Runtuh, runtuh dan runtuh lagi

masjid_runtuhDi kala masyarakat Malaysia sedang mengikuti perkembangan gempa bumi di Sumatera, semboyan pilihanraya Bagan Pinang telah dibunyikan. Namun, ada satu perkara pelik yang berlaku. Gempa bumi berlaku di Sumatera, tsunami berlaku di Samoa, taufan berlaku di Filipina, ribut kuat berlaku di Kelantan, tetapi yang robohnya Masjid Kg.Batu Putih, Kerteh, Terengganu. Memang pelik !! Tambah pelik ialah masjid tu bukan murah harganya, RM 2.1 juta. Lagi memelikkan ialah masjid tersebut digunakan tak sampai setahun !!

Inilah antara legasi-legasi yang ‘komang spana‘ kata orang Terengganu yang ditinggalkan oleh Idris Jusoh kepada Mat Said. Mula-mula bumbung dewan sekolah menengah runtuh. Lepas itu bumbung stadium runtuh dan kolam renang pula bocor. Kini bumbung masjid pula runtuh.Inilah rentetan peristiwa yang berlaku di Terengganu yang kaya dengan wang royalti minyak ini.

Ada yang kata, ia seakan satu ‘balasan’ dibuat oleh Sang Pencipta kepada kerajaan BN Terengganu. Mana tidaknya, masa dulu-dulu diaorang la yang robohkan masjid di Kg.Bujal walaupun rakyat merayu-rayu jangan robohkan. Dulu juga, mereka lah yang merancang untuk merobohkan rumah rakyat, tanpa perikemanusiaan dan tanpa rasa simpati. Kini, projek-projek mereka ‘dirobohkan’ oleh Sang Pencipta walaupun tanpa angin dan ribut yang kuat, walaupun tanpa jentera dan jentolak.

Semestinya ada sebab di sebalik berlakunya semua ini. Sudah tentu rasuah pemimpin BN kini menjadi buah mulut rakyat. Semua projek-projek mega yang dibuat semasa zaman Idris Jusoh kini dicheck semula. Bimbang kalau-kalau masjid Kristal pulak yang runtuh !! Hu, hu, hu. Tapi apa yang pasti sekarang, Mat Said sedang menanggung ‘najis-najis ‘ yang ditinggalkan oleh Idris.

stadium-runtuh

Semasa zaman Idris, slogan yang selalu dilaung-laungkan ialah “Memahat Sejarah Mencipta Tamadun” (kalau aku tak silap la, sebab tak hafal). Kini, memang Terengganu telah memahat sejarah. Sayang bukan Idris Jusoh yang jadi MB. sekarang. Kalau tidak, sudah pasti dia melihat dengan bangga sejarah yang telah dibuatnya sendiri. Kalau Kuala Lumpur ada stadium Bukit Jalil sebagai tarikan, Terengganu ada stadium runtuh sebagai destinasi pertama pelancongan sekiranya datang dari udara. Selain Masjid Kristal, mungkin kerajaan Terengganu boleh mengkaji untuk menjadikan masjid runtuh pula sebagai destinasi pelancongan. Tentu Idris tumpang bangga juga walaupun dia bukan MB sekarang kerana kerajaan Terengganu kini telah memahat sejarah sebagai negeri terbanyak bangunan baru runtuh.

Pesanan kepada pelancong dari luar negeri Terengganu, berhati-hati kalau nampak bangunan baru di Terengganu. sekarang ni.  Kalau nak solat, cari masjid yang lama-lama. Bimbang kalau-kalau runtuh kubah tu atas kepala !!

2 thoughts on “Runtuh, runtuh dan runtuh lagi

  1. askum………………………………………………..
    ade ke ptot ganu bina sjarah mcm tueeee..wat malu ajee..sape la yg bina stadium yg tak kuat mcm tueeee..lain kali buat la strategik yg kuat bru buat,ape arrrrr..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s