Etika Pemakaian – Pembetulan

 Oleh Topeng_Perak

Assalamu’alaikum…

Merujuk pada laporan malaysiakini – [link] bertajuk gincu,tumit tinggi haram di Kota Bharu terdapat pembetulan yang perlu dibuat pada berita tersebut & kenyataan sebenar etika pemakaian adalah seperti yang disiarkan & diperolehi oleh wartawan akhbar Sinar Harian hari ini.

Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam(MPKB-BRI)tidak pernah mengeluarkan surat pekeliling melarang pemakaian gincu & kasut tumit tinggi yang mengeluarkan bunyi.

Pengarah Perhubungan Awamnya,Azman Mohd Daham berkata,terdapat kekeliruan terhadap pekeliling yang dicetak & diedarkan kepada orang ramai.

“Sebenarnya kenyataan tersebut diedarkan kepada orang ramai sebagai kempen dakwah & ia bukanlah satu arahan yang dibuat oleh MPKB-BRI.

“Ia merupakan satu etika pemakaian mengikut cara-cara Islam.Tidak bersabit langsung dengan undang-undang kecil yang pernah dikeluarkan sebelum ini.”katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

“Kenyataan yang mengatakan bahawa Yang Dipertua MPKB-BRI melarang wanita muslimah memakai solekan yang jelas dilihat seperti gincu & tidak dibenarkan memakai kasut tumit itnggi adalah tidak benar.

“Kenyataan itu hanya kempen untuk berdakwah & kami tidak akan mengenakan sebarang denda ke atas kegagalan mematuhi peraturan tersebut.” katanya.

Itu sedikit sebanyak ringkasan berita dari akhbar Sinar Harian berkenaan isu tersebut.diharap selepas ini tidak ada mana-mana pihak yang cuba memainkan isu tersebut & jelas tindakan MPKB-BRI itu adalah satu langkah yang bijak dalam mengembangkan ajaran Islam sebagai Ad-din.

Bak kata orang-orang lama – bagai menarik rambut didalam tepung…& juga sepertimana yang termaktub didalam ajaran Islam – tiada paksaan.

Semoga langkah MPKB-BRI ini tidak disalah ertikan oleh mana-mana pihak & menjadi contoh kepada PBT dilain-lain negeri.mulakan dengan dakwah & pemahaman itu amat penting didalam menyampaikan dakwah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s