Mencari-cari sinar cerah itu

Assalamualaikum semua.
Ramadhan kareem. Sudah lebih 10 hari kita berpuasa.Apa natijah yang kita dapat agaknya setelah 1/3 Ramadhan telah kita lalui. Harapnya cemerlang.

Entah mengapa sejak tiba di Malaysia hampir sebulan yang lalu, kotak fikiranku begitu sibuk berfikir. Berfikir tentang banyak perkara. Setiap hari dalam kehidupanku kini seolah-olah memaksaku untuk berfikir dan mentadabbur setiap apa yang terlintas di hadapan mataku. Jenuh rasanya mencari pangkal di manakah puncanya. Lebih memeritkan apabila semua hasil pemikiran itu seolah-olah menghentak-hentak diriku dengan perasaan bersalah, menyesal dan kecewa dengan diri sendiri.

Ketika mula sampai di rumah, aku mula menyesuaikan diri. Keluargaku berpindah ke rumah baru ketika aku di Syria. Jadi, proses penyesuaian perlu mengambil masa. Sememangnya bermula dari sekolah menengah, aku jarang berada di rumah kerana tinggal di asrama. Begitu juga seterusnya di Darul Quran(DQ). Di DQ, aku jarang sekali pulang ke rumah, paling kerap pun rasanya 2 bulan sekali. Itu pun kalau ada cuti panjang. Seterusnya di UIA, pengamalannya sama seperti di DQ. Sehinggalah di Syria, aku pulang setelah 3 tahun setengah di sana. Kalau nak ikutkan hati, mahu sahaja aku pulang setelah tamat pengajian, tetapi mengingatkan firman Allah “Quu anfusakum wa ahlikum naara”, aku relakan jua hati untuk pulang. Sememangnya kita perlu menyayangi keluarga kita. Tetapi bagaimana kita perlu menyayangi mereka? Ada orang menyayangi keluarga dengan selalu bergurau, menghabiskan masa menonton TV bersama dan selalu bersiar-siar ke taman2 dan pusat peranginan. Padaku, ini memang sebahagian daripada cara untuk kita mengasihi keluarga. Tetapi ia bukanlah cara yang tepat kita berkasih sayang. Perkara terbaik untuk kita mengasihi ahli keluarga kita ialah mendekatkan mereka kepada agama Allah s.w.t. Kasih kita kepada keluarga hendaklah membawa ke akhirat.

Berapa ramai antara kita baik dengan ahli keluarga, mampu ‘bertepuk-tampar’, tetapi tidak mampu menegur adik lelakinya berseluar pendek dan tidak menutup aurat. Berapa ramai antara kita yang mesra dengan ahli keluarga tetapi tidak mampu mengajak adik beradiknya bersolat apatah lagi solat jemaah. Berapa ramai antara kita yang mampu menonton TV bersama tetapi tidak mampu untuk mengajak keluarga mereka bersama-sama menunaikan solat sunat Aidilfitri. Berapa ramai orang yang mampu berjaga malam untuk membuat persiapan raya sedangkan langsung tak mampu untuk mengajak keluarganya bertadarus al-Quran walaupun 2 mukasurat. Keluarga mereka hanya dibiarkan untuk diisi dengan program2 TV tanpa langsung rohani mereka diiisi dan disuapi.

Desakan inilah yang bermain difikiranku. BAGAIMANA UNTUK MEMBAWA KELUARGA KE ARAH YANG DIREDHAI ALLAH?? Walhal diri ini pun penuh dengan kelemahan. Perlu diingat, dalam dakwah pun keluarga kita juga boleh menjadi fitnah kerana kelalaian kita. Mad’u tidak akan mempedulikan dakwah kita seandainya melihat keluarga kita sendiri berada dalam keadaan tak tentu arah. Ya Rabb!!

Sejak bermukim di Seksyen 2 Wangsa Maju, KL untuk bertugas sebagai imam terawih, desakan dan asakan ke kotak fikiranku makin bertalu-talu. Kadang-kadang tak terdaya lagi hendak difikirkan.

