Masirah di Syria

Seluruh dunia telah mengadakan demonstrasi bagi membantah tindakan Israel. Demonstrasi merupakan salah satu cara untuk menyatakan ‘stand’ dan mauqif kita terhadap sesuatu perkara secara tegas. Dalam Islam, demonstrasi dibenarkan kerana ia dapat dilihat daripada tindakan nabi Muhammad serta sahabat ketika membuka Kota Mekah.

Ketika itu Nabi telah membahagi-bahagikan sahabat-sahabat kepada beberapa kumpulan dan kumpulan-kumpulan tersebut memasuki kota Mekah melaluiarah yang berbeza. Ada yang masuk dari timur, ada dari barat, ada dari utara dan sebagainya.. ‘Demonstrasi’ itu telah berjaya menekan orang kafir Mekah dan akhirnya berjaya mengalahkan mereka.

dsc00146

Ketika mengikuti demonstrasi di Syria baru-baru ini, perkara sama dibuat oleh penganjur. Setiap kumpulan diminta berkumpul dari tempat yang berbeza, datang dari arah yang berbeza dan akhirnya berkumpul pada satu tempat iaitu di Stesen Keretapi Lama Damsyik. Sambutan memang menggalakkan. Lihatlah gambar yang sempat di ambil. Moga Allah bagi kekuatan kepada pejuang-pejuang Islam di Palestin khususnya di Gaza.

“Khaibar-khaibar Ya Yahud!! Jaisyu Muhammad saufa Ya’ud”

demo syria1

Jalanraya ditutup untup memberi laluan kepada demonstrasi

dsc00129

Suasana di Stesen Kereta Api Lama Damsyik

dsc00141

Gaza Tanggungjawab Semua, bukan orang Islam sahaja… Paderi Besar Kristian di Syria turut sertai demonstrasi

dsc00151

Gimik membawa keranda menunjukkan sudah ramai yang menderita

dsc00154

Muslimat turut memberi sokongan

One thought on “Masirah di Syria

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s