Luasnya Jalan Dakwah

Alhamdulillah, dapat mengharungi hujung minggu yang cukup meletihkan. Bermula malam jumaat dengan mesyuarat, pagi hingga petang jumaat dengan kejohanan bolasepak, petang sabtu dengan pertemuan dengan rombongan pelajar-pelajar luar yang datang ke Syria dan forum mahasiswa pada hari Ahad cukup untuk meletihkan badan yang sedia tidak kuat ini.

Kejohanan bolasepak sehari di terik matahari musim panas ni banyak memberi kesedaran kepadaku selaku orang yang ingin berdakwah ke jalanNya. Mahu atau tidak, daie mesti menyedari bahawa medan dakwah terlalu banyak untuk diterokai.

Para daie tidak seharusnya menganggap medan dakwah hanyalah di masjid dan balaisah, sebaliknya lebih daripada itu. Perkembangan masyarakat dan budaya kini memerlukan daie lebih terbuka dan mesra dalam mengunakan uslub dan modal dalam berdakwah. Pengetahuan daie yang hanya terhad kepada bab-bab agama agak sukar diterima oleh kebanyakan madú, berbanding orang yang turut mengetahui bidang-bidang lain. Adalah menjadi satu bonus kepada daie sekiranya mengetahu perkembangan bola, hal-hal artis, isu semasa dan sejagat dan beberapa isu popular lain yang menjadi tumpuan masyarakat sekarang. Hal ini selari dengan dengan kata-kata Saidina Ali r.A :

حَدِّثُوا النَّاسَ بِمَا يَعْرِفُونَ

Bermula dengan muqaddimah yang berjaya menarik perhatian masyarakat, sudah tentu ia akan memberi kesan yang positif kepada perkembangan dakwah. Daie sepatutnya tidak perlu terburu-buru dalam menarik orang kembali ke jalan benar sebaliknya perlu bersabar dengan masa dan cabaran.

Pada kejohanan ini, kelihatan ramai muka-muka yang jarang kelihatan ketika aktiviti-aktiviti di rumah persatuan. Maklum lah, di rumah persatuan hanya ada forum, ceramah, bengkel, mesyuarat dan kelas-kelas pengajian. Mana nak jumpa aktiviti yang ringan dan tidak berat seperti kejohanan bola ni. Baru aku sedar aku tidak besedia untuk turun berdakwah kali ini, bertaaruf dengan ahli dan bergurau senda dengan mereka. Bila lagi nak tunggu peluang yang seumpama ini. Menyesal pula rasanya. Jiwa daie sepatutnya tidak sebegini. Seharusnya, daie sensitif dengan peluang dan menerkam peluang pabila tersedia. Tapi, apa yang berlaku aku hanya pergi untuk bermain bola dan balik apabila tamat. Dalam kepala ni, kalau nak tarik orang mesti melalui diskusi, ceramah, program formal dan sewaktu dengannya sehingga terlupa ruang dakwah di padang bolasepak. Nampaknya aku gagal kali ni untuk mengambil peluang yang terhidang dan tersedia untuk manfaatkan.

Apa pun, memang dah jadi adat dunia. Dunia ni bagaikan perlawanan, pasti ada menang dan kalah, Apa yang penting ialah setakat mana kita berusaha ke arah jalanNya. Kalu tak berjaya kali ini, mungkin kali yang akan datang. Yang mesti dibaiki dan disedari ialah LUASNYA JALAN DAKWAH INI…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s