Becakap Tentang Bajet 2010

1|| Saya bukanlah orang yang pandai untuk bercakap mengenai bajet dan ekonomi negara, tetapi perasaan untuk belajar menebal tinggi. Tambah-tambah apabila masyarakat memang berhajat untuk kita mengketengahkan bagaimana strategi  Islam dalam mentadbir eknomi negara. Sekadar permulaan, bolehlah dengan memberi komen.

2|| Dah seminggu Bajet 2010 dibentangkan. Banyak respon yang  diterima walaupun ramai yang terkejut pada hari yang sama Tok Guru Nik Aziz mengeluarkan cadangan untuk mengadakan EGM Pas. Bagiku, bajet sulung Najib merupakan Bajet PRU 13. Semua pihak yang melakukan swing vote ketika PRU 12 yang lepas, diberi gula-gula insentif bantuan yang bersifat ‘pakai buang’, sekali beri habis begitu sahaja. Ibarat kata bajet ini agak berlainan dengan prinsip orang Cina. Mereka memberi mata kail kepada seseorang untuk membolehkan ia memancing dan menangkap ikan. Sebaliknya bajet 2010 kebanyakannya seolah-olah memberi ikan kepada seseorang. Sekali makan, terus habis. Kemudian mengharap lagi pemberian dari kerajaan. Tetapi kerajaan terpaksa memberi gula-gula tersebut untuk cover sementara penyakit yang membarah.

3|| Adapun penggantungan pendapatan negara kepada petroleum amatlah tinggi. Lebih dari 40% datang dari Petronas tidak temasuk dari syarikat-syarikat lain. Ini bermakna ianya lebih separuh daripada pendapatan negara. Dalam masa yang sama, kita sering diberitakan bahawa rizab minyak negara akan habis dalam masa yang tidak lama lagi. Walaupun Petronas telah mengatur strategi untuk membuat pelaburan di negara lain, kerajaan dilihat tidak kompetitif dalam menyelesaikan masalah ini. Tidak nampak sangat strategi Najib untuk menyelesaikan masalah ini yang bersifat jangka panjang.

4|| Mungkin bajet kali ini dilihat cantik oleh kebanyakan orang. Tambahan pula, pimpinan PR tidak membuat komen yang agak kontra kerana masing-masing terkena dengan masalah dalaman parti masing-masing. Akan tetapi, realitinya sering berlaku ketirisan dalam berbelanja oleh pihak kerajaan BN menyebabkan defisit yang begitu tinggi. Perlu dilakukan reformasi dalam kerajaan untuk lebih berhemat dalam berbelanja supaya tidak berlaku setiap tahun adanya defisit.

5|| Saya sudah beberapa kali perasan, pemimpin Umno/BN telah menggunakan ungkapan-ungkapan Arab yang selalu digunakan oleh orang Pas. Dalam bajet 2010, Najib menggunakan ungkapan “Baiah”. Sebelum ini, Muhyidin telah guna “Wehdatul Fikr” & “Wehdatul Amal” semasa EGM Umno. Nampaknya Umno dah banyak ciplak gaya Pas. Mungkin mereka tahu bahawa pengaruh Pas semakin berakar dalam masyarakat, sebab itu bermacam-macam perkara perlu dibuat walaupun tindakan tersebut seperti ‘menciplak’ gaya orang.

5 thoughts on “Becakap Tentang Bajet 2010

  1. I am agree with ur words saying that this budget is ‘bajet PRU 13’. Baru sekarang kerajaan mau buatkan jalan raya untuk 4 tempat di pedalaman Sabah. Selama ni kerajaan barisan gi mana? Promises demi promises, x pernah ditunaikan. Buktinya Bung Mukhtar sendiri bangun dalam parlimen dan menagih janji.

    • ramai yang ada di negara kita sekarang adalah politicians semata2, bukannya stateman @ negarawan yang memikirkan masa depan negara dan rakyat.malah dijauhkan dengan jauhnya mereka dengan agama

  2. salam…

    tak bagi salah bagi pun salah… kang kalo bagi mata kail dituduh kayakan kroni.. tak adil… korupsi… elok jugak laaa kekadang ada perkara2 yg ptt diberikan terus kepada rakyat camnie… dan diharapkan lebih ramai laa yang mendapat manfaat darinya…

    duit petronas ker… duit tax ker… tak kisah laa duit maghi maner… asalkan dpt dipulangkan kepada rakyat dengan cara yang betul alangkah baiknyer… dan cara memperkasakan pendapatan hiliran petronas diharap membuahkan hasil… seperti yg sudah2… yer laaa.. berniaga kekadang ader pelaburan yang merugikan… patut rakyat doakan… bukan memperkecilkan… bukan ker berterima kasih kepada manusia itu tanda kiter bersyukur atas nikmat dariNya…

    kekadang kiter sendiri pun akan alami defisit dlm perbelanjaan… jgn ckp kerajaan m’sia… kerajaan mana2 pun dlm dunia nie akan ader masalah nie… alamak..! tak aci laa buat persamaan linear camtu kan..? tapi betul laaa… kalau dpt kurangkan defisit dan perbelanjaan tu alangkah bagusnyer… diharapkan kerajaan lebih berhemah…

    alaaa… PAS pun ciplak gak… malah dah berzaman jadikan agama Islam sebagai alat politik… harap kiter makin dewasa untuk menggunakan akal yang diberikan sebaik mungkin…

    • Bukan masalah bagi @ tak…tapi melihat kepada sikap kerajaan yang terngantuk baru nak terngadah. Dulu org bagi desakan buat tak endah,tapi bila undi beralih baru depa ‘ambil berat’.

