Berjamaah Itu Rahmat

Sabda Rasulullah SAW “Berjamaah itu rahmat, berpecah itu adalah azab” . Demikianlah hadis Rasululah SAW yang memperingatkan kepada kita terutama kita sebagai anggota jamaah Islam yang dipayungi oleh Parti Islam Semalaysia. Hadis ini menunjukan bahawa dalam kerja Islam kita perlu buat secara berjamaah, bukan bekerja seorang diri walaupun kita bijak.

Rasulullah SAW sebagai manusia yang paling bijak di kalangan makhluk Allah dia atas muka bumi ini, baginda tidak lupa dalam gerak kerja baginda. Baginda tetap membuat satu kerja dengan berjamaah. Sebab itu Rasulullah (SAW) telah membentuk jamaah awal di rumah al-Arqam Abi Arqam. Ini hendak menunjukkan bahawa Rasulullah SAW mengajar kita dalam melaksanakan kerja Islam ia perlu berjamaah. Sebab itu Pas sebagai sebuah jamaah yang tersusun rapi dengan mempunyai skil kepimpinan yang mantap, tidak pernah mengabaikan hal ini.

Alim macam mana sekalipun, warak macam mana sekalipun ia tidak boleh membuat keputusan secara persendirian. Kerana Pas ini parti Islam, ia bukan “parti Turperware”. Apa taraf sekalipun dan apa kelulusan sekalipun dan apa pangkat sekali pun ia tidak boleh buat keputusan secara sendiri. Inilah yang baginda ajar kepada umatnya.

 

Pas yang telah melalui pengalaman yang cukup luas dalam politik dan gerakan Islam di negara ini. Pas sebagai sebuah parti yang mendidik dan mentarbiah ahli dan pemimpin sehingga matang dalam tidakkan. Pas yang memang demorkrasi dalam dalam membuat satu keputusan.

Banyak pengalaman yang dilalui oleh Pas yang tidak membelakangkan keputusan jamaah sehingga mendatangkan natijah yang baik. Saya hendak menurunkan pengalaman saya sebagai ahli dan pemimpin Pas yang ada sedikit pengalaman kita berjamaah dan adab berjamaah. Di mana kita melihat bahwa keputusan jamaah adalah betul dan keputusan dan pandagan peribadi adalah salah.

Pengalaman saya ketika parti Pas hendak bergabung dengan kumpulan serpihan Umno, kemudian menubuhkan Parti 46 pimpinan Tengku Razali Hamzah. Saya berpandangan kenapa kita bergabung dengan parti yang mengekalkan dasar Umno lama , cuma ia bertukar baju sahaja. Inilah pandanngan saya dan pendirian saya. Saya mengemukakan dalam majlis tertutup bersama pimpinan. Tetapi apabila sudah menjadi keputusan saya akur.

Kita melihat apa yang keputusan jamaah buat mendatangkan hasil yang baik kepada kelangsungan perjuagan kita dengan kita dapat merampas Kelantan daripada Umno/BN di Kelantan yang sudah memerintah selama 12 tahun. Alhamdulillah Pas dapat mengekalkan kuasa sehigga kini. Saya masih ingat lagi waktu itu ketika berlaku pilihanraya kecil di DUN Kampung Raja Besut, calon 46 Datuk Zakaria Abdul Rahman, saya ambil cuti kerana saya masih bertugas sebagai pensyarah di ITM pada ketika itu. Walaupun saya tidak bersuju pada peringkat awal tetapi apabila sudah menjadi keputusan parti maka kita kena patuh dan yakinlah bahawa itu adalah rahmat.

Pengajaran juga boleh diambil apabila mereka yang menentang keputusan parti secara melulu ketika kita bergabung dengan parti serpihan Umno, kononnya kita telah bersetongkul dengan parti yang masih mengekalkan dasar yang sama seperti Umno. Mereka marah kenapa Pas boleh bergabung dengan parti ini. Akhirnya kita lihat mereka sendiri yang bersama dengan Umno ketika Pas berpisah dengan parti 46.

Tokoh-tokoh yang menentang kuat ketika Pas bersama dengan Parti Semangat 46 seperti Ustaz Wan Ismail Macang, Ustaz Mustafa Taib, Ustaz Mohd Nor Idris telah menyertai Umno dan mencari penceramah Umno untuk menentang Pas di Kelantan. Inilah yang pelik tapi benar. Begitu juga dengan seorang kuat Pas di Kuala Selangor Muhayat, begitu kuat menentang Pas bersama dengan parti 46 akhirnya beliau sendiri yang berjuang ,bermatian dalam Umno.

Kita juga boleh melihat bagaimana ketika Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada Umno pada September 1998. Maka almarhum Ustaz Fadhil Noor yang pergi menziarahi Dato’ Seri Anwar telah menrima tempelakan dari kalangan ahli dan beberapa orang pemimpin Pas. Rupaya tindakan yang dibuat oleh ustaz Fadhil pada peringkat awal sebagai hubungan peribadi, berakhir dengan tertubuhnya GERAK. Apabila sudah menjadi keputusan jamaah maka semua ahli yang tidak bersetuju patuh kepada arahan jamaah.

