Rehlah Exco 09

dsc00250Alhamdulillah, baru-baru ini kami exco-exco Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS) berjaya mengadakan rehlah ke kawasan pergunungan di Syria, Bait Jin. Subhanallah, satu tempat yang amat cantik, jarang boleh didapati di Syria ni. Kawasan ni adalah kawasan tadahan air yang membekalkan air ke sebahagian negeri di Syria ini termasuk Damsyik atau lebih dikenali dengan Syam oleh masyarakat di sini. Pak Arab yang jadi driver kami pun kagum dengan keindahan di sini, maklum la di Syam hanya ada bangunan, habuk, sampah dan bunyi bising hon kenderaan. Kalau ada air pun, air pancut je.

 dsc00248

Ini adalah rehlah pertama untuk exco sesi ini. Tahun lepas juga dibuat perkara yang sama. Satu masa dulu, aku berasa pelik dengan saranan Hasan al-Banna yang amat menekankan kesihatan badan ahli-ahli Ikhwan Muslimun sehinggakan beliau menyarankan ahli ikhwan mesti membuat pemerikasaan kesihatan setiap 6 bulan sekali. Manhaj tarbiyyah ikhwan juga melibatkan rehlah, mukhayyam (perkhemahan) dan aktiviti-aktiviti luar yang lain. Pada fikiran aku pada waktu itu, apa kaitan tarbiyyah dengan benda-benda santai ni? Apa kaitan pulak antara perkara ni dengan keberkesanan organisasi?

 

Selepas 2 tahun memegang jawatan exco PPMS, akhirnya aku mendapat jawapan kepada semua persoalan itu. Benarlah kata orang, pengalaman adalah guru yang berharga. Sesi lepas, exco PPMS yang naik ke jawatan masing-masing begitu baru kepada dunia kepimpinan. Masing-masing meraba-raba mencari rentak untuk menjalankan tugas dengan sebaik mungkin ditambah pula hampir semua exco sama ada syabab atau akhawat mempunyai latarbelakang yang berbeza. Kecelaruan ini ditambah lagi dengan kepulangan Presiden ke Malaysia akibat masalah yang tak dapat dielakkan. Akhirnya aku berbincang dengan Timb.Presiden untuk dibuat satu perbincangan dengan semua exco di satu tempat yang berlatarbelakangkan ketenangan dan jauh daripada tekanan. Selepas bermesyuarat, semua exco bersetuju untuk diadakan satu rehlah. Alhamdulillah, rehlah tersebut berjaya diadakan. Kami semua pergi dengan bebanan masalah dan balik dengan kemanisan penyelesaian masalah. Semua masalah ditinggalkan ditempat rehlah. Selepas rehlah tersebut, aku melihat semua exco berubah dan mengalami anjakan paradigma yang di luar jangkaan.

 dsc00251

IKHLAS BERBINCANG MEMBUAH HASIL

Dalam berorganisasi, kita sering menghadapi masalah. Lebih-lebih lagi apabila sesama pimpinan sendiri ada problem, pasti akan lebih teruk lagi. Ini kerana keberkesanan organisasi adalah bergantung kepada sekuat mana aura paduan pemimpin untuk sampai kepada ahli. Kehancuran organisasi akan nyata apabila sesama pimpinan sendiri tidak ngam. Apakah rahsia sebenar untuk membentuk kejituan pimpinan? Tidak lain dan tidak bukan ialah ikhlas dalam berbincang. Ia akan melahirkan rasa kebersamaan dan rasa tanggungjawab serta melontar jauh perasaan ego dan penting diri. Ego dan penting diri inilah sebenarnya yang menghalang kepada rasa kebersamaan antara kepimpinan. Sepanjang pengalamanku dalam berorganisasi, Allah telah banyak menunjukkan kepadaku bahawa apabila tiada persefahaman dalam pimpinan, berbincang adalah penyelesaiannya. Semua pihak perlu sedia bertolak ansur dan menerima pandangan orang lain sekiranya benar. Jiwa mesti besar dan pandangan mesti jauh. Insya-allah, impaknya pasti akan besar.

 

MENANTI HASIL YANG SETERUSNYA

Rehlah tahun ini nampaknya lebih kurang sahaja pelaksanaannya dengan tahun lepas. Akan tetapi jauh di sudut hati, aku mengaharapkan hasil yang lebih baik daripada tahun lepas. Apa tidaknya, cabaran tahun ini semakin banyak lantaran masalah yang sering datang walau tidak diundang. Masalah visa, masalah keselamatan, masalah sikap ahli, masalah akademik, masalah tarbiyyah, masalah kewangan dan sebagainya antara cabaran yang perlu di atasi. Kesepaduan perlu dikuatkan lagi untuk terus bertahan. Tiada lagi istilah ‘dipaksa’ menjadi exco kerana sebenarnya Allah memberi peluang untuk belajar dan menyumbang kepada perjuangan Islam.

 

Perbincangan dan brainstorming telah dibuat, hanya hasil yang ditunggu…

10 thoughts on “Rehlah Exco 09

  1. air ni keluar dari celah-celah bukit ke?🙂 Subhanallah… Teringin sangat nak ke Syria. Tapi belum lagi kesampaian, mudah-mudahan Allah berikan jalan untuk jejakkan kaki ke sana. Ameen…

  2. to insyirah – ye, air tu keluar dari celah-celah bukit, bukan sekadar air terjun yang biasa kita tengok kat Malaysia. Ana duk Syria pun jarang datang ke sini. Biasanya kawasan ni jadi tumpuan bila musim panas nanti.

  3. subhanallah🙂 musim panas pun dah dekat…
    selepas baca tulisan Ummu Hani (Baromkeh Matamu Di Mataku) bertambah-tambah lagi rasa teringin nak ke Syria. Kata sahabat, Syria lebih syadid berbanding Jordan. Wallahua’lam. Persekitaran Syria lebih baik. Betul ke?🙂

    … musafir ilmu…

  4. to insyirah – apa yang syadidnye kat sini kalau nak bandingkan dengan Jordan? memang persekitaran kat sini lebih baik kerana banyak budaya dan majlis ilmu. Cuma memang ada masalah dengan kerajaan sini yang tak berapa senang dengan masyarakat yang amat cintakan ilmu dan ulama. ‘ala kulli hal, masyarakat kat sini semakin berubah dan semain ‘moden’, tak tahu la apa akan jadi lepas ni.

  5. Wallahua’lam.🙂
    Kata sahabat ana di Jordan, Jordan ‘lebih terbuka’ kalau nak dibandingkan dengan Syria. Tetapi antum pasti jauh lebih tahu kerana antum yang merasai kemanisan perjuangan dan segala kesulitan sebagai pengembara ilmu. Moga Allah memudahkan segala urusan pengajian kembara ilmu kalian, ameen.

  6. alhamdulillah…mabruk ustaz..anta berkesempatan melihat keajaiban yang Allah anugerahkan kepada bumi barakah SYIRIA…=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s