Pak Lah dan Royalti Kembali

Melihat berita kenyataan Pak Lah mengenai royalti yang akan dikembalikan kepada kerajaan negeri Terengganu, ku merasakan dingin. Tak terkejut dan tak teruja. Dalam hati aku kata, “Ni nak cilok lagi la ni. Tak habis-habis nak menipu.”

 

Mungkin silibus subjek sejarah di sekolah menengah perlu diubah selepas ini dengan memasukkan sejarah baru Malaysia. Kalau Tunku ialah Bapa Kemerdekaan, Tun Razak Bapa Pembangunan, Tun Hussien Bapa Perpaduan, Tun Mahathir Bapa Pemodenan..masukkan Pak Lah sebagai Bapa Pembohongan. Mana taknya, untuk awal tahun ni sahaja Pak Lah telah menipu hidup-hidup rakyat dalam isu-isu besar, antara yang diingati ialah pengumuman pembubaran parlimen. Hal naik harga minyak jangan cerita la, memang dari dulu pembohong sejati. Hari ni kata tak naik, esok naik 30 sen. Huh !

 

Oleh kerana itu, aku merasakan kenyataannya telah bersetuju untuk membuat peralihan kuasa kepada Najib hanyalah gula-gula kepada rakyat bagi mengurangkan tekanan yang dihadapinya sekarang. Hakikatnya dia ingin terus berkuasa. Kenapa? Sebab dia masih tak menyatakan bila dia akan berundur secara tepat. Mungkin 3 atau 4 tahun lagi, siapa tahu. Dasar lidah bercabang!

 

Dalam kes royalti ni, sebenarnya ada kes tersirat jugak. Dia melawat Terengganu pada 14 Jun. Pada waktu pagi dia kata kat wartawan ‘kes royalti dan isu Pengerusi Umno Negeri akan diberitahu kemudian pada masa yang sesuai’. Press kene tunggu dulu la maknanya, sebab kene bincang dengan orang lain dulu, sat lagi orang lain kata macam-macam pulak. Tup-tup pukul 2 petang hari yang sama dia umumkan royalti akan diberi semula kepada Terengganu. Tapi awas, tengok betul-betul apa yang dia kata “Kerajaan Persekutuan membuat keputusan untuk kembalikan wang royalti minyak kepada Terengganu dan butiran, prosedur serta langkah yang diambil itu akan ditetapkan apabila perbincangan dengan kerajaan Terengganu diadakan,”

 

Bagi aku, lambat lagi la kerajaan Terengganu nak dapat royalty tu. Maklum la, lidah bercabang.  Bila-bila masa je dia boleh tarik kenyataan tu. Nak bukti, tak payah bukti pun tak pe, sebelum-sebelum ni pun memang macam tu. Semua kelentong je.

 

Harapan rakyat sekarang ni ialah kepada  Pakatan Rakyat. Kata seorang YB, ada khabar yang mengatakan 18 haribulan ni 4 wakil rakyat BN akan ‘menyeberang’. Ni sebagai permulaan. Lepas ni akan diikuti oleh wakil rakyat yang lain. Kita tunggu dan lihat.

 

Moga-moga kerajaan Pak Lah sekarang ni tumbang secepat mungkin. Malu rakyat Malaysia ada PM lidah bercabang lagi pembohong. Mengaku Islam pulak tu ! Nak cari al-Ghazali, as-Shafie… Ceh!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s