Lompat,lompat dan lompat

 Nampaknya dah jadi kebenaran apa yang YB katakan, 18 hb akan ada MP yang isytihar lompat parti. Baru semalam aku postingkan artikel yang menyatakan seorang YB beritahu, ada 4 MP yang akan lompat parti dan akan membuat undi tak percaya kepada Pak Lah pada sidang parlimen yang akan datang. Gempak jugak. Parti Progresif Sabah (SAPP) hari ni mengumumkan akan membuat undi tak percaya kepada Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi pada sidang parlimen akan datang. SAPP mempunyai 2 MP dan 4 ADUN Sabah. Maksudnya, ada lagi parti yang akan buat pengumuman lepas ni sebab tak cukup 4 MP lagi🙂 .

Naib Presiden PKR pula kata ada dua parti yang akan umumkan perkara penting hari ni. Wah, wah, wah.. Akan bergembiralah pejuang kebenaran dan keadilan terhadap muqqaddimah dimensi baru politik Malaysia ni. Kita mengharapkan ‘peralihan’ ni berlaku dengan lancar. Bukan apa, memang strategi BN dari dulu lagi akan menggunakan strategi darurat bagi melumpuhkan kebangkitan parti pembangkang. Semestinya kita akan ingat peristiwa Mei 1963. Itu semua adalah hasil dari gelombang kekuatan pembangkang yang tidak dapat ditahan kerajaan, pastu senang-senang diaorang buat provokasi dan akhirnya isytiharkan darurat. Allahumma amin, jadikan peralihan ini aman.

Harapan baru untuk rakyat Malaysia, menjadikan mahasiswa lebih kompetitif dalam pembelajaran dan bakal melahirkan Malaysia yang lebih gemilang selepas kebangkitan perubahan dan reformasi. “Terus ke depan, jangan toleh ke belakang lagi”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s