Guan Eng umum tubuh SAR,kembali bantuan perkapita

 PULAU PINANG, 5 Sept (Hrkh) Kerajaan Negeri Pulau Pinang bercadang menubuhkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) sendiri tidak lama lagi di kawasan yang akan dimaklumkan kemudian kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Jelasnya dalam majlis berbuka puasa bersama kepimpinan PAS Negeri di Restoran Kassim Mustaffa di Seberang Jaya semalam beliau menambah, semua cadangan itu akan diuruskan oleh Exco Hal Ehwal Agama, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Penerangan dan Perhubungan Masyarakat, Mohamad Fairus Khairudin.

Beliau berharap Adun Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman bekerjasama dengan Mohamad Fairus untuk berbincang mengenainya di samping membantu merealisasikan perancangan agar tidak ketinggalan.

 

“Kerajaan Negeri sedang merancang untuk menubuhkan SAR sendiri tidak lama lagi namun tempat, berapa buah dan peruntukan akan diberitahu kelak, ” ujarnya.

 

Kerajaan Negeri juga akan mengembalikan peruntukan kepada SAR setelah dicantas oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) di era bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s