Pelapis Ulama’ Pas ‘Paling Tidak Memuaskan’

Pandangan Mohamad Sabu ini begitu menarik untuk kita fikirkan. Diharapkan Ulama’ muda tidak melatah. Title ‘Ulama’ tidak bermakna tidak boleh ditegur. Apa yang Mohamad Sabu katakan ini haruslah diambil sebagai cabaran untuk memperkemaskan lagi pelapis Ulama’. Ulama’ kini kena menerajui perjuangan dalam semua segi sebagaimana yang yang dilakukan oleh para Ulama’ yang menjadi Umara di zaman para sahabat dan kegemilangan Islam. Mereka bukan sekadar ulama biasa’, mereka adalah ahli politik, saintis, pensyarah, economist dan pakar dalam pelbagai bidang lain.

Oleh Jimadie Shah Othman

Malaysiakini : Barisan pelapis kepemimpinan ulama PAS kini berada dalam keadaan krisis – pengetahuan mereka yang berusia bawah 40 tahun “paling tidak memuaskan” dan tertumpu aspek keagamaan sahaja, kata naib presidennya Mohamad Sabu.

“Saya selalu dengar ceramah-ceramah ulama muda ini. Masih stereotaip. Daripada ucapannya, kita tahu daripada sudut bacaannya,” katanya kepada Malaysiakini.

“Masih mengecewakan saya,” jelasnya lagi, mengulas prestasi kepemimpinan ulama yang disokong beliau sejak diperkenalkan awal 1980-an selepas terpengaruh dengan kejayaan Revolusi Islam Iran.

Berbeza dengan generasi tua pemimpin ulama parti itu, kata penceramah popular itu, barisan muda lulusan agama PAS sekarang dilatih di negara-negara Arab yang tidak demokratik sehingga menyebabkan mereka hanya bertujuan lulus peperiksaan.

“Sebab kita lihat, latar pengajian mereka di Mesir, Arab Saudi, Syria. Negara-negara ini terkongkong daripada sudut politiknya, pendedahannya, dengan penindasan yang berlaku di sana.

“Sekarang ini, kalau di Mesir, Syria dan negeri-negeri Arab, semuanya negeri yang diktator.

“Jadi, aliran pengajian mereka (bergantung) kepada buku untuk lulus peperiksaan. Itu yang saya rasa rimas sikit dengan perkara-perkara macam ini,” katanya sewaktu ditemui di kediamannya di Shah Alam semalam.

“Berlainan dengan ulama-ulama kita di tahun 1950-an dan 1960-an. Kebanyakannya lulusan (agama) dari India.

“Jadi di sana, di universiti-universiti Aligarh, Deoband dan sebagainya, (orientasinya) lebih bersikap sains politik. (Misalnya) profesor Zulkifli Mohamad di zaman itu.”

Bekas ahli parlimen Kuala Kedah itu menambah, barisan ulama di beberapa negara lain seperti Iran dan Lubnan mempunyai gabungan kepakaran semasa dan ilmu agama.

“Kita harap ulama-ulama kita  pun sampai ke peringkat itu. Ertinya, bukan hanya bidang fekah semata-mata tetapi boleh bercakap dalam pelbagai bidang.

“Jadi, kepimpinan ulama perlu dipertahankan, tetapi perlu peningkatan,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s