Aku Terima Nikahnya Demi Perjuangan

mahligai_kasih1“Anta bila lagi?” “Sheikh,bila ana nak gi walimah anta?” “Ustaz bila nak kawin?”

Hmm.. Barangkali inilah soalan famous yang diterima oleh orang-orang dalam lingkungan umurku sekarang. Bile nak nikah, sudah berpunye ke tidak dan sebagainya. Ia memang tak dapat dielakkan. Aku sendiri mengalaminya. Banyak benor orang bertanya. Soalan ni dah naik ranking ke 2 popular sejak aku tiba di Syria ni. Ranking pertama sudah tentulah “Anta nak balik bila?” @ “Ustaz nak balik bile?” @ “Mung nak balik bile ni?”….

 

Sudah ramai sahabat-sahabatku mendahuluiku dalam hal ini, sama ada lelaki mahupun perempuan. Malah sudah ada yang mempunyai cahaya mata. Hmm.. dah menjadi takdir Allah mereka mengaut keuntungan dari telaga pernikahan lebih awal daripadaku. Aku doakan kepada mereka “Barakallahu fi kuma, wa akhraja min kuma hasanan toyyiban”

 

Memang dah menjadi fitrah manusia untuk berpasangan malah Islam menjadikannya lebih bermakna apabila menganggap pernikahan adalah satu ibadah dan apabila orang itu bernikah, dia dianggap telah menyempurnakan separuh daripada penghayatan agamanya. Jauh sekali apa yang dianggap dalam agama-agama lain. Ini dapat dilihat daripada kisah ketikamana seorang sahabat berasa pelik apabila Rasulullah memberitahu bahawa apabila seseorang itu mendatangai isterinya (bersetubuh), maka dia telah menunaikan ibadah dan mendapat pahala. Sahabat itu hairan kerana pada pandangannya bersetubuh adalah perkara keji yang tidak termasuk dalam perkara ibadah dan agama, apatah lagi mendapat pahala. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tidakkah kamu tahu bahawa jika sesorang yang tidak bernikah mendatangi seorang wanita maka dia akan mendapat dosa? Maka sesiapa yang mendatangi perempuan sesudah bernikah sudah tentu mendapat pahala”. Ini menunjukkan bahawa pernikahan adalah sesuatu perkara yang mulia dan mendapat tempat yang tinggi di sisi syariat Islam.

1_638259514l1

  iMran & Najmul jadi ‘adik beradik’  dh sekarang

 

KAHWIN MUDA

 Aku dibesarkan dalam keluarga yang kebanyakannya mempunyai background akademik bukan aliran agama. Bilangan keluarga di sebelah abah dan emakku yang belajar dalam aliran agama boleh dibilang dengan jari.. Aku telah memilih jalan yang pelik ini (aliran agama) walaupun satu ketika dahulu aku amat meminati bidang kedoktoran, tak kurang juga kepada bidang akaun. Meneroka bidang ini cukup banyak memberikan aku pengalaman yang tidak aku dapati bersama-sama keluarga besarku yang lain. Tak perlulah aku menceritakan semua pengalaman tersebut, cukup apa yang berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan. Sejak aku ke Syria, aku dapati satu perbezaan yang jelas iaitu pelajar-pelajar agama agak cenderung nikah awal. Ini dilihat apabila seseorang perempuan telah mencapai umur 25, ia boleh dianggap sebagai dateline untuk perempuan itu bernikah. Amat berbeza sekali dengan budaya di Malaysia yang masih boleh rasa selesa walaupun umur telah melebihi 30an memandangkan lebih mengutamakan kerjaya daripada usaha membina masjid.