Kalau nak diukur, apalah sangat jadi imam terawih tu. Hanya pergi ke depan, baca ayat sikit lepas tu zikir dan baca doa. Sekali fikir memang amat mudah. Tetapi apabila berada di tempat ini, banyak menginsafkan diriku sendiri yang diamanahkan Allah untuk menjunjung kalamNya. Gelaran Hamalatul Quran semakin berat untuk dibawa. Setiap kali bacaan dalam solat tersangkut, mahu sahaja aku menangis. Malu dengan ‘title’ yang ada, “al-Hafiz” atau “al-habis”? Apatah lagi bila tersangkut dengan ayat-ayat mudah. Memang tidak dinafikan, ‘tersangkut’ adalah perkara biasa kerana ‘nervous‘ seseorang lantaran melihat jemaah yang terlalu ramai. Tetapi, bila lupa ayat-ayat mudah dan ketidak mampuan untuk kita bertenang itulah menunjukkan mutu hafazan kita !! Kadangkala terasa hendak dibuang title ini lantaran beratnya amanahnya, tetapi inilah jalan yang telah kupilih suatu ketika dahulu. Ya Rabb!!

Selain itu, aku juga selalu memerhatikan jemaah yang hadir ke surau tempat aku bertugas. Alhamdulillah, kebanyakan mereka komited dengan surau. Kebanyakan mereka sudah melepasi umur pencen. Ada yang pencen guru, ada yang pencen tentera dan ada yang pencen polis. Banyak juga pengalaman mereka yang aku kutip. Bila difikirkan tentang kesungguhan dan komited mereka, aku dapat membaca bahawa mereka amat mengharapkan golongan pemimpin yang dapat membimbing mereka ke jalan keredhaan. Tidak lain dan tidak bukan mereka memerlukan kepada ulama yang murabbi, bukan ustaz sampul yang demand harga bila nak memberi tazkirah. Bukan tidak ada orang yang memberi ceramah dan kefahaman kepada mereka, tetapi untuk melakukan revolusi dalam masyarakat Islam memerlukan kepada mereka yang mendalami ilmu agama dan berjiwa murabbi. Ini adalah untuk merubah masyarakat keseluruhannya termasuk orang-orang muda, tidak setakat orang-orang tua yang sudah pencen sahaja. Sekali lagi tuntutan ini aku rasakan terjunjung dibahuku. Hmm, bila diukur dan disukat, lagi lah malu dengan diriku untuk mendidik masyarakat. Rasanya diri sendiri pun tak mampu nak bawa. Inikan pula nak bawa jiwa-jiwa orang lain. Ya Rabb!!

Peluang sebulan aku di Kuala Lumpur aku manfaatkan juga untuk mengajar di kelas-kelas tambahan dan tuisyen. Kebetulan pula sahabat baikku, Syarafuddin mengoffer kepadaku untuk menggantikannya untuk mengajar kelas-kelas tambahan di bawah jagaannya. Peluang ini tidak dilepaskan. Cerita Syaraf, ada satu kelas yang akanku bawa ialah kelas peribadi untuk budak berumur 5 tahun & 7 tahun. Aku dikehendaki mengajar mereka jawi dan perkara-perkara berkaitan dengan agama. Apa yang mengejutkan aku, orang yang meminta untuk mengajar mereka ialah ibu mereka di mana profession ibu ini ialah seorang penari kelab malam!! Aku hanya termenung jauh apabila mendengar cerita ini dari Syaraf. Ye lah, sekali dengar pun kita boleh jadi pening kerana 2 unsur berlainan telah ‘bersatu’. Satu unsur tidak baik iaitu kelab malam dan satu unsur lagi unsur baik iaitu mengajar anaknya menjadi baik. Lagi sekali aku memikirkan cabaran yang bakal dihadapi. Ya Rabb!!

Ini hanyalah secebis pengalaman yang aku hadapi sekitar sebulan di sini. Cerita di sini bukanlah untuk populariti sebaliknya untuk perkongsian bersama. Untuk semua faham bahawa realiti dakwah dan tarbiah tidak semudah kita eja ABC atau alif ba ta.

