Route to Malaysia : Catatanku

Barangkali istiqamah dalam menulis merupakan cabaran utama kepada para bloggers. Dengan komitmen masing-masing  yang perlu didahulukan, bloggers juga perlu memberi kepada masa untuk menulis bagi tidak membiarkan blog-blog mereka terisi dengan sawang-sawang akibat terlalu lama membiarkannya tanpa diupdate. Kata sahabatku Zulhimi at-Takiri, kalau 3 hari tak update blog, baik tak payah jadi blogger. Sungguh pedih dan menusuk hati. Kata-kata ni dia nukilkan dari Ust Nasruddin Tantawi. Secara jujurnya, aku sendiri dah lama tak update blog ni. Bukannya sebab tidak mahu, tapi tidak berkesempatan. Di Syria, internet tak semudah sahabat-sahabat di Mesir & Jordan, apatah lagi nak dibandingkan dengan Malaysia. Tambahan pula, baru-baru ni musim imtihan bertandang, so kena la layan walaupun hampur 3 bulan bersama.. Lama betul!! Bukanlah entry kali ni bertujuan untuk memberikan ratusan alasan tidak mengupdate blog, sebaliknya hanya ingin menjelaskan.

 

Buat pengetahuan semua, aku kini berada di Malaysia. Bercuti selama 3 bulan. Setelah menghabiskan kertas-kertas dur thani pada 29 Julai, masa begitu padat dengan program, persiapan program dan persediaan untuk balik 3 Ogos. Ya lah, dah 3 tahun setengah tak menjejak kaki di tanah air, sudah tentu ingin memberi sesuatu kepada insan-insan tersayang di Malaysia. Masa begitu cepat berlalu, namun pengalaman sepanjang tempoh itu tetap menjadi permata berharga.

 

Menjadi ‘Sardin’ di Jawazat (Imigresen)

Proses biasa di Syria atau mana-mana negara bagi pelajar-pelajar ialah meminta izin daripada jawazat untuk keluar dari Syria. Boleh dikatakan kami di Syria menganggap antara tempat yang paling dibenci untuk berurusan ialah jawazat. Setiap kali pelajar yang pergi ke sana, 90% keberangkalian akan bermasalah. Dua hari berturut-turut aku pergi ke sana untuk urusan keizinan keluar. Satu hari untukku sendiri, sehari lagi untuk tolong sahabat-sahabat yang lain. Ya Allah, tuhan saja yang tahu betapa azabnya menguruskan semuanya.

Walaupun bangunan imegresen adalah bangunan kerajaan, bangunannya cukup kecil. Yang berurusan ramainya macam pelanggan pasar borong, cukup sesak. Aircond pulak tidak dipasang kerana untuk jimatkan tenaga. Itu boleh tahan lagi. Kipas pun tak dipasangnya..apa lagi yang boleh dikatakan disaat orang ramai beresak-esak di musim panas dan kering yang tak perlu lagi diceritakan keserabutannya. Asap rokok juga tak ketinggalan. Ditambah pula dengan sistem urusan yang digunakan tidak up to date. Masih lagi guna sistem berdiri dan beratur. Tubuhku yang kecil ni beratur di celah-celah lelaki-lelaki arab yang jauh lebih tinggi yang menyesakkan. Bau… tak payah cakap la.

 

Dalam diri aku berfikir, bilakah lagi negara Arab yang terkenal dengan Islam hendak melaksanakan sistem dengan lebih efisien dan teratur. Alangkah baiknya kalau imegresen Syria sepertimana di Malaysia.

 

Rombongan teramai

Buat julung-julung kalinya, rombonganku menjadi pencipta rekod apabila menjadi rombongan balik teramai. 20 orang satu flight!! Jarang benar berlaku di Syria rombongan seramai ini. Kalau di Jordan atau Mesir, mungkin senang untuk buat rombongan balik. Oleh kerana terlalu ramai, maka sudah tentu keadaan menjadi kalut. Iya lah, barang-barang banyak dan orang yang nak mengucapkan selamat jalan juga ramai. Sehinggakan flight kami dari Damsyik ke Abu Dhabi terpaksa terbang lewat semata-mata menunggu kami semua. Sampai di Abu Dhabi, semua mengambil peluang melepaskan geram dengan melayari internet tanpa halangan. Maklumlah, di Syria blogspot dan youtube dihalang.

