Ramadhan Yang Sama, Natijah Yang Berbeza

Ramadhan Kareem…

 

Hampir separuh bulan telah kita habiskan Ramadhan untuk tahun ini. Bagi insan yang telah mencapai umur 30 tahun, sudah lebih 20 kali lebih Ramadhan telah dilalui dengan keadaan mengerti. Bagi insan yang berumur 20 tahun ke atas, sudah berbelas kali mereka melalui Ramadhan. Apa yang perlu difikirkan oleh kita semua ialah apakah dengan berpuluh-puluh kali Ramadhan yang telah kita lalui itu berjaya menjadikan kita orang bertaqwa? Apakah kesan yang berjaya dilakukan sepanjang kita melalui berpulu-puluh Ramadhan tersebut? Allah telah menyatakan dalam al-Quran bahawa tujuan puasa disyariatkan ialah supaya semua makhluk menjadi hamba yang bertaqwa. Sekiranya kita keluar daripada Ramadhan ini sama keadaannya sepertimana sebelum Ramadhan, nescaya kita tergolong dari kalangan orang-orang yang rugi. Firman Allah:

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (al-Baqarah : 183)

 

 

Di bulan Ramadhan ini, kita diberi ruang yang seluas-luasnya oleh Allah untuk beramal dan menghapuskan dosa-dosa kita yang lalu. Kita juga diberi ruang oleh Allah merubah diri kita kepada yang lebih baik kerana Allah membelenggu syaitan dan mengahalangnya daripada menghasut ummat Adam. Banyak lagi tawaran-tawaran yang diberi dalam pakej Ramadhan ini yang sepatutnya mampu menjadikan kita insan yang lebih baik sebaik selesai mengerjakan ibadah puasa Ramadhan. Sebenarnya terlalu banyak hikmah yang ada di dalam Ramadhan dan tak terkira sekiranya kita ingin menghitungnya.

 

Bagi orang yang tahu kelebihan Ramadhan, pastinya mereka akan memberikan seluruh fokus hidupnya untuk mengaut sebanyak mungkin permata-permata Ramadhan. Solat sunat akan digandakan, bacaan al-Quran pasti ditekuni supaya dapat khatam dalam tempoh sebulan, sedekah sentiasa dihulurkan dan banyak lagi usaha yang dibuat bagi mendapat kelebihan Ramadhan. Bagi orang yang hanya mengerti bahawa Ramadhan hanyalah bulan puasa, mereka hanya memikirkan sahur, tahan lapar, juadah berbuka dan solat terawih jika rajin.Tidak lebih daripada itu! Bagi  orang yang menganggap puasa Ramdhan ini hanya adat, mereka akan tetap puasa. Tetapi puasa mereka bukanlah kerana ibadat sebaliknya hanya kerana malu kalau tak puasa. Golongan ini lah yang menunaikan puasa, tapi tak tunaikan solat walaupun kita berasa pelik dengan fenomena ini.

 

Apa pun, Ramadhan yang kita sama-sama lalui ini akan memberi natijah yang berbeza kepada kita berdasarkan apa yang kita usahakan. Walaupun pada setiap tahun, Allah memberi tawaran yang sama kepada kita. Dan tawaran inilah yang akan kekal sehingga hari kiamat. Sebesar manapun tawaran yang diberikan oleh Allah kepada kita, ia tidak akan memberi apa-apa makna sekiranya kita tidak tahu menghargai kurnia dan pemberian Allah ini. Natijahnya, walau berpuluh-puluh Ramadhan telah kita lalui, nilainya sama sahaja seperti sekali Ramadhan, tiada beza!

 

Marilah sama-sama kita melipatgandakan usaha kita dalam merebut tawaran yang diberi Allah di bulan Ramadhan ini. Cubalah dengan sedaya mungkin untuk menjadikan kita lebih baik daripada diri kita ketika sebelum Ramadhan. Mintalah maghfirah daripada Allah dan teruslah bertaubat kepadanya dikala pintu neraka ditutup serapat-rapatnya dan pintu Jannah dibuka seluas-luasnya. Sabda nabi S.A.W :

 

إِذَا دَخَلَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ ، وَسُلْسِلَتِ الشَّيَاطِينُ

 

‘Tatkala masuknya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu Syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan”

 

Semoga Ramadhan kali ini memberikan kita makna yang besar dalam hidup kita…..

3 thoughts on “Ramadhan Yang Sama, Natijah Yang Berbeza

  1. amin…
    terima kasih sharing info/ilmunya…
    selamat Berpuasa… semoga segala ibadah kita diterima oleh Allah SWT, amin…

    mengapa kita masih didera malas beribadah, baik mahdhah maupun ghayru mahdhah…? untuk itu saya membuat tulisan tentang
    “Mengapa Pahala Tidak Berbentuk Harta Saja, Ya?”

    silakan berkunjung ke:

    http://achmadfaisol.blogspot.com/2008/08/mengapa-pahala-tidak-berbentuk-harta.html

    semoga Allah menyatukan dan melembutkan hati semua umat Islam, amin…

    salam,
    achmad faisol
    http://achmadfaisol.blogspot.com/

  2. “Ramadhan Yang Sama, Natijah Yang Berbeza”…
    Dlm skop yang lain, jika dinisbahkan kepada MASA, semua manusia di kurniakan masa yang sama (24 jam) tetapi kualitinya berbeza.. sungguhpun matlamatnya SATU.
    Begitu juga RAMADHAN, setiap kita menghadapi Ramadhan yg sama setiap tahun tetapi natijahnya berbeza…sungguhpun matlamatnya SATU…
    Moga TAQWA menjadi matlamat…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s