Memperingati Tragedi Trisakti

Tahun 1998 merupakan tahun bergolak di Malaysia dengan beberapa peristiwa menarik antaranya kes pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Di negara jiran Indonesia juga banyak peristiwa yang berada di lipatan sejarah. Paling diingati ialah Tragedi Trisakti di mana mahasiswa keluar di jalanan menunjuk perasaan dan berdemo bagi menuntut beberapa perkara, yang utamanya ialah menggulingkan Presiden ketika itu, Suharto dan mendesak kerajaan untuk mengambil tindakan yang efektif ke atas kemerosotan ekonomi pada waktu itu.

Mahasiswa Universiti Trisakti, Jawa Barat telah keluar beramai-ramai untuk berdemo. Demonstrasi itu bermula dengan keadaan aman telah di’rosakkan’ oleh pihak Amarat (FRU kalau di Malaysia). Pihak Amarat telah dihantar untuk menyelesaikan demonstrasi itu. Mahasiswa yang utuh jiwanya meneruskan demo tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Namun, pihak Amarat ibarat FRU Malaysia telah membuat provokasi. Mahasiswa yang hampir selesai berdemo ingin ‘berbaik-baik’ dengan Amarat dengan memberi bunga kepada mereka, dibalas dengan hujan peluru. Bukan setakat peluru, bahkan peluru itu adalah peluru hidup. Huh ! Kejadian ini tak ubah sepertimana di Batu Buruk bahkan lebih teruk. Peristiwa ini akhirnya telah tamat dengan kematian 4 mahasiswa Elang Mulia Lesmana, Heri Hertanto, Hafidin Royan dan Hendriawan Sie. Mereka telah mati apabila ditembak di dada, leher dan kepala. Kejadian ini mendapat liputan dari CNN dan beberapa stesen TV lain. Selepas tragedi itu, Universiti Trisakti menjadikan tarikh kejadian itu 12 Mei setiap tahun sebagai hari memperingati Tragedi Trisakti.

Menilai keberanian mahasiswa Indonesia, agaknya jauh benar dengan mahasiswa Malaysia kini. Selepas generasi Anwar Ibrahim, mahasiswa di Malaysia dibeku dan diikat dengan AUKU. Akhirnya mahasiswa menjadi lesu dan lemah. Rasa takut, pengecut, malas dan tidak peduli menghantui identiti mahasiswa. Mereka bukan sahaja tidak tahu keadaan sekeliling, malah pengetahuan mereka hanya terhad kepada buku kuliah sahaja. Jika minta dibahaskan ilmu berkaitan yang tiada dalam buku kuliah, alamat terdiam la semua.

Sekadar renungan ; 4 mahasiswa Indonesia telah menunjukkan kualiti mereka dengan memberikan nyawa mereka bagi menggulingkan regim Suharto yang memerintah selama 32 tahun. Kita bagaimana?

_______________________________

p/s-: Tidak lama selepas peristiwa ini, Suharto telah meletakkan jawatan Presiden dan digantikan dengan BJ Habibie.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s