Bercakap Tentang Tarbiyyah

Assalamualaikum…

Salam Juang kpd semua. Dunia siber mungkin suram sedikit 2@3 minggu kebelakangan ni. Semua sibuk bertugas di medan. Kalau di Malaysia, PAS sibuk bermuktamar di Perak, DAP sibuk berkongres, PKR sibuk bersiap di Permatang Pauh dan BN semestinya sibuk dengan usaha mematahkan segala gerak musuh politiknya di kala sebelah kaki mereka mungkin sudah berada di luar Putrajaya. Mahasiswa pula sibuk dengan persiapan PR kampus yang akan diadakan tidak lama lagi. Bagi kami mahasiswa di Asia Barat, musim panas ini dihabiskan dengan program-program dan aktiviti persatuan. Aku sendiri di Syria amat sibuk pada bulan Ogos ini. Tahun ni amat berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini memandangkan ini lah satu-satunya bulan yang semua orang free dan persatuan boleh laksanakan aktiviti. Dan apa yang membuatkan lebih sibuk ialah semua program pada bulan ini adalah program-program besar yang memerlukan komitmen yang amat tinggi.

 

MENJANA TARBIYYAH AHLI

Pada tahun ini, penerapan nilai tarbiyyah cuba diterapkan kepada semua ahli dalam program persatuan. Menyedari siswa/wi Syria menjadi harapan kepada masyarakat, seharusnya siswa/wi harus ditanam dengan nilai tarbiyyah supaya jiwa mereka sebati dengan dakwah dan tarbiyyah. Penerapan yang dilakukan dalam program persatuan ini menyebabkan aku terkenang sewaktu di Darul Quran di mana setiap hari aku ditarbiyyah dan berusaha untuk mentarbiyyah orang lain. Kenangan berada dalam proses tarbiyyah amat manis dan sukar untuk dipadamkan walaupun sudah lebih 4 tahun aku bergelar graduan DQ. Seronok juga melihat genarasi baru di Syria sanggup menerima tarbiyyah dan berjaya membina diri mereka yang baru bagi mendepani cabaran dakwah walaupu ramai lagi yang tercicir. Tahniah buat antum!!

 

AL WAJIBAT AKTHARU MINAL AUQAT

Sememangnya kerja yang kita ada melebihi waktu yang kita miliki. Terlalu banyak kerja yang mesti dibereskan. Kadang-kadang kita rasa sempit dan tak sempat malah menyakitkan. Tapi apa yang perlu kita ingat selalu ialah inilah adab dan adat seorang pejuang agama. Allah amat suka melihat hambanya yang beriman diuji kerana apabila diuji mereka akan mengadu kepada Allah. Apa yang perlu dilakukan ialah sentiasa menjaga hubungan dengan Allah supaya masa kita diberkati. Apabila masa kita diberkati, jadi la macam Imam Nawawi, hidup 40 tahun lebih je tapi jasa dia macam orang hidup 100 tahun. Apapun kerja yang banyak ini adalah satu tarbiyyah kepada semua.

 

BERSIAP MEMASUKI MADRASAH TARBIYYAH

Tahun ini banyak berlaku perkara-perkara pelik di Syria. Yang terbaru ialah hujan lebat di musim panas. Hairan orang dibuatnya termasuk la masyarkat Arab…. Namun inilah kuasa Allah yang ditunjukkan kepada hamba-hambanya yang berfikir. Ini juga adalah satu tarbiyyah, supaya meneguhkan lagi pegangan orang-orang mukmin. Tidak lama lagi madrasah tarbiyyah Ramadhan akan menjelma. Sebagai pejuang agama, sepatutnya roh, jiwa dan raga telah disiapkan daripada sekarang. Janganlah bila masuk ke sana baru nak buat kebaikan, rugi…. Panaskan ia dari sekarang supaya kita dapat menikmati tarbiyyah Ramadhan semaksima mungkin dan keluar dari madrasah tersebut sebagai insan baru yang lebih mulia dan kuat. Tidaklah sama seperti sebelum-sebelum ni…

Dikesempatan ni juga aku meminta maaf kepada semua yang mengenali diri aku ats segala kesalahan yang telah dilakukan. Moga2 kita menjalani ramadhan pada tahun ini dengan sukses sekali..

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s