Kesan daripada situ kita melihat kebangkitan rakyat menolak BN dengan gelombang reformasi maka Pas telah berjaya menawan Terengganu dan berjaya menghantar wakil parlimen seramai 27 orang.

Saya secara peribadi tidak bersetuju dengan tindakan untuk mengadakan pertemuan dengan Umno. Kerana kita anggap ini seolah-olah memberi talian hayat kepada Umno untuk bernafas dan tindakan ini juga akan menutup isu-isu rakyat dan isu negara. Tetapi apabila mendapat penjelasan berdasarkan kepada nas Quran, Hadis, sirah maka saya menerima dengan dada yang terbuka. Ketegasan yang telah diberikan oleh Dato’ Seri Presiden bahawa untuk berkongsi kuasa dengan Umno tidak sama sekali.

Kita akan membentuk kerajaan dengan pakatan rakyat. Inilah ketegasan yang diperingatkan kepada mereka yang berjumpa dengan pemimpin Umno selepas beberapa hari pilihanraya. Dengar boleh percaya jangan dengan pemimpin Umno.

Kita kenal siapa Tuan Guru Presiden kita dari segi pemikiran dan kehidupan beliau. Jika beliau hendak dunia lebih baik beliau tidak berjuang dengan Pas dan beliau menjadi pensyarah mana-mana university. Beliau pulang dengan kelulusan MA di awal tahun 70an. Beliau lebih selesa jika beliau memilih ahli akademik dengan mendapat gaji professor university RM15.000 sebulan tanpa memikirkan masalah rakyat dan Islam. Tetapi beliau memilih jalan susah dan bergelumang dengan keperitan rakyat. Beliau bukan berjuang setelah pencen tetapi berjuang ketika umur remaja dan mempunyai potensi yang baik kalau berkhidmat dengan kerajaan .

Mungkin selama ini saya tidak bersetuju kerana sentiment peribadi dengan Umno, tetapi apabila kita merenung bahawa apa yang dihujahkan mempunyai nas dan dalil maka kita perlu menerima walaupun hati agak berat. Kerana kita menjadi pemimpin dan ahli dalam jaamaah wajib ikut kepada al-Quran dan al-Sunnah dan Sirah. Bukan kita hanya menggunakan emosi dan fikiran politik yang tidak bersandarkan kepada nas dan dalil. Kita parti Islam, bukan parti yang tidak ada panduan.

Teringat juga sewaktu Pas memperkenalkan Tajdid Hadhari di pertengahan 1980 an dahulu, agak berat juga ahli Pas hendak menerima pendekatan ini. Kerana kita sudah diasuh dengan batas-batas iman dan kufur sehingga berlakunya dua imam, persatuan pinggan mangkuk berpecah dua. Markaz Pas muncul berselerak di merata cawangan Pas kerana surau tidak boleh diajar oleh ustaz Pas. Pak imam Umno pula bercakap sehingga menjejaskan akidah.

Ucapan politik suku agama suku, kalau ikut Islam tidak akan maju. Akhirnya ahli Pas meninggalkan qariah untuk mencari imam yang mereka yakin dari segi aqidahnya. Tiba-tiba Pas telah membuat pendekatan Tajdid hadhari yang meminta ahlinya rapat kembali dengan masyarakat dan jangan tinggalkan masjid dan surau. Walaupun pendekatan kita menjauhkan dengan masyarkat ini ada juga kesan baik sehingga kita ada izzah (kemulian) dan markaz Pas boleh didirikan walaupun ahlinya tidak berapa ramai.

Tapi dari segi kesan buruknya dakwah kita tidak bertambah dan ahli tidak bertambah. Tetapi dengan keputusan yang kita buat adalah di bawah jamaah maka di sana ada keberkatan akhirnya Pas telah berjaya melebarkan pengaruhnya ke pelusuk negara, walaupun bapa mereka tegar Umno tetapi kita telah dapat mencuri hati anak dan cucu mereka berjuang bersama dengan Pas.

Kesimpulnnya kita tidak boleh membawa parti ini secara individu. Kita boleh mengeluarkan padangan dan berbeza pendapat, tetapi apabila sudah menjadi keputusan maka kita patuh walaupun bertentangan dengan fikiran dan pendapat peribadi kita. Sebagai sebuah parti Islam kita mesti berpendirian dengan nas bukan dengan emosi atau sentiment politik semata-mata.

Yakinlah apabila kita ada rujukan kita tidak akan resah. Sama seperti waktu kita membuat tahalluf siasi dengan DAP, Umno dekat kampung berhujah kenapa Pas boleh berkawan dengan DAP, tetapi tidak dengan MCA. Memang kalau lihat sepintas lalu tanpa ilmu kita kata sama, tetapi apabila kita berhujah dengan nas dan sirah nabi SAW maka ada kelainan. Inilah yang dikatakan berjamaah itu ramat, buat keputusan seorang itu adalah musibat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s