 1_719959520l1Member masa sekolah menengah, Anuar bersama Isteri

 

 Ada pihak memandang negatif nikah awal ini. Alasan mereka susah, anak-anak tak matang, nak makan apa nanti, kerja dulu lah lagi baik dan sebagainya. Aku berpandangan sebaliknya. Melihat kepada realiti sekarang, sememangnya masyarakat memerlukan kepada ‘pil pencegah’ dalam menanangani masalah sosial. Pernikahan adalah salah satu daripadanya. Kadang-kadang aku berasa pelik kepada sebahagian ibu bapa yang tidak membenarkan anak-anak mereka nikah awal, tetapi membenarkan anak-anak mereka ‘berkawan’ dan bercinta dengan pasangan masing-masing. Mana taknya, benda yang halal disekat-sekat, benda haram tak pulak disekat. Kita boleh tengok fenomena ni dalam masyarakat kita, dan mungkin juga berlaku dalam family kita sendiri. Kalau boyfriend nak ‘kelek’ anak kita keluar, boleh saja. Nak gi tengok wayang? boleh saja. Nak berbonceng motor? boleh saja. Nak keluar makan? Boleh saja… Nak nikah? Eh, nanti dulu la. Ni bukan perkara main-main. Korang berkawan dulu la yek.. Boleh pulak kita halang anak kita nikah, kenapa tak halang mereka ‘bercinta’? Kenapa kita halang perkara halal dan benarkan perkara haram? Walaubagaimanapun, aku tidak menafikan keperluan pendidikan sebelum berumahtangga untuk menjadi suami dan isteri yang soleh.

syaraf-hanifa2Syaraf & Hanifah 

  Sememangnya setiap perkara yang kita lakukan mempunyai sebab dan tujuan. Begitu juga dengan nikah. Aku cuba coretkan sedikit tujuan pensyariatan nikah dan hikmah nikah itu dikira sebagai ibadah dalam Islam.

UNTUK APA KITA BERNIKAH?

 

 

 

 

1.  Pernikahan menyelamatkan masyarakat daripada penyakit sosial dan akhlak. Ini adalah kerana kecenderungan kepada jantina yang berlawanan hanya dapat dikenyangkan dengan pernikahan yang syari’e dan perhubungan yang halal. Ini dapat dilihat apabila Rasulullah menyeru kepada pemuda dengan sabdanya : Wahai pemuda, sekiranya kamu mampu untuk bernikah, maka bernikah lah kerana ia mampu menjaga pandangan dan memelihara kemaluan”

2.  Perkahwinan memberi pertanggungjawaban kepada lelaki dan perempuan untuk membina generasi baru yang bertaqwa. Ia tidak dapat dilakukan sekiranya pasangan itu hanya bertaraf kekasih. Lihatlah realiti sekarang, berapa ramai perempuan ditipu oleh lelaki setelah segala kehormatannya telah dirobek. Akhirnya perempuanlah yang membesarkan anak dan lelaki hanya berlepas tangan. Berlainan dengan perkahwinan yang meletakkan suami dan isteri untuk memainkan peranan-peranan masing-masing dalam membentuk dan mendidik anak-anak.

3.  Pernikahan akan menjadikan setiap orang mempunyai pusat kasih sayang dan kecintaan iaitu pasangannya. Ini dinyatakan oleh Allah s.w.t dalam surah ar-Rum ayat 21.

 

 

BERNIKAH DEMI PERJUANGAN

Bagi seorang pejuang agama, pernikahan mempunyai nilai tersendiri. Ia bukan sekadar “i love you or you love me”, bahkan lebih daripada itu. Ia bukan juga tempat untuk sekadar membanyakkan anak, bahkan lebih daripada itu. Ia bukan sekadar seseorang lelaki ingin dipanggil ‘abang’ oleh isterinya dan seorang isteri dipanggil ‘sayang’ oleh suaminya, bahkan lebih daripada itu. Ia bukannya manifestasi cinta bertahun-tahun yang ingin direalisasikan dengan pernikahan…..

 

Roh perjuangan itu sendiri sebenarnya telah menjadikan semua yang ada di dunia ini hanyalah batu loncatan untuk mendapat redha Allah dan jiwa ini tidak akan tenang selagi Islam tidak didaulatkan dan tidak diberi tempat yang sepatutnya seperti yang dikehendaki oleh Allah.

