Catatan di Tengah Musim Peperiksaan

Alhamdulillah sudah separuh perjalanan peperiksaan tahun ini aku lalui. Tadi baru habis kertas Ahwal Sakhsiah. Subjek ini berkaitan dengan undang-undang kekeluargaan yang di amalkan di Syria. Menariknya, undang-undang ini diambil daripada perundangan Islam dan dilaksanakan untuk semua masyarakat di Syria termasuk yang bukan Islam. Ini adalah hasil tangan ulama tersohor Syria, Sheikh Mustafa Siba’ie satu masa dahulu dan diamalkan sehingga kini. Berbeza dengan undang-undang kekeluargaan Islam di Malaysia yang hanya dilaksanakan untuk orang Islam dalam ruang lingkup mahkamah Syariah (correct me if i’m wrong)… Exam selesai pukul 7 petang.

Sebelum masuk waktu Maghrib, terus bertolak ke Mazzeh untuk memenuhi undangan makan malam Dato’ Duta di kediamannya. Bangga dapat Dato’ Duta macam ni yang amat friendly dan mudah didekati. Tidak banyak protokol. Kami pelajar-pelajar di Syria sememangnya mempunyai hubungan baik dan akrab dengan pihak kedutaan. Moga-moga hubungan ini dapat dikekalkan. Sampai di rumah Dato’ lebih kurang pukul 8.15 malam. Dato’ menjemput kami para exco untuk turut menyambut delegasi Kementerian Luar Malaysia yang datang ke Syria sempena persidangan Menteri-Menteri Luar Negara OIC. Ingatkan Menteri, Datuk Anifah Aman ada sekali, rupanya dia dah balik petang semalam. Tapi pertemuan pada malam tadi banyak juga manfaat buatku.


Topik perbincangan dan perbualan kami di meja tepi berkisar kepada hal ehwal tugas PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) di luar negara, pengalaman mereka mengiring pemimpin negara sehinggalah pengalaman mereka di negara Arab. Ada yang bercerita tentang ke’boros’an first lady negara kita, sikap dan perangai beliau ketika di luar negara. Aku bagi kesimpulan je la pasal first lady ni, kalau dia atau suami dia (PM kita la) bercakap mengenai membasmi kemiskinan atau berjimat cermat, janganlah kita percaya. Mana taknya, sekali shopping sampai 20-30 beg, apa cerita. Tempat yang dia pergi bukannya taraf-taraf Chow Kit, semuanya yang berbintang-bintang. Ceh, One Malaysia konon… Nasihat la si rosmah tu dulu hai Najib!

Pertemuan dengan delegasi ini sedikit sebanyak menemukan aku dengan orang yang mempunyai latarbelakang pengajian bukan agama. So, cabaran untuk matchingkan cara pergaulan dan percakapan diaorang dengan gaya ‘ustaz-ustaz’ bercakap memerlukan ketenangan yang lebih. Secara ringkasnya, dapat aku simpulkan bahawa banyak lagi communication skills yang perlu aku pelajari untuk mudah ‘masuk’ dengan golongan sebegini. Maklumat-maklumat dalam otak perlu sentiasa diupdate dan mudah diakses, agar golongan ustaz tak hanya mejadi golongan dungu, hanya duduk melopong mendengar orang lain berbicara walhal itu adalah peluang besar untuk menyampaikan dakwah kepada golongan yang mungkin amat jauh dengan suasana perjuangan Islam. Bak kata Tok Guru Haji Hadi, kat mana pun kita berada, kita mesti menyatakan Islam dan mempromosikan keindahan Islam kepada mad’u yang berada di hadapan kita.

2 persoalan yang mereka lontarkan kepada aku tak mampu aku jawab dengan baik, kecewa sungguh !! Mulanya mengenai nikah Mut’ah, kemudian mengenai peraturan yang dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi di Jeddah kepada peniaga untuk menutup kedai mereka setiap kali solat fardhu. Kata mereka peraturan itu tak betul dan tidak menampakkan keluasan Islam kerana mana-mana peniaga yang tidak menutup kedai ketika solat fardhu akan didenda dan ditarik lesen niaganya oleh kerajaan. Kepala otakku memutar ligat untuk menyusun jawapan mengenai nikah Mut’ah kerana mereka mendapat tahu ada pendapat ulama yang mengharuskan Mut’ah ini. Tapi aku tak mampu melemparkan jawapan tersebut kerana belum sempat aku mengakses jawapan yang mereka timbulkan, mereka lontarkan soalan yang lain pulak. Maklumlah, mereka ni talkative person. Main cakap je non stop. Yang ni berhenti, yang lain pulak sambung. Yang tu berhenti, yang lain pulak balas. Aku ni pulak pasif bila bercakap. Lagipun mereka semua duk selang seli dengan B.I, takkan lah aku nak selang-seli dengan B.Arab. Tak capai maksud pulak nanti. Last sekali persoalan tu dibiarkan begitu sahaja. Aku rasa bersalah sebab isu nikah Mut’ah ni baru je aku study untuk paper Ahwal Sakhsiah tapi boleh pulak tak terangkan kat diaorang. Persoalan kedua tu lagi lah haru. Mulut aku main setuju je dengan pandangan diaorang padahal aku sendiri berpendapat ada baiknya kerajaan Saudi buat macam tu. Cuma perlu dikemaskan beberapa sistem untuk mencantikkan lagi peraturan-peraturan tersebut. Pasal nikah Mut’ah ni insyaAllah aku cuba jelaskan pada posting yang akan datang kepada sahabat-sahabat.

Bila berhadapan dengan orang-orang semacam ini, terasa benar diri ini banyak lagi yang perlu dilengkapi. Ilmu, skill, akhlak dan sebagainya. InsyaAllah, doa sahabat-sahabat semua amat didamba supaya aku berjaya mencapai targetku setelah tamat pengajian di Syria iaitu menjadi Versatile Ustaz….. Semuanya untuk mencapai redha Allah.

Satu pesanku kepada golongan pelapis ulama’, janganlah sia-siakan masa pengajian yang ada ini, sesungguhnya ummah memerlukan sesuatu yang luar biasa daripada kita.

Souq Sarijeh, 1.37 am

4 thoughts on “Catatan di Tengah Musim Peperiksaan

  1. nak buat macam mana, dah dia ada status dan kemampuan, perbelanjaan pun mau setaraf dgn gelaran ‘first lady’. hehe. tapi best jugak bila ada rintihan macam ni, diaorg sebenarnya harus sedar yang percakapan harus dituruti dgn teladan, buat dulu baru cakap baru rakyat respek.

    • Kalau boleh, orang Islam lah yang perlu ke depan dalam menjaga hak rakyat dan negara. Tapi apa yang kita tahu hingga sekarang, hanya Pulau Pinang bebas dari kemiskinan tegar. Itu berlaku selepas DAP perintah Pulau Pinang. Malu kita dengan Guan Eng… Azam dia lebih kuat daripada kita yang Islam ini untuk mencontohi Umar Abd Aziz dan dia telah buktikan. Kita kena rasa tercbar dan berlumba-lumba untuk berbakti kepada negara dan rakyat, bukan perabih duit negara dan rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s