Riwayat Hidup Imam Hassan Al Banna Difilemkan

“I hope that there will not be fears about this production. We do not want, as some people think, to spread the ideology of the Muslim Brotherhood,” Radi said. “Rather, we want people to be acquainted with the character of Hasan Al-Banna.” – Muhsin Radi

Seorang anggota parlimen Ikhwan Muslimin sedang merancang untuk merakam sebuah filem tentang pengasas sebuah gerakan Islam yang tidak asing lagi iaitu pendiri Ikhwan Muslimin Al Imam Hassan Al Banna rahimahullah. Beliau berhasrat filem tersebut mampu untuk menyampaikan kepada masyarakat kehidupan sebenar peribadi perwira Islam itu.

Muhsin Radi berpendapat terlalu sedikit daripada kalangan masyarakat sekarang mengenali tokoh agung tersebut yang merupakan pengasas kepada gerakan Islam mesir yang menjadi blok pembangkang yang terkuat di parlimen Mesir bahkan turut menjadi inspirasi kepada gerakan Islam lain di bumi Arab.

“Saya berharap tiada yang akan bimbang dan takut dengan produksi filem ini. Kami bukan mahu seperti sesetengah orang fikirkan bahawa kami ingin menyebarkan ideologi Ikhwan Muslimin tetapi apa yang lebih penting daripada itu ialah kami ingin masyarakat menghayati peribadi dan akhlak Imam Hassan Al Banna.

Menyeru kearah pembentukan negara Islam, gerakan yang dipimpin oleh Imam Al Banna itu bertembung sengit dengan pendirian kerajaan Mesir ketika itu selepas ia ditubuhkan tanggal 1928 di sebuah pekan terusan Suez, Ismailiah.Akhirnya Imam Albanna menjadi mangsa bunuh pakatan jahat kerajaan Mesir pada tanggal 1949.

Jamal Abdul Nasir ketua kepada gerakan revolusi menjatuhkan sistem diraja Mesir pada tahun 1952, telah mengharamkan Ikhwan muslimin pada 1954. Para Pemimpin dan ahli-ahli Ikhwan Muslimin ditangkap dan dipenjarakan bahkan ada yang dibunuh. Namun ia tetap mara sebagai gerakan pembangkang yang bertunjangkan Islam kepada kerajaan bahkan semakin ditekan semakin bertambah kekutan mereka.

Filem ” Hassan Al Banna And Unfinished Journey” bakal dilancarkan sempena sambutan seratus tahun keputeraan mujahid agung ini.Radi berkata filem tersebut adalah bersifat kerja peribadi dan akan dibiayai sendiri olehnya, keluarga Imam Hassan Al Banna dan syarikat perfileman.

Radi menjangkakan filem tersebut bakal dilaksanakan kerja rakamannya pada tahun depan.

“Disana tiada sebarang pertelingkahan politik antara rejim mesir,atau mana-mana rejim negara arab yang lain dengan pedokong-pendokong Ikhwan Muslimin” kata Radi yang merupakan salah seorang pembuat undang-undang di parlimen Mesir yang mewakili blok Ikhwan Muslimin.

Ikhwan amat komited menggunakan saluran yang sah dan aman daripada menggunakan kekerasan dan keganasan untuk mencapai sebarang matlamat.

“Saya dapat merasai bahawa saya jatuh hati kepada Imam Hassan Al Banna lantaran kesederhanaan ideologi yang saya dapati daripadanya”.Kata Radi yang terlibat dengan Ikhwan Muslimin sejak zaman mahasiswa lagi.

Gerakan yang dipimpin oleh Imam Hassan Al Banna dilihat sebagai gerakan politik Islam moden yang pertama ditubuhkan yang bangun berkembang pesat dengan slogan ” Al Quran adalah perlembagaan kami”.Ideologi gerakan Ikhwan Muslimin telah melangkaui sempadan Mesir menyebar masuk ke Jordan,Syiria dan Libya. Bahkan gerakan Islam palestine (Hamas) turut mengisytiharkan ia adalah cawangan Ikhwan Muslimin.

Radi sedang mencari seorang pelakon utama yang dapat menghayati dan membawa watak Imam Al Banna. Yang mana potraitnya digantung di setiap dinding rumah ahli-ahli Ikhwan Muslimin.

“Hassan Al Banna adalah insan yang amat istimewa dan tersendiri” katanya. ” Dia adalah seorang tokoh yang semakin dilupai oleh Masyarakat Mesir dan dunia Islam lainnya.

Terjemahan dan adaptasi oleh:

Ahmad Najhie Hayazi
http://najhie.blogspot.com/

Artikel asal oleh Tom Perry
Keluaran pertama : 19 Oktober 2006
sumber : Reuters;Daily News Egypt”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s