 

Musafir Menguji Ilmu Fiqh

Menaiki flight dari Abu Dhabi ke Kuala Lumpur amat memenatkan. Perjalanan memakan masa lebih dari 7 jam. Tambah ‘memenatkan’ apabila aku terpaksa duduk di sebelah akhawat. Oleh kerana kami bertolak dari Abu Dhabi awal pagi, pramugara flight menutup tingkap dan lampu. Kalau lampu dipasang pun, hanya lampu malap. Aku tidur dulu, sementara yang lain menikmati kecanggihan pesawat Airbus 330 yang menyediakan TV touchscreen. Tidak lama selepas itu, alarm handsetku berbunyi. Jam 3.55 pagi kalau ikut waktu Syria. Hmm.. Lantas aku bangun tatkala yang lain masih menikmati lena tidur. Fikirku, waktu Subuh masih panjang. Aku pergi ke tandas bagi mengambil wudhu’. Masuk je dalam tandas… “Aih, awat dah cerah ni?” Bisik hatiku. Aku cuba jenguk ke tingkap. “Alamak, matahari dah naik tinggi !!” Ketika itu, banyak persoalan timbul ;

“Nak solat ke tak?” Sebab dah habis waktu..

“Eh, solat je lah” Sebab bukan sengaja tak bangun..

“Kalau solat, nak niat qadha’ atau tak?”

“Bukan ke kalau solat fardhu kene mengadap kiblat walaupun atas kenderaan?”

“Ke kena solat hormat waktu?”

“Bukan ke solat hormat waktu dalam waktunya sahaja?”

Pening juga dibuatnya. Ditambah lagi, arah kiblat pada waktu itu adalah mengadap akhawat di sebelah yang sedang tidur. Hu hu hu… Tercabar benar keadaan ni. Bertambah rasa rendah diri kerana masalah fiqh yang remeh ini pun tak mampu diselesai secara sepontan. Moga-moga Allah membuka kepadaku khazanah ilmunya untuk berbakti untuk Islam.

 

1 minggu di Malaysia

Benar kata Sheikh Mustafa Masyhur dalam kitabnya Thoriq ad-Dakwah, hati akan menjadi keras sekiranya kita ‘lama berehat’ daripada membuat kerja-kerja dakwah. Aku sendiri berasa begitu apabila hampir seminggu tinggal di rumah menjadi ‘suri rumah sepenuh masa’ tanpa keluar ke medan menabur bakti kepada masyarakat. Mungkin kita di rumah boleh mengakses maklumat dari internet, tetapi roh perjuangan sukar didapati dari alam maya ini kecuali kita merasai sendiri gerak nadi perjuangan di medan dakwah. Hal aku ini ditambah apabila sukar untuk bergerak akibat tiada kenderaan untuk digunakan. Tetapi alhamdulillah, sedikit masa lagi masalah ini akan diselesaikan.

 

Banyak yang berubah di kampungku ini sepanjang ketiadaanku. Hari kedua sampai tiba di kampung, aku pergi ke masjid. Keadaan bukan seperti dulu. Dulu, jamaahnya ramai. Kini amat berkurang berkali-kali ganda. Aku tiba untuk solat Maghrib. Selepas solat, bersalam-salam dengan ahli jemaah, tok bilal dan imam. Mereka bertanyakan khabar dan bila aku sampai. Dalam hatiku terdetik, tak sangka mereka masih ingat padaku. Seolah-olah menunggu kepulanganku. Amat meleset jangkaanku yang aku tidak akan disapa oleh sesiapapun pabila aku bertandang ke masjid. Selepas bacaan yasin, tok imam dengan selambanya menolak aku untuk jadi imam Isyak. Dan dengan tiada pilihan, aku ikut sahaja. Lagipun, dia dah bisik kat aku masa salam tadi, “Balik ni boleh khidmat sikit kat masjid ni…”. Aku hanya mengangguk.

 

Usai Isyak, aku berbual-bual dengan abahku mengenai bilangan jemaah masjid. Abah bagitahu, ramai yang dah bertumpu ditempat lain yang lebih bebas. Jemaah yang dulunya biasa imarahkan masjid dah bertumpu di sebuah surau lain. Di surau itu, mereka boleh membuat kuliah-kuliah dan tazkirah tanpa sekatan. Kalau di masjid, segala bentuk syarahan adalah terhad. Biasalah, ada unsur-unsur cantas politik…. Beberapa hari selepas itu, aku pergi ke surau tersebut. Kebetulan pula ada kuliah. Alhamdulillah, dapat juga mengecas bateri iman yang dah ‘kong’ selain membangkitkan semula hati yang telah keras untuk bekerja & berdakwah. Kata pengerusi majlis, keesokan malam ada kuliah lagi. Semua dijemput hadir.

