Uwais al-Qarny Yang Istimewa

Kita selalu mendengar nama Uwais al-Qarny kerana seorang ayah selalu memberi nama ini kepada anaknya yang baru lahir. Nama ini sebenarnya mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Sudah menjadi amalan kita masyarakat Islam memberi nama anak yang baru lahir dengan nama-nama sahabat atau tabi’in yang soleh lagi baik akhlaknya.

 

Nama sebenar Uwais ialah Uwais bin Amir. Al-Qarny yang dinisbahkan kepadanya itu diambil daripada perkataan ‘al-Qaran’, nama qabilahnya. Uwais al-Qarny sebenarnya adalah seorang tabi’in. Tabi’in bermaksud ialah generasi orang Islam yang hidup selepas generasi para sahabat. Ada juga pandangan yang mengatakan tabi’in ialah generasi yang memeluk Islam dan sempat hidup bersama para sahabat serta tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W.  Oleh kerana Uwais adalah seorang tabi’in, maka beliau tidak pernah berjumpa dan bersemuka dengan Rasulullah. Tetapi apa yang istimewa tentang insan ini ialah Rasulullah telah menceritakan mengenainya ketika Rasulullah masih hidup lagi, malah Rasulullah menyebutnya sebagai tabi’in yang paling baik.

 

Seorang sahabat pernah menceritakan ketika zaman khalifah Umar al-Khattab, Umar sering bertanyakan tentang Uwais ketikamana rombongan-rombongan pembantu pasukan perang dari Yaman bertandang ke Madinah. Sampailah satu hari Umar dapat berjumpa dengan Uwais. Umar berkata “Kamukah Uwais?”. Uwais menjawab “Ya”. Umar bertanya lagi: “Benarkah kamu dari keturunan kabilah Murad dari lingkungan suku Qaran?” Ia menjawab: “Ya.” Umar bertanya lagi: “Adakah kamu mempunyai penyakit sopak, kemudian kamu sembuh kecuali hanya di suatu tempat sebesar wang dirham?” Ia menjawab: “Ya.” Umar bertanya lagi: “Adakah kamu mempunyai seorang ibu?” Ia menjawab: “Ya.” Umar lalu berkata: “Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Akan datang kepadamu semua seorang bernama Uwais bin ‘Amir bersama sepasukan mujahidin dari ahli Yaman, ia dari keturunan Murad dari Qaran. Ia mempunyai penyakit sopak lalu sembuh dari penyakitnya itu kecuali di suatu tempat sebesar wang dirham. Ia juga mempunyai seorang ibu dan ia amat berbakti padan ibunya. Andaikata orang itu bersumpah akan sesuatu atas nama Allah, pasti Allah akan melaksanakan sumpahnya itu. Maka jikalau engkau boleh meminta padanya agar ia memintakan pengampunan  daripada Allah untukmu, maka lakukanlah !”

Umar berkata lagi “Oleh sebab itu, mohonkanlah pengampunan kepada Allah untukku. Uwais lalu memohonkan pengampunan untuk Umar. Selanjutnya Umar bertanya lagi: “Ke manakah kamu hendak pergi?” Ia menjawab: “Ke Kufah.” Umar berkata: “Sukakah kamu, sekiranya kamu menulis sepucuk surat kepada gabenor Kufah supaya kamu dapat sambutan dan pertolongan yang diperlukan.” Ia menjawab: “Saya lebih senang menjadi golongan manusia yang fakir-miskin.”

 

Imam Nawawi ketika mengulas hadis ini menyatakan bahawa ini adalah salah satu mukjizat Rasulullah S.A.W apabila memberitahu secara terperinci sesuatu perkara yang akan berlaku pada masa akan datang. Hadis ini juga memberi pengajaran kepada kita bahawa adalah menjadi perkara yang digalakkan meminta orang-orang Soleh dan baik2 untuk berdoa dan memohon keampunan daripada Allah untuk diri kita walaupun orang orang yang meminta itu lebih baik. Ini boleh dilihat pada peristiwa Umar tadi. Sememangnya Umar adalah lebih baik daripada Uwais kerana banyak sebab tetapi Umar tetap meminta Uwais berdoa dan memohon pengampunan untuknya kerana Uwais adalah orang soleh yang telah dinyatakan oleh Rasulullah.

 

Uwais adalah seorang yang berbakti kepada ibunya. Beliau tidak langsung menyakiti hati ibunya. Oleh sebab itulah Rasulullah mengatakan sekiranya Uwais bersumpah dengan nama Allah untuk mendapat sesuatu, Allah pasti akan menunaikannya kerana baktinya kepada ibunya.

 

Keistimewaan yang diperolehi oleh Uwais adalah kerana amal soleh yang dilakukan olehnya dan beliau tidak menunjuk-nunjuk dengan apa yang ada pada dirinya itu.Sikap tawadhu’ jelas ada pada dirinya walaupun banyak kelebihan yang telah dinyatakan secara jelas oleh Rasulullah. Jauh sekali dengan diri kita hari ini yang hanya sedikit berkorban dan banyak mengwar-warkan kerja yang sedikit itu seolah-olah banyak. Inilah satu penyakit akhir zaman yang mungkin menimpa sebahagian orang yang berjuang dalam menegakkan agama Allah, sedikit bekerja dan banyak menunjuk. Dengan mengecualikan kepentingan memberi benefit kepada Islam, sepatutnya pejuang mengambil sikap “Cukuplah Allah sebagai saksi pengorbanan kita”. Apa yang kita harapkan ialah redha Allah…. Semoga kita memperolehinya.

2 thoughts on “Uwais al-Qarny Yang Istimewa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s