Yang lama pergi, Siapa Mengganti?

Alhamdulillah, demo bagi membantah kenaikan harga minyak anjuran pemuda PR berjaya diadakan. Kali ni polis menepuk dahi sambil berkata “Alamak, Tipah tertipu!”. Semua pasukan polis dikerah untuk berjaga di laluan Kg.Baru-KLCC. Jalan-jalan telah ditutup. Tapi, semuanye sia-sia. Penganjur mengalih peta perjalanan ke SOGO. Bijak jugak pemuda kita. Tahniah !!!

Seronok mengenangkan perjuangan yang dilangsungkan di Malaysia sekarang. Aku pula bersama-sama sahabat di Syria sekarang mula menghitung dan mencatur kekuatan bagi menghadapi cabaran yang akan datang. Mana taknya, senior-senior di Syria ni bakal berlepas ke medan sebenar Malaysia pada musim panas ni. Figure-figure berbondong-bondong balik kerana telah tamat belajar selain bersemangat berjuang mengisi kemenangan di 5 negeri. Adik-adik yang baru setahun lebih di sini pula ‘bertarung’ dengan pihak imegresen untuk terus kekal di sini. Buat pengetahuan semua, pihak keselamatan Syria dah keluarkan arahan untuk tidak memberi kepada student visa bagi pemohon-pemohon bermula 2007 sehingga sekarang. Jadi, banyaklah karenah imegresen yang terpaksa adik-adik baru ni hadapi untuk terus ke kal belajar di sini.

Dalam kepala aku ni, sapa la yang akan teruskan perjuangan di Syria ni. Tinggal batch 2005&2006 je yang  ramai di sini. Batch2 awal dah balik. Sebab yang aku fikir begini ialah exco PPMS dah banyak terkontang-kanting, maklum la ramai yang dah ‘resign terhormat’. Ust Akmal dg abg Nuar dah balik awal tahun. Fakhru dah pegi Yaman. Shakir dah di Malaysia. Musim panas ni 4 orang exco bercuti di Malaysia. Bayangkan, dari 5 orang MT, 2 dah tak de dan seorang akan pulang bercuti. Dari 8 orang exco biro, 1 dah tak de, 3 orang akan bercuti. Hu hu hu.. masaklah exco-exco yang tinggal nanti. Senior-senior yang balik Malaysia pulak, banyak tolong persatuan selama ni.

Mungkin ini tarbiah yang Allah siapkan bagi pejuang-pejuangnya. Apa yang perlu ialah kesabaran dan penggantungan. Lama rasanya tak dapat nikmat ‘bercinta’ dengan Allah. Teringin sangat, tapi kali ni Allah uji lebih bagi mendapat cintaNYa.

Terkenang masa di DQ dulu. Aku cuba fikir dan renung kembali, apa yang menguatkan aku dan sahabat-sahabat aku masa belajar di sana. Di sana, kami sibuk. Setiap masa perlu menghafal dan mengulang Quran, tambah pulak dengan assignment, tambah pulak dengan kerja-kerja persatuan, tambah pulak dengan hal-hal kebajikan pelajar…tapi semua tu dapat diurus dengan baik walau kami menghadapi dugaan yang kuat. Kami mampu bersatu, menyokong sesama kami, mampu berkongsi masalah, terasa seperti semua kami adalah adik beradik. Walau apa dugaan, kami tenang.

Tapi kini, lain benarnya rasanya. Rasa ego masih ada. Tak rasa kebersamaan. Gagal untuk berkongsi masalah. Tidak ikhlas dalam bersahabat. Cepat give-up dan berasa lemah…. Di manakah kekuatan dulu??  Mungkin ada perkara yang terlepas pandang.

Moga Allah beri kekuatan dan rahmatNya. Kalau dulu Anwar Ibrahim mampu memimpin mahasiswa untuk berbakti kepada rakyat, berdemo dan mendesak kerajaan..kalau dulu graduan melayu al-Azhar mampu memimpin umat Islam … di mana kita sekarang ?

Kalau sekadar nak urus persatuan yang kecik dah pening, macam mana nak bimbing ummat?

–> Sekadar celoteh di awal pagi

One thought on “Yang lama pergi, Siapa Mengganti?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s