 

Aku mengatur langkah kaki untuk mendengar kuliah keesokan harinya. Lagipun, seorang pak cik bagitahu aku ustaz yang ini lagi best dari yang semalam. Sampai je di surau, berbual sekejap dengan jemaah-jemaah yang aku kenal. Alhamdulillah, mereka kenal lagi diriku. Masuk ke surau, seorang pak cik menolak aku untuk jadi imam. Aku maju tanpa was-was. Usai solat, aku dapat tahu ustaz tak mai hari ni. Seorang AJK surau mencuit aku. “Bagi tazkirah sikit deh. Ganti ceramah ustaz” Gulp !! Alamak, aku mai nak dengar kuliah, bukan nak beri kuliah. Ish, modal apa nak bagi ni. Jemaah boleh tahan ramai. Ish, boleh pulak blank time-time camni. Selepas didesak beberapa kali, aku mara ke depan dengan was-was lagi sebab takde modal nak kuliah.

 

Entah apa yang aku cakapkan hari tu, memang bidan terjun sungguh. Yang aku tahu, aku menekankan untuk menarik golongan muda untuk cintakan perjuangan Islam. Dengan memberikan beberapa contoh, aku memberikan ulasan. Memang banyak la kelemahan pada hari tu. Ye lah, kita masih terbawa-bawa stail kita memberi tazkirah kepada mahasiswa timur tengah dengan menggunakan istilah-istilah arab. Mana la pakcik-makcik nak faham. Banyak kali jugak tersasul.

Teringat kata sahabatku Muaz ; “Orang kampung ni kalau dah jemput kita, kita tak boleh pun, kene kira boleh lah”. Maksudnya walaupun kita sebenarnya tak mampu untuk sampaikan ceramah @ kuliah @ tazkirah, tapi bila orang kampung dah tolak kita, kira jadi la tak kira mampu atau tak.

 

Catatanku

Banyak pengajaran yang dapat diperolehi walaupun baru seminggu tiba di Malaysia. Banyak pengalaman yang ingin diceritakan. Tetapi cukuplah pengalaman yang berguna untuk jalan dakwah didedahkan. Kalau cerita mengenai makanan di Malaysia, memang takkan habis. Dari durian, rambutan, duku, mempelam sehinggalah ke budu dan ikan patin kuah tempoyak, semuanya ada cerita yang tersendiri.

Apa yang aku ingin sampaikan di sini ialah kita kadang-kadang menyangka bahawa kita dah bersedia untuk sesuatu cabaran. Akan tetapi rupa-rupanya kita masih jauh. Oleh itu, siapkanlah jiwa kalian bagi memikul amanah yang pasti akan lebih berat.

7 thoughts on “Route to Malaysia : Catatanku

    • Alhamdulillah.. selain usaha dari ana sendiri untuk turun ke medan, doa sahabat-sahabat juga didambakan. Moga kita semua layak digelar jundullah

  1. Pengalaman sentiasa mendidik🙂
    Moga pengalaman menjalani susah payah di dunia akan menjadi rehat yang amat menyenangkan di negeri Abadi. Bukankah hidup hanya untuk dijalani dan bukan untuk di ramaikan.🙂 Manfaatkan pengalaman, jadikan ia sebagai penguat semangat dalam perjuangan.

  2. Kita takkan sedar selagi tidak diuji…
    Maka bersyukurlah kerana kita sedar apabila diuji…
    Kerana tidak ramai yang sedar dirinya diuji…

    Semoga terus tabah…

    “Pengalaman yang menarik🙂 “

    • Dengan ujian juga kita dapat menghargai sahabat2 sekeliling sebagaimana nabi Isa menghargai Hawariyyun. Begitu juga kita bertambah rasa betapa pentingnya ibubapa, isteri, adik beradik dan sedara mara kita menyokong perjuangan kita. Rintangan yg dihadapi akan dirasakan cukup berat sekiranya kita ‘berseorangan’ dengan fikrah perjuangan dalam kelompok keluarga kita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s