BERKAT

Agak sibuk untuk aku posting beberapa artikel dalam masa seminggu lebih ni. Siang malam dengan mesyuarat dan perbincangan selain tugas-tugas yang sudah tersedia untuk dibereskan selaku exco. Walaupun begitu, kelas talaqqi tidak ditinggalkan kerana dah jadi jantung hati untuk terus hidup di bumi Syam ni.

BUMI YANG DIBERKATI

Syam adalah antara bumi yang didoakan oleh Nabi kita dengan keberkatan. Apa yang sebenarnya kita semua faham dengan keberkatan? Keberkatan ialah benda yang sedikit dirasakan cukup untuk menggantikan dengan perkara yang sepatutnya banyak. Camne tu? Biasanya disebut bumi Syam ini diberkati dengan ulama’nya dan sifat pemurah masyarakatnya. Walaupun mungkin negara lain atau kawasan lain mempunyai ulama yang lebih ramai daripada yang ada di Syam ini, tetapi semua orang tahu khususnya tholib ilmi bahawa ulama’ di Syam ini seolah-olah berada di mana sahaja. Secara amnya kita seolah-olah merasakan ulama’ di sini paling ramai daripada negara-negara lain walhal hakikatnya hanya Allah yang tahu.

IMAM NAWAWI & MASA YANG BERKAT

Setiap orang mempunyai masa 24 jam sehari. Tetapi mengapa setiap orang amat berbeza dari segi natijah penggunaan masa tersebut? Ada orang memerlukan masa selama 2 jam untuk menghabiskan bacaan 10mukasurat kitab Arab tidak termasuk hafalan dan kefahaman.  Ada orang dalam masa 2 jam, dia mampu membaca, memahami, membuat nota dan menghafal perkara penting dari 10 mukasurat yang dibaca oleh orang yang awal tadi.

Setelah merenung perkara ini, aku berpendapat adalah wajar untuk kita mengambil iktibar dari kisah hidup Imam Nawawi. Imam Nawawi hanya diberi oleh Allah untuk hidup selama 45 tahun di atas muka bumi ini. Akan tetapi, jika kita merenung dan mendengar kehebatan dan keagungan beliau, kita merasakan seolah-olah dia hidup selama 100 tahun. Begitulah kata ulama’ulama’. Mana taknya, beliau telah mengarang berpuluh-puluh kitab, dari pelbagai bidang dan seni, yang mana setiap kitabnya itu ada yang berjilid-jilid….. Kalu kita diberi masa untuk membaca semua kitabnya sepanjang hidup kita, belum tentu kita mampu menghabiskannya. Bayangkan kerja-kerja yang telah dilakukan oleh Imam Nawawi ini. Bagaimanakah beliau boleh jadi begitu? Adakah beliau hanya sibuk menulis kitab dan meninggalkan perkara-perkara lain? Adakah beliau hanya duduk di rumah dan beruzlah sahaja? Adakah beliau menyisihkan diri dari masyarakat? Jawapannya tentu tidak… Walaupun Imam Nawawi tidak berkahwin, tetapi beliau sibuk dengan masyarakat dan ilmu. Berinteraksi, membuat kajian dan menyelesaikan masalah masyarakat adalah kerja beliau. Persoalannya, apa rahsia kelebihan beliau?

Ulama’-ulama’ berpendapat Imam Nawawi diberi oleh Allah keberkatan masa. 45 tahun masa yang diberikan kepadanya digunakan sebaiknya untuk jalan Allah dan Allah berkati usahanya. Cuba bandingkan diri kita dan tanya jiwa kita, berkat kah masa kita sekarang?

PERJUANGAN DAN KEBERKATAN

Semasa aku di sekolah, aku kadang-kadang sibuk dengan urusan pelajar dan tarbiah sahabat-sahabat. Kadang-kadang aku dengki dengan sahabat lain yang ada masa untuk study dan mengadap buku. Sempit dada dibuatnya. Tetapi aku ingat kata-kata seorang ust pensyarah Kusza ketika itu, Ust Safri. Dia memberikan petua kepada ku. Yang pertama ” In tansurullah tansurkum wa yusabbit aqdamakum”. Yang kedua ” Percayalah kepada keberkatan. Sahabat-sahabat yang tidak sibuk di untuk mengurus kepentingan pelajar dan umat mungkin mempunyai masa yang lebih untuk study dan membaca, tetapi mereka akan mendapat natijah pada kadar yang biasa. Tapi kalau antum yang sibuk dalam kerja-kerja pelajar dan tarbiah, yakinlah Allah akan berkati dengan memudahkan semua urusan kita. Orang lain kena baca 2-3 kali untuk faham, kita baca sekali dah cukup”

Mengikut pengalaman, ternyata benar apa yang dikatakan oleh ust tu, dengan syarat ikhlas dalam bekerja dan beramal.

KEKURANGAN PEJUANG SEKARANG

Kebanyakan orang yang terlibat dalam gerakan dakwah sekarang lupa akan aspek ini apabila berjuang. Mereka mudah lemah semangat hanya kerana perkara yang sedikit. Pada pendapat aku keyakinan terhadap ‘keberkatan’ ini perlu ditanam dan di refresh sentiasa oleh orang yang mendokong jalan dakwah. Kalau tiada kepercayaan ini, jangan hairan pejuang dakwah sama sahaja seperti pejuang nasionalis.Muhasabah untuk semua

 

ISLAM FOR ALL !!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s