Membuka Lembaran Baru

Alhamdulillah, akhirnya PPMS sesi 2008 melabuhkan tirainya apabila Mesyuarat Agung Ke 20 tamat. Majlis berjalan dengan baik walaupun aku sendiri menahan kesakitan di kepala yg ditanggung sejak 2 hari sebelum mesyuarat agung berlangsung. Kerja yang banyak di samping banyak perkara yang perlu di’setel’kan dengan perahan otak agak mencabar stamina mental dan fizikal… Hmm,apa la yang ada dgn fizikal kecilku ini untuk menanggung tuntutan kerja yang banyak.

Aku kagum dengan perjalanan mesyuarat agung tahun ini di mana ahli-ahli mampu berbahas dan berpartisipasi dengan matang dan bermanfaat. Rasanya jauh sekali dengan apa yang ada sebelum ini. Kalau tahun-tahun lepas, persoalan-persoalan yang dilontarkan agak remeh dan kecil. Tapi ahli-ahli pada tahun ini membuktikan paradigma mereka yang tinggi melalui cara memberi solan, bentuk soalan yang diberi, cadangan yang diajukan dan sebagainya. Tak lupa juga peranan Pengerusi Tetap yang mengawal keadaan dengan baik. Kematangan yang ada sekurang-kurangnya memberi signal kepada Malaysia mahasiswa Syria adalah aset berharga dan akan memberi keuntungan kepada masyarakat Malaysia satu hari nanti.

Kes menghantar pulang pelajar juga agak riuh dalam seminggu kebelakangan ini. Tekanan politik yang dihadapi oleh kerajaan Syria memaksa beberapa peraturan gila dikeluarkan. Tetapi atas usaha oleh para masyayikh di bumi Syam ini, khususnya Sheikh Muhammad Said Ramadhan al-BUti dan Sheikh Wahbah Zuhaili, peratuan gila itu reda dan mungkin ditarik balik. Kepada orang yang tidak biasa lagi dengan kondisi di Syria ini, sudah pasti ia satu keadaan yang amat memeningkan. Namun begitu, ia seakan-akan sudah sebati dengan pelajar-pelajar Malaysia di Syria. Apa yang perlu ditanggung oleh para pelajar di sini hanyalah kesabaran terhadap semua yang berlaku. aku sentiasa ingat kalimah yang sering disebut-sebut oleh ‘orang-orang lama’ di Syria ; bersabarlah dan terus berdoa.Doa di bumi barakah ini makbul… Itulah yang aku pegang setakat ini.

Tamat mesyuarat agung hari ini tidak bermakna aku sudah ‘terlepas’ dari taklifan. Bak kata orang, keluar mulut buaya, masuk mulut harimau. Aku ditaklifkn sekali lagi untuk menjadi exco pada tahun ini. Harapannya aku dapat belajar lebih banyak dalam dunia perjuangan supaya aku tidak kekok apabila turun ke medan di Malaysia. Lembaran baru inilah yang akan membuktikannya.

Adios….

KEPUTUSAN PEMILIHAN EXCO PPMS SESI 2009

Presiden   : Hairul Faizal bin Isa (Menang tanpa bertanding)

Exco

  1. Mohd Farid Faizul  Othman
  2. Mohd Safwan Mohd
  3. Muhammad Hazunuddin Sofuan
  4. Nasruddin Mohamed Noori
  5. Mohd Marwan Shukrimun
  6. Muhammad Faiz bin Ali Rejab
  7. Mohd Sauffi Ashraf Mad Isa
  8. Mohd Yusof Zakria
  9. Muhamad Hafizullah Muda
  10. Mohd Khairul Azmi Sulaiman
  11. Mohd Muadz Adnan

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s