Merenungi Suasana Perjuangan

Salam Juang…

Tahniah diucapkan kepada PAS kerana memenangi Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu. Tahniah juga diucapkan kepada YB Wahid Endut ke atas kemenangan tersebut seterusnya tanggungjawab yang bertambah dan berganda. Syukur diucapkan kepada Allah kerana teman-teman di Malaysia telah berjaya melalui satu fatrah ujian dengan jayanya. Lebih manis lagi apabila kejayaan tersebut ditambah dengan kemenangan setelah lelah berkerja, segala puji hanya bagi Allah.. Sememangnya berkerja dalam PAS adalah satu nikmat. Sejuk hati bila mendengar teman-teman Syria yang balik ke Malaysia meneruskan kerja-kerja dan perjuangan dalan PRK kali ini, dengki pun ada.

Hari ni dah masuk hari ke 22 Gaza dibedil. Doa masih dipanjatkan dan harta masih dihulurkan bagi terus membantu teman-teman di Gaza walaupun keadaan pelajar Malaysia di Syria bagaikan sunyi seketika dalam minggu ini apabila ramai yang terkena demam, tak kira la selsema ke atau batuk atau demam panas. Kesejukan yang semakin mendingin gagal ditanggung oleh badan termasuk lah aku. Ditambah pulak apabila hujan tak turun, lagi la cepat kena sakit sebab suasana yang amat kering di sini. Walau apapun, usaha terhadap Gaza tetap diteruskan. Orang-orang Hamas di sini masih terus mempergiatkan aktiviti kempen dan memohon sumbangan di serata bandar. Moga Allah mengakhiri semuanya ini dengan kemenangan Islam….

Teman-teman di kampus juga sedang berjuang, berjuang di dalam pilihanraya kampus yang sedang berlangsung. Suasana perjuangan sekarang berada di mana-mana sekarang. Syahdu rasanya apabila mengikuti perkembangan perjuangan umat Islam, tidak kira apa latarbelakang umur, masyarakat mahupun bangsa. Kerdil juga rasanya apabila melihat orang lain berjuang di medan yang amat mencabar dan mampu mengharunginya dengan penuh kesabaran sedangkan aku masih tidak mampu mengharungi cabaran dan menempuh cabaran di medan yang kecil cuma. Teringat cerita-cerita pejuang-pejuang dulu yang tetap berjuang menentang penjajah walaupun hanya bersenjatakan sebatang keris. Jauh benar rasanya aku yang sering berasa cukup dengan sumbangan yang telah diberikan walaupun sumbangan itu hanya sekelumit.

Seminggu terlantar di rumah banyak memberi aku ruang untuk muhasabah dan berfikir betapa kerdilnya aku dalam perjuangan, lebih-lebih lagi apabila sentiasa terbayang mati sedang dekat menghampiri. Betapa lemahnya kita di sisi Allah sampaikan nak angkat kepala pun tak boleh kalau dah sakit. Bila dibuka kembali artikel-artikel yang diambil dari internet yang menceritakan tentang tokoh-tokoh dalam perjuangan seperti Tok Guru, Ust Hasan Shukri dan beberapa tokoh lain, pertanyaan timbul bila la aku nak jadi macam mereka. Kuat, kukuh, cekal dan tabah dalam perjuangan padahal ujian tidak jemu-jemu bertamu dalam hidup mereka…. Ya Allah, kuatkanlah aku sebagaimana engkau kuatkan mereka !!

“Tiada Perjuangan Tanpa Pengorbanan, Tiada Pengorbanan Tanpa Keikhhlasan”

Wasslaam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s