Tentera Israel Gempur Gaza

GENTING GAZA 18 Dis. – Seorang rakyat Palestin terbunuh setelah tentera Israel melancarkan serangan udara ke arah bandar ini, semalam.

 

Falak Okel, 47, terbunuh manakala anak lelaki dan perempuannya cedera setelah serangan roket yang dilancarkan tentera Israel mengenai rumah mereka di Beit Lahya, utara Genting Gaza.

 

Menurut saksi, Falak tidak menganggotai mana-mana kumpulan pejuang Palestin.

Serangan roket oleh tentera Israel itu dikatakan dilancar setelah pejuang Palestin melancarkan roket terhadap wilayah mereka.

 

Tentera Israel mengesahkan serangan ini dan mereka mendakwa tindakan ini dilakukan sebagai serangan balas.

 

Menurut mereka, pejuang Palestin telah melancarkan 19 serangan roket di selatan Israel dan telah mencederakan dua warga mereka.

 

“Serangan ini memerlukan tindakan balas dan kami telah melakukannya,” kata Perdana Menteri sementara Israel, Ehud Olmert.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s