Bercakap tentang Raya

:: 1 :: Bila bercakap tentang raya, teringat masa dulu-dulu. Aku tertanya-tanya, kenapa kita pada akhir Ramadhan kita dianjurkan untuk sedih sangat-sangat. Tapi bila masuk je Raya, kita dianjurkan untuk bergembira. Tambah terzahir la lagi kegembiraan ini dengan baju baru dan budaya ucapan raya. Padaku time tu, tak matching la dari sedih sangat-sangat terus jadi gembira sangat-sangat.

Rupa-rupanya bila difikir balik, memang wajar kita bergembira. Mana tidaknya, kalau kita mencapai objektif puasa dan Ramadhan, tiada sebab untuk kita tak bergembira. Setelah melalui Ramadhan, kita sebenarnya telah ‘suci’ seperti dilahirkan semula, atau dengan kata mudahnya kita telah kembali kepada fitrah. Kerana kembali kepada fitrah inilah kita bergembira. Kerana kembali kepada fitrah inilah Raya ini dinamakan Raya Fitrah. Fitrah ini bermaksud kita suci daripada noda seperti hadis nabi S.A.W :

كل مولود يولد على الفطرة

“Setiap anak kecil itu dilahirkan di atas fitrah (bersih & suci daripada noda)”

Apa lagi yang menggembirakan kira daripada apa yang diberi oleh Allah ini. Setelah membuat dosa sama ada terang atau tersembunyi, kita diampunkan oleh Allah seolah-olah kita suci sepenuhnya. Patutlah kita bergembira.

:: 2 :: Bila bercakap tentang gembira, terasa pelik juga cara orang kita  sekarang bergembira. Raya hanya meriah dengan TV. Dari filem-filem tanahair, drama musikal humor hinggalah kepada majlis nyanyian. Entahlah, susah nak kata. Seolah-olah tiada suasana raya kalau tiada semua itu. Padahal kita sememangnya kita diajar cara untuk bergembira. Kita dianjurkan untuk bertakbir membesarkan Allah atas kuasanya kepada makhluknya sebaik sahaja melangkah masuk ke Syawal. Bukanlah salah kalau nak bernyanyi atau sebagainya selagi tak melanggar syariat, tetapi janganlah cara yang sepatutnya diketepikan.

:: 3 :: Bagi orang Islam, hanya ada 2 raya iaitu AidilAdha dan AidilFitri. Sememangnya AidilAdha lebih ‘besar’ daripada AidilFitri. Ini dapat dilihat kepada bilangan hari untuk bergembira. AidilAdha disyariatkan 4 hari untuk bergembira, memuji dan membesarkan Allah. AidilFitri hanya sehari. Orang Melayu je yang sebut raya pertama, raya kedua, raya ketiga… (dan seterusnya), walaupun AidilFitri hanya sehari.

:: 4 :: Oleh kerana sepatutnya kita bergembira, tak tahu lah macam mana lagu Takbir kita berjalan atas tone yang sedih. Kalau di Syria, takbir raya memang ‘bersemangat’ bila didengar. Adunan perasaan gembira menjadikan kita benar-benar dalam perayaan. Apatah lagi kalau AidilFitri yang mengingatkan kita kepada kemenangan orang Islam dalam peperangan Ahzab.

:: 5 :: Moga-moga orang Islam kembali kepada cara beraya yang sebenar dan mengerti dengan baik mengapa kita beraya. Kalau kita tak nak terima Islam sebagai cara hidup walaupun sudah melepasi Ramadhan, fikir lah sendiri diri kita layak atau tidak untuk beraya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s