Meniti hari-hari ini, aku merasa semakin berat untuk memikul amanah Hamalatul Quran. Ditambah lagi dengan amanah ulama’ muda yang bakal menggantikan saf-saf ulama yang ada sekarang. Begitu juga tanggungjawab untuk menjadi ahli keluarga yang bertanggungjawab menjalankan perintah “Quu Anfusakum wa Ahlikum Naara”. Begitu juga dengan amanah untuk menjadi pendokong dan pejuang agamaNya. Ya Rabb, beratnya amanah yang terletak di pundakku ini. Dunia seakan kelam dengan amanah, bebanan dan taklif ini. Ia mendesakku untuk mencari seorang murabbi yang boleh membimbingku sepanjang perjuangan dakwah ini ataupun teman yang boleh menyokong kuat supaya aku lebih yakin melangkah dalam medan dakwah. Moga-moga Allah menemukan aku dengan sinar cerah itu supaya aku lebih tenang dan yakin dalam mengharungi duri-duri jalan dakwah.

Ibnu Mas’ud r.a. berkata:
Penghafaz Al Quran harus dikenal dengan malamnya saat manusia tidur, dan dengan siangnya saat manusia sedang tertawa, dengan diamnya saat manusia berbicara, dan dengan khusyu’nya saat manusia gelisah. Penghafaz Al Quran harus tenang dan lembut, tidak keras, tidak sombong, tidak bersuara kasar dan tidak cepat marah.

 

2 thoughts on “Mencari-cari sinar cerah itu

  1. salam ramadhan kareem..

    barakallahu fika ya ust..mudah-mudahan terus istiqamah dan bersemangat di medan dakwah yang sedang ditempuhi.sememangnya bila ana membaca luahan manfaat ust rase terharu dan bersimpati juga rasa bebanan dakwah yang kian tragis dengan ujian dan cabaran yang tidak pernah kering dari kamus seorang daie apatah lagi bergelar huffaz. Di dalam sebuah hadis dari ‘Abdullah bin Mas’ud Rasulullah bersabda:
    “Sesungguhnya Al-Quran ini adalah hidangan Allah, oleh itu hendaklah kamu menyebutnya sekadar yang terdaya oleh kamu menyebutnya. Sesungguhnya Al-Quran ini adalah tali Allah, cahaya yang terang benderang dan penawar yang berguna. Penjaga kepada siapa yang berpegang kepadanya, jaminan kejayaan bagi
    yang mengikutinya. Ia tidak salah yang menyebabkan ia tercela, ia tidak bengkok yang menyebabkan ia perlu diperbetulkan, keajaibannya tidak kunjung habis dan ia tidak menjadi cacat sekalipun banyak (kandungannya) ditolak orang. Bacalah Al-Quran kerana Allah akan memberi ganjaran ke atas setiap huruf dari
    bacaanmu dengan sepuluh kebaikan. Aku tidak mengatakan kepadamu Alif, Lam, Mim itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”

    doa dari ana muga ust terus tabah dan bertemu sinar yang cerah i2 sememangnya kita lemah dan perlukan kekuatan carilah kekuatan itu dan Allahlah sebaik2 kekuatan kita…diantara sekian jenis kemiskinan yang paling kritikal adalah kemiskinan azam dan tekad. tidak mungkin seseorang meperolehi darjat yang tinggi di sisi tuhannya melainkan dengan tekad kemahuan yang tinggi dari dirinya…ust bakal menjadi obor menjadi contoh kepada kami yang bakal menjejaki ust sebentar nanti…bangkitlah semangat agar kami juga para pendakwah bisa tegar dan yakin dengan perjuangan yang kita dokongi ini…salam juang dari bumi syam!

    • Jangan biarkan sehari berlalu tanpa perjuangan. Tiap2 hari kita perlu fikirkan nasib perjuangan tarbiah dan dakwah walaupun pada hari raya. Binalah jiwa seperti ni kerana ia adalah bekal semasa kita di medan dakwah yang luas. Kita tidak mampu menjadi pendakwah yg bagus dengan hanya belajar teori, tetapi kita akan menjadi pendakwah yg bagus sebaik kita berusaha untuk turun kepada realiti. Banyak masalah yg kita hadapi di medan tidak dipelajari dari kitab2, tetapi kita temui dan pelajari di dunia realiti. Ya tolibal ilmi fi syam, nahnu bintizorikum !!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s