 

Oleh sebab itu, sejak daripada marhalah memilih lagi, seorang pejuang amat teliti dalam memilih pasangan. Tidak cukup kalau pasangan itu belajar tinggi-tingi tapi tak tahu Islam. Tidak cukup kalau calon pasangan itu berjawatan besar tapi tak faham Islam. Tak cukup kalau calon pasangan itu seorang pemimpin negara tapi amalkan rasuah. Tidak cukup kalau calon pasangan itu hanya sekadar belajar agama, tapi tidak bekerja untuk Islam. Seorang pejuang sentiasa mementingkan ciri-ciri seorang pejuang dalam diri calonnya, jika tiada ciri pejuang akan ditolak dan akan dicari calon yang lain.

 

Secara ringkasnya, kita mahukan daripada pernikahan itu sesuatu yang akan menguatkan lagi roh perjuangan kita, bukan melemahkan. Sudah banyak kita dengari orang-orang yang kuat berdakwah di kampus dan alam pengajian tetapi ‘tewas’ apabila melangkah ke alam perkahwinan dan perkerjaan. Kerja-kerja dakwah semakin jauh ditinggalkan. Tiada lagi edaran risalah, tiada lagi ucapan berapi-api dan tiada lagi kepetahan dalam berhujah. Semuanya tenggelam dengan satu pernikahan yang tidak didasari dengan perjuangan.

 a-zaimimasipah

Abg Zaimi & Kak Masipah

Rumahtangga perjuangan merupakan idamanku sejak mula mengenali dunia dakwah dan tarbiah ini. Rumahtangga yang dihiasi dengan isteri penguat perjuangan dan anak-anak penerus perjuangan. Apa lagi menyedari diri ini amat dhaif dan lemah dalam mengharungi arus mehnah dan tribulasi dalam mendaulatkan agama Allah lebih-lebih lagi iman diri ini amat nipis pagi-paginya beriman dan petang-petangnya tidak. Ditambah pula aku sekarang ini sedang merasai sendiri kebenaran kalimah “Allahu Muqallibul Qulub” ( Allah yang membolak-balikkan hati manusia)…

 

Aku telah melihat pasangan-pasangan yang bernikah demi perjuangan, mereka cukup bahagia. Anak-anak mereka semuanya menjadi. Hidup mereka bukan bahagia dengan wang dan harta sebaliknya mereka bahagia apabila mereka istiqamah dalam perjuangan. Apabila isteri lemah, suami membimbing dan memberi kekuatan. Apabila suami lemah, isteri dengan segala kekuatan yang ada cuba meniupkan semula semangat dan menyuburkan semuala harapan ibarat lagu Isteri Solehah nyanyian The Zikr… Alangkah manisnya hidup mereka kerana dapat merasai percikan kemanisan hidup antara Rasulullah dan Khadijah. Mereka tidak kisah dengan sedikitnya harta sebaliknya risau apabila masing-masing tidak mampu untuk memberi sumbangan yang terbaik untuk perjuangan.

 

Ringkasnya, bagi seorang pejuang lelaki, mereka mendambakan seorang calon isteri yang mampu menguatkan perjuangan, bukan melemahkan mereka dengan rengekan-rengekan (permintaan) duniawi seperti barang emas, perabot, perhiasan diri dan sebagainya. Elemen-elemen matang (bukan serius sangat), tenang dan boleh menjadi penasihat yang baik adalah basic value (nilai asas) bagi seorang calon isteri. Perkara sama yang diperlukan bagi seorang pejuang wanita tetapi sudah tentu wanita memerlukan lebih daripada lelaki lantaran lelaki adalah ketua yang akan membimbing mujahidah.

 

Kiranya kita mempunyai calon dan sudah ditemui calon yang sesuai untuk pemangkin perjuangan, jagalah entiti ini supaya tidak lari dari garis asalnya. Wahai pejuang, sematkanlah dalam dada apabila menerima nikah seorang ayah mewakili anak perempuannya “Aku Terima Nikahnya Demi Perjuangan !!! “.

