INDONESIA : MENANTI KERAMAT DEMOKRASI

Sedekad setelah peristiwa penggulingan regim bekas Presiden Indonesia, Suharto dari tampuk pemerintahan, ramai rakyat Indoonesia merasakan inilah masanya untuk demokrasi yang diperjuangkan membawa perubahan-perubahan yang positif kepada negara itu.

 

Namun, setelah berlalu 10 tahun tercetusnya reformasi politik dan ekonomi, di sana masih tersebar kekecewaan di kalangan golongan miskin dengan keadaan sekarang.

 

Pengalaman saudara Suni, 48 tahun adalah perkara biasa yang boleh dilihat. Pada lewat 90an, Suni mempunyai perniagaan kecil sendiri menjual snek dan rokok dan memperolehi pendapatan antara $10-30 sehari. Kini, dia bekerja sebagai pemandu teksi motosikal dan memperolehi pendapatan purata $5 sehari, jumlah yang tidak cukup untuk makan dan bayaran sewa, mengikut pendapatannya. “Sejak reformasi, semua harga barangan menjadi teruk dan bertambah teruk. Semuanya begitu mahal, dan ianya tidak dikawal oleh kerajaan” katanya.

 

Gerakan reformasi dicetuskan oleh golongan mahasiswa untuk menjatuhkan Suharto pada suatu ketika dahulu yang gagal untuk mengatasi masalah ekonomi akibat terkesan daripada krisis kewangan negara Asia. Krisis kewangan tersebut menyebabkan Indonesia ‘tersadai’ akibat putaran inflasi, kekurangan bekalan makanan, pengangguran yang melangit dan kejatuhan nilai rupiah yang membenam.

 

Semenjak reformasi itu, Indonesia meningkat menjadi negara yang lebih demokrasi, mengadakan pilihanraya yang adil, menjadikan Indonesia salah sebuah negara Asia yang memberi kebebasan paling luas kepada media, memberikan jaminan yang baik kepada hak asasi manusia dan mengurangkan kuasa mutlak ketenteraan.

 

Tetapi bagi Suni,semua ini sebenarnya hanya menambah lagi ketidakstabilan dan kekejaman. Dia merujuk kepada kekerapan laporan media mengenai jenayah, korupsi golongan atasan sepertimana kekejaman bangsa, etnik dan politik.

 

Di bawah pemerintahan regim Suharto, media yang tidak bebas jarang sekali melaporkan berita-berita sebegitu. “Negara kami tak boleh diberi kebebasan media kerana kami menerima pendidikan yang minima” katanya. “Jika diberi kebebasan tersebut, semua orang akan buat hal masing-masing mengikut kepentingan. Yang beruntung hanyalah orang yang bijak.”

 

Apa yang Indonesia perlukan ialah pemimpin yang berkaliber dan prolifik, sedangkan demokrasi sekarang gagal untuk melahirkan pemimpin yang setaraf dengan Suharto.

 

Seorang pemandu, Suriyadi pula mengatakan “Setelah 10 tahun reformasi berlalu, tiada apa-apa yang berubah kecuali hidup semakin susah”. Katanya lagi “Demokrasi hanyalah janji, janji dan janji. Kemudian, pemimpin politik tidak menepati janji tersebut.” Hanya satu perkara positif yang dicapai di bawah presiden sekarang Susilo Bambang Yudhoyono ialah individu yang paling korup telah di dakwa dan dipenjarakan. Semasa era Suharto, keluarganya telah mencuri USD 35 billion harta mengikut maklumat oleh Transparency International.

 

10 tahun selepas kejatuhan Suharto, Indonesia pada 2008 kelihatan seperti Indonesia 1998. Harga makanan meningkat 15.7% pada April, minyak masak naik sekali ganda dan kos membuat tempe, kek soya (yang menjadi makanan popular golongan miskin) melambung tinggi.

 

Reformasi tidak begitu membantu golongan miskin tetapi ia secara drastik telah mengubah lanskap perniagaan untuk lebih berdaya saing. “Bagi rakyat kebiasaan, kami melihat banyak perubahan berbanding sebelum krisis pada suatu ketika dahulu” kata Umar Juoro, penganalisis ekonomi.

 

Walaubagaimanapun, kerajaan Indonesia melaporkan bahawa ekonomi negara telah memikat pelabur kembali ke Indonesia dan menjadikan pertumbuhan ekonomi yang paling tinggi dalam dekad ini. Tinjauan rambang di ibu negara mengesahkan bahawa golongan atasan dan sederhana mempunyai pendapatan yang lebih lumayan berbanding sebelum-sebelum ini.

 

Fauzi Ichsan, pengurus ekonomi Standard Chartered Bank menyatakan politik dan ekonomi telah berubah sejak dekad lepas dan menguntungkan khususnya golongan pertengahan dan atasan ataupun pelabur luar. Katanya “Reformasi telah menguntungkan Indonesia dari segi politik, perundangan masyarakat badan bukan kerajaan, media dan persatuan pekerja. Namun begitu, demokrasi masih gagal menjamin pertumbuhan ekonomi yang stabil dan adil.”

 

Reformasi ekonomi menarik pelabur luar dalam perbankan, telekomunikasi dan industri runcit untuk memenuhi keperluan tempatan. Akan tetapi ia gagal untuk memberi perubahan kepada kehidupan golongan miskin Indonesia.

 

“Masalah reformasi yang mereka lakukan ialah mereka melayan baik para pelabur, khususnya pelabur asing, akan tetapi kepada golongan miskin, taraf kehidupan tidak meningkat, malah apa yang berlaku adalah kemerosotan”.

 

Kini golongan bawahan masih menunggu keramat demokrasi bagi mengubah nasib mereka kepada yang lebih baik. Pemerintah diktator telah digulingkan kerana terbukti tidak berjaya, apakah demokrasi mampu mengubah rakyat Indonesia?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s