Insurans Islam pertama dilancar di Britain

LONDON 28 Julai – Sebuah syarikat insurans berlandaskan Syariah yang pertama seumpamanya di Britain dilancarkan hari ini dengan menawarkan perkhidmatan polisi insurans kenderaan berasaskan undang-undang Islam.

Syarikat insurans Salaam Halal yang berlandaskan prinsip Takaful, disasarkan kepada 1.6 juta penduduk Islam di Britain yang merupakan 2.7 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini.

“Pelancaran Insurans Salaam Halal iaitu sebuah syarikat bebas pertama berasaskan syariat Islam ini merupakan satu perkembangan terhadap pembangunan sistem kewangan Islam di negara ini,” kata Pengerusi Salaam Insurans, Abdulaziz Hamad Aljomaih.

Kerajaan Britain pada 2004 telah membenarkan sebuah bank yang menggunakan 100 peratus kaedah perbankan Islam, Islamic Bank of Britain untuk beroperasi sebelum sebuah bank tempatan, bank Llyods TSB turut melancarkan produk perbankan Islam pada tahun lepas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s