Tahun Baru Dengan Kesedihan

Salam Juang….

Selamat Tahun Baru kepada semua. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini menguatkan lagi ketaatan kita kepada Allah dan menjauhkan diri kita daripada maksiat. Kerana apa? Kerana semakin bertambah tahun baru, makin bertambah umur kita dan makin bertambah dekat kita dengan mati.

Dikala memperingati tahun baru 1430hijrah ini, kita berasa sedih dengan apa yang berlaku kepada saudara kita di Palestin khususnya Gaza. Gaza sejak beberapa bulan lalu menjadi penjara tebesar dunia apabila setiap penjuru negeri itu dikawal oleh tentera Israel. Tiada bekalan makanan, tiada barangan yang masuk, tiada ubat-ubatan kecuali mendapat kebenaran Israel. Pernah sekali ‘penjara’ ini dipecahkan apabila pos-pos sempadan dilanggar oleh penduduk Palestin, namun ia ditutup semula oleh Israel selepas beberapa hari. Kezaliman ini tidak dilihat dan dijeling langsung oleh kuasa-kuasa besar dunia, khususnya Amerika yang menguasai Majlis Keselamatan PBB. Yang dipersalahkan ialah Hamas dan pasukan-pasukan yang seangkatan dengannya.

Sehingga kini, sudah 200 nyawa melayang ‘free-free’ hasil tindakan Israel. Mereka mendakwa musuh mereka adalah Hamas, namun yang mereka bunuh ialah orang awam. Ramai orang menutup mata terhadap keadaan ini, khususnya orang  Barat dan tak ketinggalan juga orang Islam yang tak ambil peduli. Walaupun dalam masa yang sama, media pro-Palestin terus menyiarkan apa yang berlaku, sikap tidak ambil peduli ini tidak dapat dipecahkan. Apa yang mengecewakan ialah sikap ini menghantui umat Islam sendiri.

Rasulullah ada berkata “Sesiapa yang tidak mengambil berat hal ehwal orang Islam, dia bukan dari kalangan mereka (orang Islam)”. Ajaran ini sepetutnya menjadi pegangan kepada semua orang Islam lebih-lebih lagi yang bergelar pejuang. Sikap mengambil berat, mengikuti perkembangan, memperjuangkan hak mereka dan memberi kesedaran kepada orang lain adalah antara usaha yang mampu kita lakukan bagi membantu mereka. Seeloknya juga andai kita mampu, kita memberi sumbangan berbentuk kewangan kepada orang yang bertanggungjawab terhadap isu-isu Palestin ini.

Semangat hijrah yang ada sepatutnya kita hayati… Nabi berhijrah untuk perkara yang lebih bak.Nabi berhijrah untuk membina ukhuwah dan persaudaraan. Nabi berhijrah kerana itu adalah nilai ketaatan. Nabi berhijrah kerana menaikkan nama Islam melebihi perkara-perkara lain.

Kita berharap permulaan tahun baru yang penuh kesedihan ini akan bertukar dengan perkara-perkara gembira dari sisi Allah S.W.T sedikit masa nanti. Kepada pejuang-pejuang di bumi Malaysia, teruskan usaha supaya P36 menjadi suntikan yang lebih kuat bagi mendaulatkan Islam di bumi Allah ini.

Salam juang dari bumi Syam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s