      Memang kita nak mana-mana duit pun, perlu diberi kepada yang berhak.Dalam konteks sekarang, memang rakyat ada hak. Tapi kalau penggantungan bajet negara kepada duit petronas & petroleum dengan peratusan yang besar, kita sebenarnya seolah-olah menggali kubur sendiri. Contoh penggantungan yang hampir membinasakan kita ialah beras dan tanaman. Dulu, TGHH pernah mencadangkan kepada kerajaan mengenai pembangunan pertanian supaya kita tidak bergantung kepada negara lain, tetapi tak diendah kerajaan. Tapi bila terjadi krisis beras baru2 ni, baru tahu binasa yang menanti akibat pergantungan kita kepada beras2 luar.

      Mengenai defisit, saya bersetuju sikit dengan saudara.tapi jumlah defisit yang banyak tu la yang menjadi masalahnya. Kita tak nak sampai satu masa, kita akan meminjam dengan bank dunia untuk membangun negara akibat tak da duit.. ye la, setiap tahun defisit yang banyak !!

      Saya tidak pernah nampak PAS menjadikn agama sebagai alat politik.PAS menjadikn agama sebagai teras. Teras ini perkara yang tidak boleh ditinggalkan. Alat ialah benda yang jadi wasilah kita untuk melakukan sesuatu, boleh dibuang sekiranya ada alat yang lain. BN tidak menerima Islam sebagai teras, sebaliknya mengambilnya sebagai perhiasan.PAS tidak akan hidup sekiranya menjadikan Islam sebagai alat mereka…

      • salam… lama sudah tak singgah…

        1- kalo nak kira bagi pada semua utk memuaskan hati orang supaya nampak ambik berat… memang tiada yang akan mampu berbuat begitu… tp at least “biler dah berubah undi nie” sedikit sebanyak ruang2 yang perlu ditampal tu nampak dengan jelas… perlukan lebih perhatian… resmi manusia…

        2- sebab tu dr dulu lagi kerajaan cuber nak industrikan negara nie.. supaya nilai pergantungan negara tidak tertumpu pada satu2 sumber sahaja… jika cakap pasal pertanian… pertanian pada skala besar dengan tertubuhnyer felda dan felcra telah kiter laksanakan… berapa ratusan ribu.. juta mungkin anak2 m’sia mendapat manfaat darinyer… hehe… padi boleh nak laksanakan… dan dah dilaksanakan pun… tapi berapa ramai yg boleh terlibat..? boleh ker nak saingi negara thai etc yg mendapat manfaat dr segi geografi dan iklim…? kesian… kampung saya di marang pun padinyer tidak ujud lagi… jenis pandai cakap tak reti nak buat….

        3- ermmm.. betul jugak… tapi Alhamdulillah kiter tiada lagi rekod yang pedih dgn Bank Dunia… pinjam bayar… alaaa… nak tau gak kot2 laa ader negara dlm dunia yg langsung tak buat pinjaman dengan Bank Dunia… pernah satu masa dahulu ader timbalan Tun Mahathir mencadangkan supaya meminjam wang dari IMF… oh yerr..!! zaman tu kiter tgh gawat…

        4- “kalo kiter berjaya memerintah terengganu… sebelum ayam berkokok esok hari… kiter akan isytiharkan Hudud…” ader laa ayat nie keluar dr seorang pemimpin yang mengaku dari parti Islam pada tahun 1999 dulu… dan hakikat jangkamasa panjangnyer… dah berpuluh tahun kelantan dipimpin oleh parti yang kononnyer berteraskan Islam… mana Hudud yang dilaung2kan..? nescaya saya yang tidak berparti ini akan menyokong PAS dengan terus melupakan sikap2 buruk orang2 PAS selama ini…

        saya ingin sekali melihat PAS seperti dulu2… tidak bersekutu dengan kafir yg terang2 menentang Islam… tidak mudah meraban… tidak terikut ikut dengan rentak orang kafir demi undi… senang cakap tgk balik aper Amanat HH tahun 1985… dan kenapa PAS sekarang seperti meludah ke langit..? ermmm… yer laa… akan keluar lah pulak ayat2 Al-Quran dan hadis bagi menegakkan perbuatan mereka sekarang… dah lama dah ayat2 AlQuran dan Hadis nie mereka mainkan demi kepentingan mereka… bukankah itu alat namanyer..?

        wassalam bro… moga sentiasa dalam limpah dan kurniaNya….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s