 

p/s -: Selamat Pengantin Baru kepada Azuan & Afiyah di Syria, tak ketinggalan seniorku Abe Din & Sarah di Malaysia… Tak sangka gelaran ‘Hang Kebal’ akhirnya tercabut dari diri Abe Din……

 

 

 

 

 

21 thoughts on “Aku Terima Nikahnya Demi Perjuangan

  1. salam sayang dan rindu dr malaysia..
    wah..wah..wah..hangat tajuk ni..
    huhuhu..’ala kulli hal..
    kalau abg piju nak lepaskan gelaran ‘hang jebat’ jgk, jgn lupa bgtau ana ye..dh lama x makan nasi mandi ni..huhu..
    klu nikah kat msia, leh makan nasi msia..kim slm syg sume kat syria..=)

    • salam rindu jua dari syria…hmm tengkolok hang kebal masih ana pakai sehingga kini.masih tabah kerana kepentingan ilmu..

  2. subhanallah… sy teruja membaca tajuk ini… mmg menarik… kdgkala org tua kurang faham tentang pernikahan anak2 especially yg masih belaja @ muda lg.. jd kitalah yg kena memahamkan beliau… mmg agk sukar n kalo xdapat keizinan juga, better putuskn perhubungan 2 dari maksiat mata dan hati terus menguasai diri….. wallahua’lam…

    • to nurdieya – memang banyak org salah tafsir ttg kahwin awal. kata sorang sheikh kat sini, kalau anak2 tak de duit utk kawin sedangkan mereka telah bersedia dari aspek yang lain, mak ayah la yg kene bagi sokongan kewangan. memandangkan itu adalah cara yang terbaik drpd anak2 terus dgn cinta haram mereka. pelik kita lihat skrg, masa anak2 bercinta monyet boleh plak diberi duit, tapi masa kawin ssh plak nk bagi….

  3. salam.

    hebat sungguh adik2 la ni no… alhamdulillah kalau lah generasi seumur antum dah faham dan mengerti apa yang dituntut oleh Islam mengenai nikah ni , mungkin tak ada masalah gejala sosial yang makin menjadi – jadi ketika ini.

    Alhamdulillah, sebenarnya inilah hasil tarbiyyah yang pernah ana dan antum lalui, ditarbiyyah mengenai batas – batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, muamalah yang perlu ada landasannya dan akhirnya pernikahan yang sah kita miliki.

    isu kawin awal @ lewat, tak berat sangat nak dibincangkann dan telah diterangkan dalam artikel ni ( syabas atas penjelasan tersebut ). cuma kita kembalikan bahawa soal JODOH hak Allah. awal atau lewat kita kena terima dan kena sentiasa bersedia ke arah itu dan punyai matlamat yang jelas.

    sebelum ni ana pernah lontarkan pandangan mengenai BAITUL MUSLIM, kita kena kuatkan institusi ni agar ia mencapai salah satu matlamat dalam hidup kita dengan perjuangan.

    kerana, melaluinya bukan kita sahaja yang mendapat manfaat malah kita akan melahirkan generasi yang faham tentang Islam akan datang.

    ana syorkan adik banin banat, jika belum berpunya ( faham kan? ) utamakan pilihan anda jejaka banin atau adik2 banat yang solehah dalam perjuangan sebagai pilihan utama.

    perjuangan masih panjang.

    syukran, ilalliqa.

    albelurani.

    • to albelurani – syukran atas respon. kesedaran Islam sebagai agama yang syumul harus dipupuk supaya umat Islam tahu bahawa Islam menyediakan segala jalan keluar untuk semua masalah.tinggal kita yang mempercayainya dan menggunakannya. termasuklah dalam soal kahwin dan nikah ini…

  4. hi assalamualaikum kawan lama.i am tengku zuwariah, ur fren in shams. i just want to say read this book.love as a way of life by gary chapman. its a good book saying how we can develop love to each human being. i donot understand much about the meaning of ‘perjuangan’ but i do believe there is many ways in ‘perjuangan’. it can be in either direct or indirect ways.Thus when ur fren who fail to continue his ‘perjuangan’ after marriage, we cant simply said he is a failure. He may continue his ‘perjuangan’ indirectly without even we notice. soorry if any of words hurts you in any way.all the good things come fr rabbu and all the bad things come from me myself.assalamualaikum

