Memang benar ini adalah episod tarbiyah kepada semua ahli PAS

Oleh mazwandi

 

 Melihat suasana terkini, cuaca seperti sudah reda dari hujan lebat. Maaf, bukan hujan lebat, tetapi dilihat seperti sudah reda dari ribut taufan skala Myanmar. Bising-bising, kutuk mengutuk, berburuk sangka, marah memarahi tanpa adab, sembur-menyembur ungkapan hina-dina dan tohmah mentohmah kepada kepimpinan PAS oleh ahli PAS sendiri seperti sudah hilang dan sayu.

 

Bukan setakat ahli PAS tahunan RM3.00, tetapi yang seumur hidup RM100, yang memegang jawatan dan juga yang memegang jawatan EXCO negeri pun ada yang terbabas dengan riuh rendah berkata-kata tentang tidak setujunya kepada kepimpinan dengan cara yang agak meresahkan kami yang hanya ahli ‘grass root’ PAS.
Muzakarah telah bertukar menjadi muqabalah. Perbedaan pendapat rupa-rupanya jika diperhalusi dengan tenang dan iman, sebenarnya adalah persamaan yang tidak ternampak oleh kita kerana kejahilan melihat tindak tanduk seseorang. Tok Guru Nik Aziz yang kami cintai, Tok Guru Abdul Hadi yang kami kagumi, kedua-duanya adalah tokoh besar yang cintakan Islam lebih dari segala-galanya.
Mungkin boleh diperhalusi, sebenarnya perkara ini berlaku adalah kerana sebagai ujian dari Allah SWT kepada ahli PAS. Ujian dari Allah untuk melihat akhlak kita sebagai jemaah Islam terhadap kepimpinan. Ujian dari Allah untuk kita sebagai individu sendiri untuk diperhalusi, adakah kita ini berada di dalam jemaah untuk Islam atau untuk kedudukan atau untuk menunjuk-nunjuk. Adakah untuk akhirat atau untuk dunia.
Adakah mungkin kita telah dikaburi dengan kemenangan dan jawatan sehingga menganggap kedudukan kita yang sudah berjawatan adalah setaraf dengan kepimpinan tertinggi jemaah, Presiden dan Mursyidul Am.
Paling dirasai ialah ahli-ahli ‘grass root’. Sifat kurang diajar dan biadap kepada kepimpinan seperti telah diluahkan seluah-luahnya kepada kepimpinan dengan peristiwa ini. Sesiapa ahli yang sudah terlanjur, maka inilah masanya untuk kita untuk bermuhasabah diri, untuk kita menginsafi kepada perlakuan kita, untuk melihat ego kita yang sememangnya ego tidak bertempat, untuk bertaubat agar akhlak Islam di dalam jemaah diperkukuhkan agar tidak mengulangi perkara yang tidak dirancang ini dari berlaku lagi dan lagi dan lagi.
Semua ahli patut beristighfar banyak-banyak meminta keampunan kepada Allah, agar sifat buruk yang telah ditonjolkan oleh kita dibuang sejauh-jauhnya agar tiada lagi sifat buruk ini terpalit di dalam hati kita.
Bersyukur kita kepada Allah, kerana berlakunya peristiwa muzakarah ini, alhamdulillah, diharap dengan tarbiyah ini, maka jemaah Parti Islam SeMalaysia menjadi lebih kukuh dan kuat kerana kemungkinan, perang yang lebih besar sedang menanti kita di masa mendatang. Takbir!

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s