Optimis

OLYMPICSKetika Micheal Johnson memecahkan rekod dunia acara 200 meter lelaki pada Sukan Olimpik 1996 dengan catatan 19.32 saat, ramai yang menyangka bahawa tiada lagi orang yang boleh berlari sepantasnya. Apalagi dia baru sahaja memecahkan rekod dalam acara itu pada tahun yang sama dengan catatan 19.66s. Rekod 200 meter sebelum itu dipegang oleh Pietro Mennea (Itali) selama 17 tahun.

Pada temasya Olimpik tahun itu yang diadakan di Atlanta Amerika, Johnson telah memecahkan rekod dunia dalam acara 200 meter dan rekod Olimpik dalam acara 400 meter. Johnson sememangnya pelari yang bagus dalam larian jarak sederhana.

Pada olimpik yang sama juga, Donovan Bailey pelari Kanada baru sahaja memecahkan rekod dunia dalam acara 100 meter dengan catatn 9.74 saat. Bagi menentukan siapakah lelaki terpantas di dunia, satu acara khas telah dilakukan antara mereka berdua iaitu acara 150 meter. Acara itu telah dimenangi oleh Bailey oleh kerana Johnson cedera di tengah jalan.

Walaupun kalah, Johnson tetap diingati sebagai pelari terpantas dunia kerana catatannya yang menakjubkan itu. Sukar bagi pelari-pelari lain untuk memecahkan rekod itu sehiggalah rekod itu bertahan selama 12 tahun.

usain-bolt-olympics-200m

Rekod itu telah dipecahkan oleh seorang pelari muda dari Jamaica, Usain Bolt yang telah memecahkan rekod milik Johson itu dengan catatan 19.30s, 0.02 saat lebih laju dari larian Johnson ketika temasya Olimpik 2008 di Beijing. Apa yang lebih menarik lagi, dia telah memecahkan rekod acara 200 meter itu setelah memecahkan rekod dunia 100 meter milik rakan senegaranya, Asafa Powell (9.72s) dengan larian yang bersahaja. Orang-orang kita kata, macam lari panas badan. Dia mencatat masa 9.69s pada acara itu. Tambah menarik lagi, dia bersama rakan-rakannya telah memecahkan rekod dunia dalam acara 4x100meter berganti-ganti. Bintang Bolt mula bersinar cerah di Olimpik Beijing 2008 pabila memenangi emas dalam semua acara yang disertainya dan turut memecahkan semua rekod dunia. Sesuatu yang jarang boleh dilakukan oleh seseorang atlit.

Dan pada tahun ini, dia sekali lagi memusnahkan rekod dunia miliknya dalam acara 100 meter untuk memenangi pingat emas di Kejohanan Olahraga Dunia di Berlin Jerman dengan kepantasan menakjubkan – 9.58 saat, 17 Ogos lepas.

Lelaki terpantas dunia itu mencantas 0.11 saat daripada catatan 9.69s yang dilakukannya ketika memenangi emas Sukan Olimpik Beijing, setahun lalu untuk membawa acara pecut itu ke zon masa yang tidak pernah termimpi sebelum kehadirannya. Rekod dunia dalam acara ini amat sukar dicatat bawah 9.80s pada satu ketika dahulu. Tetapi manusia yang bernama Bolt ini telah berjaya membuktikan apa sahaja boleh berlaku sekiranya ada usaha ke arah itu.

“Saya sudah kata apa sahaja boleh berlaku dan ia terhasil di sini” kata Bolt.

Pelari Amerika Tyson Gay, Juara Dunia 2007 memberikan larian terbaiknya untuk meraih perak dengan catatan 9.71saat, masa ketiga terpantas sepanjang zaman. Manakala rakan Bolt dari Jamaica, Asafa Powell meraih gangsa dengan 9.84saat.

Rekod dunia 100meter selalunya dikurangkan dengan perpuluhan satu atau dua saat pada satu-satu masa. Justeru, catatan besar yang dilakukan Bolt pada larian itu cukup luar biasa dan menakjubkan.

Perkara yang sepatutnya menjadi iktibar kepada kita ialah apa yang orang sekarang kata ‘tidak mungkin’ sebenarnya boleh berlaku sekiranya kita berusaha. Allah telah memberi ikhtiar (pilihan) kepada kita, maka kitalah yang sepatutnya berusaha dan menjayakan sesuatu impian kita. Mungkin dahulunya seperti kata Tg Nik Aziz, kita orang Islam tak pernah terbayang yang orang bukan Islam akan menyokong perjuangan Islam malah bekerja untuk parti lebih kuat daripada orang Islam sendiri. Kini, semuanya sudah berada di depan mata kita.

Sekiranya terdetik dalam hati kita bahawa amat sukar untuk kita mencapai Daulah Islamiyyah, percayalah bahawa benda itu tidak mustahil dan ia semakin hampir.

Mungkin dulunya Bolt pun merasa mustahil untuk mencatat masa sepantas ini, tetapi hari ini dia telah melakukannya.

Apa yang perlu ada ialah kita perlu optimis dengan janji yang telah diberi oleh Allah s.w.t. “Nasrun minallah wa Fathun Qarib” (Pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang hampir).

Walaupun Jamaica bukanlah negara yang maju dan ramai penduduknya, dasawarsa ini mereka telah melahirkan begitu ramai pelari yang berjaya. Bukan sahaja berjaya, tetapi berjaya dengan cemerlang sama ada lelaki mahupun wanita. Penduduknya rasanya tidak seramai bilangan penduduk Malaysia. Apakah sebenarnya rahsia mereka?

Aku rasa mereka OPTIMIS…..

2 thoughts on “Optimis

  1. Catatan rekod itu adalah hasil dari sebuah proses ‘tarbiyah’ yang berterusan. Untuk mendapatkan rekod cemerlang, proses ‘tarbiyah’ yang dilakukan mestilah tersusun kemas dan berterusan. Wallahu ta’ala a’lam

    • Ana setuju.. ‘Tarbiyyah’ la yg menjadikan dia kuat.. Bukannya terjadi dengan perkataan ‘jadi’. Begitulah lemahnya kita di sisi Allah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s