Lembaran Pertama Dibuka

Salam juang…

Mesyuarat kali pertama exco Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS) Sesi 2009 telah selamat diadakan. Lembaran pertama bagi sesi baru telah dibuka. Perjuangan sesi baru dimulakan dengan pembahagian portfolio dan perlantikan penjawatan-penjawatan asas persatuan. Semua berjalan dengan baik. Aku dilantik sebagai Timbalan Presiden sesi ni, yang memberi makna aku menjadi orang yang kedua dalam hiraki masyarakat pelajar Malaysia di Syria ini.

Berat terasa pundak ini bila dilantik. Tetapi ada satu perkara yang menguatkan aku dalam menggalas amanah baru ini iaitu kata-kata hikmat dari Ust Zainul Asri, Ketua Lajnah Tarbiah Dewan Pemuda PAS Kedah ketika berkunjung ke Syria baru-baru ini. Katanya “Kepimpinan akan terbentuk selagi kita terus memimpin. Sekiranya kita silap, kita belajar dari kesilapan. Pantang ana untuk menolak jawatan dan pantang ana juga untuk meletak jawatan kecuali diminta oleh Syura”

Kata-kata ini aku pegang sekuat mungkin untuk menjalankan amanah baru ni. Dengan penuh keinsafan aku sedar bahawa aku bukanlah orang yang paling layak untuk memegang amanah ini sebaliknya aku dipilih oleh Allah untuk belajar dan memperkemaskan diri sebelum turun ke medan yang lebih mencabar dan menguji diri. Aku berharap apa yang dipelajari dalam bidang kepimpinan ini mampu memberi aset yang besar kepada perjuangan Islam di Malaysia suatu hari nanti…. MALAYSIA, kau tunggu !!!!!!

Adisosss..

SENARAI EXCO LEMBAGA EKSEKUTIF PPMS 2009

  • PRESIDEN  : Hairul Faizal bin Isa
  • TIMBALAN PRESIDEN  : Muhamad Hafizullah bin Muda
  • SETIAUSAHA  : Mohd Farid Faizul bin Othman
  • TIMBALAN S/U  : Mohd Yusof bin Zakaria
  • BENDAHARI : Mohd Safwan bin Mohd
  • EXCO BIRO TARBIAH & DAKWAH  :  Nasruddin bin Mohd Noori
  • EXCO BIRO AKADEMIK  : Mohd Sauffi Ashraf bin Mad Isa
  • EXCO BIRO PENERANGAN  : Mohd Marwan bin Shukrimun
  • EXCO BIRO PERHUBUNGAN & TUGAS2 KHAS : Muhammad Hazuanuddin bin Sofuan
  • EXCO BIRO EKONOMI  : Mohd Khairul Azmi bin Sulaiman
  • EXCO BIRO PERUMAHAN DAN PENEMPATAN : Mohd Muadz bin Adnan
  • EXCO BIRO KEBAJIKAN  : Mohd Hanifi bin Ahmad Jamaluddin
  • EXCO BIRO KEBUDAYAAN & REKREASI : Mohd Faiz bin Mohd Ali

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s