Nikmatnya Jamek Zaid

Ramadhan Kareem…

 

Masjid di Syria dikenali dengan Jamek. Jarang sekali masjid dipanggil dengan ‘masjid’ oleh orang-orang di sini. Pada tahun pertama kedatanganku ke Syria, aku  kagum dengan budaya untuk menghidupkan aktiviti di jamek. Daripada solat jemaah sehingglah ke khutbah Jumaat, memang jauh bezanya dengan apa yang ada di Malaysia. Mungkin kelebihan masjid di Malaysia hanyalah terletak pada facilitiesnya sahaja, yang lain pastinya masih banyak kekurangan. Jamek Zaid bin Thabit adalah antara jamek awal yang aku imarahkan setibanya aku tiba di Syria. Di lihat dari luar, bangunannya sama sahaja seperti jamek-jamek yang lain. Namun, bila kaki melangkah masuk ke dalam bangunan, pasti terasa roh ibadah yang menjadi permata tersirat jamek itu.

 

Sejak mula lagi, aku melazimi solat Subuh di jamek ini. Dengan bacaan lunak Sheikh Ahmad dan doa qunutnya yang menyayat hati, hatiku akan terasa berat apabila tidak menunaikan solat Subuh di sana kecuali ada halangan-halangan tertentu. Jika ada ruang dan kesempatan, Sheikh Sariah ar-Rifa’i akan menyampaikan tazkirah. Sheikh Sariah adalah antara sheikh terbaik dalam penyampaian tazkirah dan peringatan kepada masyarakat. Aku secara peribadi amat terkesan apabila beliau menyampaikan tazkirah…Amat menyentuh sanubari dan menyedarkan hati.Dan aku rasakan bukan aku seorang yang berasa begitu. Apabila sheikh menyampaikan tazkirah, aku lihat para jamaah sanggup menunggu dengan sabar mendengar tazkirah beliau. Memang tak puas! Walaupun acapkali sheikh menyampaikan tazkirah, orang tak boring malah bertambah minat untuk terus untuk mengikutinya.

 

Sheikh Sariah sememangnya satu fenomena bagi masyarakat di sekeliling Jamek Zaid ini. Memegang title anak kepada tokoh ulama Syria Sheikh Ar-Rifa’i, beliau menjadi nadi kepada pembangunan aktiviti jamek Zaid. Jamek ini terkenal dengan pusat melahirkan Qurra’ dan melatih anak-anak muda dekat kepada agama. Halaqah-halaqah ilmu giat dijalankan bagi mendidik generasi baru. Bagi orang yang faham, ini adalah satu proses pengkaderan dan pembinaan rijal dakwah. Proses ini amat sukar dijalankan di negara diktator seperti Syria ini pada hakikatnya, namun ia diuruskan dengan baik oleh Sheikh Sariah. Kegiatan pembangunan ilmu ini akan lebih aktif dan progresif pada musim panas ketika pelajar-pelajar sekolah menjalani cuti musim panas. Kelas tahfiz, dauroh ilmiyyah dan aktiviti lain begitu pesat dilaksanakan. Walaupun kadang-kadang nampak wajah sheikh teramat letih, dia sentiasa memberi ruang kepada masyarakat untuk bertemu dengannya.

 

Ramadhan merupakan pesta bagi masyarakat sekeliling jamek Zaid. Dengan program-program yang menarik, jamek Zaid menjadikan Ramadhan begitu istimewa. Selalu aku katakan kepada sahabat-sahabatku “Sekali solat Tarawih kat Jamek Zaid, mesti susah nak gi solat kat jamek lain”. Berbeza-dengan jamek lain, saf-saf di jamek Zaid masih penuh walau selepas 8 rakaat terawih. Bacaan Sheikh Ahmad begitu memukau dan mengasyikkan. Selesai 8 rakaat, Sheikh Sariah akan mengambil tempat memberikan tazkirah mengenai tafsiran ayat yang dibacakan oleh Sheikh Ahmad. Semua akan duduk terpaku kepada sheikh ketika tazkirah disampaikan. Solat terawih disambung semula selepas tazkirah.. Biasanya, oleh kerana asyik dengan bacaan Sheikh Ahmad, jemaah akan merasakan skejap sahaja menunaikan baki 12 rakaat terawih. Tuhan sahaja yang tahu betapa nikmatnya solat di jamek ini.

 

Aku amat berharap di Malaysia akan banyak masjid-masjid seperti Jamek Zaid. Prinsipnya senang sahaja, menjadikan masjid sebagai pusat masyarakat. Di Jamek Zaid ini adanya pusat kutipan dan pembahagian derma, adanya sekolah, adanya kelas bimbingan, adanya kelas-kelas pembinaan kesedaran, adanya perpustakaan dan yang paling penting masjid menjadi tempat masyarakat berhimpun dan beramal. Fungsi tidak hanya dihadkan kepada tempat solat sahaja. Kalau di Malaysia, masjid di pandang sepi oleh masyarakat, mungkin kerana merasakan apalah yang ada pada masjid. Tapi kalau mereka datang ke Syria dan melihat pembangunan dalam Jamek Zaid ini, pasti mereka akan merasakan betapa besar dan nikmatnya apabila Allah kurniakan masjid dalam sesebuah masyarakat. Nikmatnya Jamek Zaid!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s