Isu Kod Etika MPKB-BRI:Kenyataan Rasmi HELWI PPMS

Pelaksanaan undang-undang kecil Etika Berpakaian wanita Islam oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) adalah dilihat sangat bertepatan dan sesuai dengan realiti hari ini. 

 

Pihak Dewan Helwi menyokong penuh usaha ini dijalankan kerana ia merupakan di antara kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh seluruh wanita yang beragama Islam berdasarkan nas yang jelas di dalam al-Quran dalam surah al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud :

 

 “Wahai Nabi suruhlah isteri-isterimu dan anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa keluar dari rumah) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal  (perempuan-perempuan yang baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah, Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani .”

 

Inilah dalil yang jelas tentang kewajipan menutup aurat dan berpakaian sopan. Jadi, undang-undang kecil Etika Berpakaian wanita Islam itu sangatlah bertepatan dengan saranan al-Quran sendiri.

 

Oleh kerana itu, kenyataan Dr. Mashitah Ibrahim yang menganggap ia adalah remeh temeh menampakkan seolah-olah jahil dengan undang-undang atau etika dalam Islam sendiri ekoran suka menafsir dan mempertikai hukum Allah mengikut akal sendiri dan mengetepikan penafsiran ulamak muktabar yang sudah pun berittifaq bahawa golongan wanita Islam adalah wajib menutup aurat. Harus kita fahami dari sudut masalah paksaan, pelaksanaan itu tidak termasuk golongan wanita non muslim, tetapi hanyalah terhadap wanita muslim. Jika melihat statistik gejala sosial hari ini jumlah wanita melayu Islam sangat ramai yang tidak menghiraukan hal-hal bersangkutan dengan aurat juga ramai yang terlibat dalam masalah kerosakkan akhlak.

Mengikut perbahasan kitab-kitab Tafsir seperti karangan Ali As-Sabuni, penutupan aurat ini tidak diwajibkan ke atas perempuan yang kafir atau non muslim kerana mereka tidak termasuk di dalam golongan orang yang ditaklifkan dengan urusan agama Islam, biarlah mereka dengan urusan mereka dan agama yang mereka anuti, kerana ‘hijab’ ini adalah berbentuk ‘ibadah’ tatkala mana ia merupakan perintah dari Allah SWT, maka kewajipan ini dinisbahkan kepada wanita Islam adalah seperti juga perintah supaya sembahyang dan puasa.

 

Tetapi walaupun wanita non muslim tidak diperintahkan menutup aurat dengan hijab, tidaklah bermakna boleh dibiarkan mereka terus merosak masyarakat. Namun hendaklah diajar adab-adab kemasyarakatan yang mesti dititikberatkan. Merujuk kembali undang-undang di Kelantan itu adalah suatu yang wajib disokong oleh semua golongan wanita Islam hari ini, kerana menutup aurat merupakan satu alternatif terhadap pemasalahan sosial yang melibatkan gangguan seksual, rogol, cabul dan sebagainya. Hikmah di sebalik ketetapan menutup aurat bagi wanita Islam  adalah diantara bentuk penjagaan dan keprihatinan Islam yang tinggi terhadap golongan wanita Islam.

 

Diharap Dr. Mashitah dapat mentadabbur dan tadarrus kembali hikmah di sebalik pensyariatan Islam terhadap wanita dari segala aspek yang Islam letakkan, bukan menghentam semberono meggunakan akal yang cetek tanpa bersandarkan nas-nas yang telah sedia ada di dalam al-Quran dan Hadis.

 

p/S: Tahniah Kpd Exco Helwi PPMS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s