Protes dalam protes

“Kecewa !”

Mungkin itulah kalimah yang sesuai untuk himpunan Protes hari Ahad  lepas. Selaku orang yang mengikuti perkembangan isu-isu Malaysia dari luar negara, aku amat excited untuk mengetahui apa yang terjadi di himpunan Protes 2008. Dalam kepala aku, pasti ada perkara gempaq yang akan mengejutkan Malaysia sepertimana himpunan Bersih November lepas.

 

Usai talaqqi di pagi Isnin, aku ke CC. Membuka laman web pilihan Tranungkite dengan sabar… Aik!! Apa dah jadi? Buka lagi laman Utusan Meloya, lagi kaget sebab gambar vokalis Carburator Dung tengah tersungkur selepas dibelasah sekumpulan manusia. Tengok pulak video persembahan kumpulan undergroud tu di youtube, huh… patut la orang bising. Selepas explore semua analisis isu, dapat tahu bahawa ada yang tak kena dengan himpunan Protes tu. Berita-berita kritikan, makian, tak puas hati lebih banyak daripada laporan positif himpunan itu termasuk ucapan Anwar Ibrahim.

 

Penganjuran Yang Lemah

Sememangnya himpunan pada kali ini banyak kelemahannya sama ada sebelum atau semasa. Dengan perubahan tempat yang banyak kali, promosi yang tidak efektif, tentatif yang terlalu lama, pengisian yang tak fokus, tempat yang tertutup dan sebagainya. Berbeza dengan himpunan Bersih yang lebih teratur dan nampak lebih bersedia berbanding Protes. Namun, apa yang paling mengecewakan ialah konsert yang tetap diteruskan walaupun telah mendapat bantahan yang jelas sama ada dalam mesyuarat mahupun di alam siber.

 

Menarik Pelbagai Lapisan

Konsert yang pada awalnya dirancang adalah untuk menarik semua lapisan rakyat termasuk golongan-golongan rockers, underground dan sewaktu dengannya. Kononnya bagi membuktikan isu minyak ini adalah isu rakyat, semua orang prihatin. Aku agak musykil kenapa ada orang berfikiran begini sedangkan himpunan Bersih pada tahun lepas berjaya menarik pelbagai lapisan masyarakat, dari pelbagai negeri, dari pelbagai tingkatan umur dan bangsa walhal benda-benda sebegini (konsert) tak dirancang pun. Rakyat boleh hadir walaupun disekat, ditembak dengan water cannon, sekatan jalanraya diadakan, menghabiskan duit minyak mereka dan sebagainya.Mereka tidak kisah semua itu asalkan ia memberi kesan dan mereka fokus terhadap kehendak himpunan.

 

Tegas atau Jumud?

Memang sepatutnya orang yang berfikrah Islam menarik diri daripada himpunan tersebut kerana ia boleh memberi fitnah kepada perjuangan. Ini soal prinsip, bukan soal jumud atau tidak. Biasanya demo dan tunjuk perasaan ini diramaikan oleh pemuda-pemuda Islam, suasana penuh dengan semangat perjuangan. Pemuda Kedah, Perlis, Pahang, Terengganu dan negeri-negeri lain datang dengan penuh semangat bagi memberi tekanan kepada kerajaan. Tetapi apabila himpunan untuk demo ini bertukar seperti karnival sure heboh, ia perlu difikirkan kerana selama ini pemuda Islam lah yang berjuang untuk menghalang perkara ini berlaku. Biarlah duit habis begitu sahaja, cuti yang diambil terasa sia-sia tetapi prinsip mesti dipertahankan.

 

Impak Protes 2008

Kesan himpunan kali ini tidak seperti yang diharapkan. Kalau selepas himpunan Bersih dahulu, orang bercakap-cakap mengenainya. Terasa bahang kesan daripada himpunan itu sehingga tumbangnya 5 negeri. Protes kali ini bukan sahaja tidak mampu mengumpul sejuta rakyat, malah memberi torehan luka kepada perjuangan rakyat. Ada orang bercakap-cakap mengenainya, tapi yang tak elok lah. Amat dibimbangi sekiranya rakyat berasa serik untuk turun berdemo lagi selain hilang kepercayaan kepada PR untuk mengemudi rakyat kepada negara yang harmoni dan beradab lagi mendasari roh Islam. Lihat saja analisis-analisis di internet, pasti ia mencacatkan tempo yang sedang rancak ke arah pertukaran kerajaan. Namun kita mendoakan agar perkara baik berlaku selain PR mesti segera memulakan langkah dan mengatur strategi memobilasi rakyat ke arah kemenangan. Jangan biarkan peristiwa ini berlaku lagi. Untung secupak, rugi seguni !

 

Islam Adalah Penyelesaian

Kita telah ulang dan setiasa akan mengulangi bahawa Islam adalah penyelesaian kepada semua perkara. Baik dalam pemerintahan, ekonomi, dakwah mahupun berdemonstrasi. Sekiranya ia dikesampingkan, Allah berhak untuk membayar cash kepada kita terhadap penolakan tersebut. Marilah bersama Islam dalam waktu senang dan waktu susah. Demo protes kali ni patut dijadikan iktibar kepada PR khususnya kepada penganjur. Dr Hatta mungkin tak bersalah dalam hal ni tetapi selaku pengerusi dan ketua, semestinya dia perlu bertanggungjawab. Setakat ni tiada lagi kenyataan dari pihak Protes untuk menjelaskan keadaan, kita tetap menunggu untuk mengetahui keadaan sebenar.

Islam for ALL!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s