalkan dasar kapitalis.

 

Kapitalisme menurut kamus dewan bererti sistem ekonomi dan politik yang mengamalkan dasar pemilikan harta benda, industri dan perniagaannya lebih banyak tertumpu pada sektor swasta dalam masa yang sama syarikat-syarikat digalakkan bersaing antara satu sama lain untuk membuat keuntungan.

 

Dalam sistem ini, kepentingan syarikat-syarikat swasta lebih diutamakan berbanding kepentingan ekonomi rakyat. Sistem ini berdiri di atas teori “hidup syarikat, hidup rakyat” serta menjadikannya sebagai sesuatu yang rasional dan logik bagi menarik sokongan rakyat untuk kerajaan mendahulukan syarikat berbanding rakyat. Tetapi pada hakikatnya, rakyat hanya mendapat sisa-sisa lebihan selepas sumber ekonomi negara diproses antara kerajaan dan pemodal.

 

Sistem ini jelas zalim kepada rakyat. Sebagai contoh, jika ada tanah yang telah diterokai oleh seorang peneroka sejak sekian lama, ia masih diiktiraf sebagai setinggan dalam sistem kapitalis sekiranya tiada geran yang diberikan. Kerajaan pada bila-bila masa boleh merampas tanah ini dengan alasan ia adalah penerokaan haram lantaran kerajaan melihat tanah tersebut mempunyai nilai komersial serta berpotensi untuk dibangunkan oleh syarikat-syarikat swasta. Maka syarikat-syarikat ini lebih didahulukan berbanding hak asasi rakyat.  Ia dapat dilihat pleh kita dengan beberapa kes perobohan rumah setinggan di Selangor seperti di Berembang, Ampang dan di Rimba Jaya, Shah Alam. Tidak kurang juga kes-kes geran tanah yang tidak diberikan kepada peneroka-peneroka Felda yang dijadikan umpan pihanraya.

 

Padahal, menurut sistem Islam, tanah tadi diiktiraf oleh syariat Islam sebagai hak peneroka tersebut. Ia dapat dilihat melalui sistem Ihya’ al-Mawaat (menghidupkan tanah / penerokaan tanah). Menurut undang-undang dalam mahkamah Islam, kerajaan tidak ada hak untuk merampas tanah tersebut untuk dibangunkan oleh syarikat korporat dan swasta kerana itu adalah hak peneroka tersebut melalui pengiktirafan Rasulullah S.A.W :

 

مَنْ أَحْيَا أَرْضًا مَيْتَةً فَهِىَ لَهُ وَلَيْسَ لِعِرْقٍ ظَالِمٍ حَقٌّ

“Barangsiapa yang meneroka tanah, makan tanah tersebut menjadi miliknya. Maka, segala hasil yang zalim (yang dibina di atas tanah yang diterokai tadi) tidak mempunyai hak”

(Riwayat Abu Daud)

 

Sabda Rasulullah S.A.W “Maka, segala hasil yang zalim (yang dibina di atas tanah yang diterokai) tidak mempunyai hak” membawa maksud, jika sesorang yang berkuasa atau kaya membina bangunan dan seumpamanya di atas tanah peneroka, maka peneroka tersebut mempunyai hak untuk merobohkannya. Tetapi dalam sistem kapitalis, peneroka tersebut akan dihalau dengan alasan setinggan jika tanah tersebut berpotensi untuk dibangunkan oleh syarikat korporat.

 

Dalam sistem ekonomi kapitalis ini juga kita dapati tugas yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan telah diserahkan perlaksanaannya kepada syarikat-syarikat swasta seperti agihan air, api dan lain-lain. Ia diserahkan kepada pihak swasta dengan alasan-alasan tertentu sebagaimana yang berlaku di negeri-negeri seluruh Malaysia. Ini menyebabkan rakyat mengeluarkan belanja yang besar bagi memperolehi keperluan asas ini.

 

Sedangkan dalam sistem Islam, api, air dan sumber makanan adalah hak bersama yang tidak boleh diswastakan. Ini berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W :

 

« الْمُسْلِمُونَ شُرَكَاءُ فِى ثَلاَثٍ فِى الْكَلإِ وَالْمَاءِ وَالنَّارِ »

“Orang-orang Islam berkongsi (memiliki bersama) dalam tiga perkara, rumput (sumber ekonomi), air dan api.” (Riwayat Abu Daud)

 

Oleh itu, jika penyelenggaraannya diswastakan, maka kos yang perlu dibayar oleh rakyat ialah kos penyelenggaraannya sahaja. Dan keuntungan yang selebihnya adalah tidak dibenarkan.

 

Dari sini kita dapati, sistem ekonomi kapitalis banyak bertembung dengan ciri-ciri ekonomi Islam dan sistem ekonomi Islam jauh lebih adil berbanding sistem ekonomi kapitalis. Jika kita perhatikan ciri-ciri negara kapitalis di atas, kita dapati bahawa Malaysia mempunyai kesemua ciri-ciri di atas. Di Malaysia, dasar penswastaan semakin berleluasa, setinggan dirobohkan, tarif air dan elektrik semakin meningkat, jalanraya pula diswastakan.

 

Oleh itu, sama ada sedar atau tidak, Malaysia sebenarnya sebuah negara yang mengamalkan dasar ekonomi kapitalis yang menjurangkan antara golongan miskin dan kaya. Jadi, tidak hairanlah kerajaan menarik/mengurangkan subsidi minyak untuk rakyat dengan alasan untuk membina sekolah dan kemudahan-kemudahan awam yang hakikatnya hasil minyak tersebut dijadikan modal suntikan untuk syarikat-syarikat swasta.

 

Banyak lagi perkara yang perlu dinyatakan mengenai isu minyak ni. Minyak naik bukanlah semata-mata akibat pasaran dunia yang melambung, kalau tak kenapa harga minyak di negara-negara tertentu masih lagi di bawah 20 sen seliter? Aku melihat perkara ini adalah melibatkan berkat yang kita tak dapat daripada sistem kapitalis. Kita selaku umat Islam sememangnya percaya selain sistem Islam tidak akan membawa kebahagiaan kepada kita di akhirat, mahupun di dunia ini. Kembali lah kepada Islam!

 

 

Rujukan : Kertas Kerja “Kenaikan Harga Minyak : Pandangan Berasaskan Islam” oleh Ust Zaharuddin Muhammad.

4 thoughts on “BENARKAH MALAYSIA SEBUAH NEGARA KAPITALISME?

  1. Ambe pun tak reti,,negara cepotet dlm peta dunia pung tak nampak,minyak pung minta negara lain tlg proses,,petronas service jooo,,he3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s