” Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak”

” Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak” begitulah bunyinya tajuk debat antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek malam tadi yang berlangsung di di Balai Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka selama sejam. Debat yang pada asalnya dijadualkan sepanjang 90 minit dikurangkan masanya kepada sejam sahaja, termasuk lapan minit iklan. Pertukaran stesen penyiaran dari tv3 ke tv9 dan pengurangan masa siaran jelas adalah untuk menyekat orang awam daripada mengikuti perdebatan yang pertama kali dilakukan dan disiarkan secara langsung ke seluruh negara bagi mendengar penjelasan Anwar Ibrahim berhubung dengan isu harga minyak.

    Ramai yang berpendapat Anwar menguasai pentas debat 300% ekoran Shabery yg banyak memainkan isu peribadi Anwar dan bukannya mengulas mengenai tajuk yang sepatutnya diperbahaskan. Hal ini terang lagi bersuluh apabila Shabery banyak menyentuh isu2 Anwar bkn shj ketika Anwar menjadi TPM malah mengaitkan isu Anwar ketika beliau berada di alam mahasiswa. Walaupun begitu, Anwar tidak terpengaruh dengan semua provokasi yang dilakukan oleh Shabery malah memanfaatkan sepenuhnya masa yang diberikan kepadanya utk menjelaskan kepada rakyat ttg hal sebenar. Hal ini adalah kerana Anwar tahu yg Shabery byk masa lagi bersama media dan boleh membuat liputan secara langsung bila2 masa shj walhal beliau hanya diberi peluang hanya sekali.

    Debat mlm td seolah-olah  menampakkan seperti kerajaan pimpinan Umno dan Barisan Nasional terbuka dan sedia menerima kritikan, tetapi ia sebenarnya jelas menunjukkan pemimpin mereka tidak profesional. Apabila wakil Anwar, Saudara Zulkifli Sulong bertanya kan kpd Shabery ttg dulunya kjaan telah menaikkan hrga mnyk 30sen dan hasilnya kerajaan dapat menjimatkan kira-kira RM4.3 bilion dan kerajaan juga telah berjanji akan menggunakannya untuk melakukan penambahbaikan terhadap sistem pengangkutan awam tetapi akhirnya selepas dua tahun berlalu, kerajaan sebenarnya hanya membelanjakan sedikit sahaja dari penjimatan tersebut untuk tujuan itu. Sedangkan kenaikan harga minyak sebanyak 78sen k’jaan dpt jimat lebih byk dan adakah penggunaannya dapat diuruskan dgn sempurna walhal penjimatan yang lebih kecil dahulu pn tidak dpt diuruskan dgn baik. Namun begitu, Shabery gagal menjawab persoalan yang diajukan kepadanya malah beliau  dilihat sengaja menyentuh isu-isu lain yang tidak berkaitan dengan soalan bg menyelamatkan diri.

    Perdebatan yang mendapat liputan yang meluas ini turut membuktikan bahawa janji untuk menurunkan harga minyak yang berulangkali disebut oleh Dato Seri Anwar Ibrahim itu bukanlah suatu janji yang tiada asasnya. Anwar menyatakan secara  jelas strategi bagaimana untuk menurunkan harga minyak apabila beliau menyebut bahagian manakah yang kerajaan perlu untuk melakukan penjimatan dan terdapat perjanjian yang sepatutnya dikaji semula oleh kerajaan kerana perjanjian tersebut merugikan Petronas. Shabery pula sekadar mengulang kembali lagu lama yang pernah dimainkan oleh Abdullah, Najib dan Shahrir Samad apabila menyatakan “bukan negara kita sahaja yang harga minyak naik, negara lain pun sama jugak”. Beliau jega turut kelihatan tergagap beberapa kali dan mengulang ayat-ayat yang sama (kehabisan idea agaknya) sedangkan Anwar bercakap berdasarkan fakta dan hujah yang kukuh.    

    “Wahai orang-orang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran, dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

Surah al-Maidah:8

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s