    • to iwa – wsalm.thanks kawan lama,ingat lagi rupanye wlau lama dah tak ketemu.time kasih juga dgn komen tersebut.Man nak cari buku tu, i’m still in syria,susah nak cari buku english.tapi tak pe, nanti balik Msia ana try cari. Memang kita tak mudah2 menghukum seseorang tu tewas atau tak dalam berjuang sebab tu bukan tugas kita. “nahnu du’at la qudhah” – kita pendakwah, bukanny qadhi yang memberi hukuman. Cuma apa yang ana maksudkan dalam artikel kat atas ialah orang yang asalnya telah aktif dengan aktiviti dakwah,tapi lepas kahwin terus senyap dan tak de langsung sumbangan kepada dakwah. Kepada yang ada sumbangan, mereka terkecuali, sbb macam anti kata la there is many ways in perjuangan. Satu lagi, bila kita nak giat berdakwah dan berjuang, sudah tentu la kita kena ikut cara yang ditunjukkan oleh nabi S.A.W. Antara cara itu ialah menyertai kumpulan ataupun pertubuhan kerana nabi s.a.w bersabda ” alaikum bil jamaah”- hendaklah kamu semua berjemaah.syukran

  5. slm,lame x jupe.hrp2 shat..hmm, ana tau mane pak lah amik ana punye gmbr. tp, kalo ble jgn la ltk dh gmbr ana ats pelamin..aib..sian ana.ana ade gmbr lain..dgn aisyah anak ana skali.ok ye bru nmpk fmily bhgia..

    • to muslimat – macam kenal je sape yang tulis. ‘ala kulli hal, bagus gak respon tu. Baru kutahu sebabnye mengape muslimat nak kahwin awal. teringat kata2 ust ana dulu, memang muslimat cepat matang bab2 ni daripada muslimin…..🙂 awat tak hantar artikel kat blog ni? Lagi meriah…..

  6. assalamualaikum. Selalu menjenguk tanpa respon, sekadar berkongsi. Selalu ingat akan kata-kata ini:

    “Usah mencari lelaki sehebat Rasulullah s.a.w. kalau diri belum bersedia mahu menjadi Khadijah. Usah mencari lelaki seperti Ali kalau tak mahu menjadi seperti Fatimah.”

    Masalahnya orang sekarang semuanya berlumba-lumba mahu MENCARI yang soleh dan solehah tanpa mahu BERUSAHA untuk MENJADI yang soleh / solehah. Wallahua’lam. Kalau list yang dibuat untuk bakal pasangan terkadang tu terlebih panjang melebihi panjangnya Sungai Nil, disyarahkan nak yang begitu dan begini tetapi ‘merendahkan’ tahap tersebut untuk diri sendiri.

    Bagi ana, jangan terlalu ghairah mencari sebaliknya berusahalah MENJADI. Kalau semua berusaha menjadi yang soleh dan solehah, bukan kah mudah untuk mencari? Wallahua’lam.🙂

  7. to insyirah – syukran menjenguk ke blog yg tak seberapa ni dan akhirnya letak jugak komen sikit. sama pandangan ust dengan pandangan ust.hasrizal. Memang kita perlu menjaga diri kita sebelum kita melihat jauh kepada diri orang lain. Ana teringat semasa belajar psikologi dakwah dulu2, Islam menganjur pendidikan anak2 semenjak sebelum bayi itu lahir lagi iaitu sebelum emak dan ayahnya bertemu jodoh. Masing2 mendidik diri untuk menjadi yang terbaik. Sudah pasti ia menjadi t/jawab kedua-dua belah pihak, bukan lelaki sahaja atau perempuan sahaja. Betul la pendapat “Kalau semua berusaha menjadi yang soleh dan solehah, memang akan mudah untuk mencari”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s