Larangan Pemakaian Pudah Tidak Adil – Qaradhawi

niqab

Doha (Qatar) : Presiden Persatuan Ulama Islam Antarabangsa, Syeikh Prof Dr Yusuf Al-Qaradawi menyatakan kehairanannya dengan pandangan sesetengah pihak yang melarang golongan wanita daripada memakai purdah atas pelbagai alasan tetapi pada masa yang sama membenarkan mereka memakai ‘skirt’ yang menampakkan sebahagian aurat mereka.

Beliau berkata demikian dalam satu program “Syariat dan Kehidupan” dengan tajuk “Penindasan Terhadap Agama” yang dikendalikan oleh stesen Al-Jazeera Qatar yang disiarkan secara langsung baru-baru ini.

Dalam rancangan itu, Syeikh al-Qaradhawi menjelaskan bahawa pemakaian purdah bukanlah satu kefardhuan ke atas muslimat kerana menutup muka bagi mereka bukanlah wajib akan tetapi ia tetap satu pilihan baik bagi mereka yang mahu memakainya.

Beliau berkata demikian sebagai menyangkal tindakan segelintir ahli ilmu yang beriya-iya melarang pemakaian purdah di kalangan muslimat termasuk para pelajar perempuan khususnya di universiti al-Azhar.

Beliau mempersoalkan mengapa ia dilarang begitu keras tetapi bagi pelajar perempuan yang masih memakai skirt dan hampir telanjang tidak dilarang.

Beliau bimbang larangan yang dibuat itu sebahagian daripada kempen mensekularkan sistem pendidikan yang meragut kebebasan berpakaian di kalangan muslimat dan pelajar perempuan yang berjalan elok sebelum ini.

Menurut al-Qaradhawi, isu pemakaian purdah di kalangan muslimat tidak mendapat kesepakatan para fuqaha. Ada di kalangan mereka mewajibkan memakai purdah khususnya terhadap wanita yang memiliki rupa paras yang cantik dan menawan yang boleh menggoda iman orang lelaki yang melihatnya dan ada pandangan mengatakan ia adalah harus sahaja.

Beliau juga menyangkal pandangan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa purdah bukan dari ajaran Islam, pandangan ini tidak tepat dan salah, kerana ia ada dalam pandangan imam-imam mazhab seperti Syafie dan Hambali.

Beliau mengkritik keras mana-mana pihak yang bertindak keras terhadap larangan tersebut, tetapi beliau mengingatkan para pelajar perempuan yang berpurdah adalah dibolehkan menanggalkan purdah dalam kelas jika tiada pelajar lelaki di situ tetapi apabila kelas mereka bercampur antara pelajar lelaki dan perempuan, adalah menjadi hak mereka untuk tidak menanggalkannya.

Terdahulu Sheikh al-Qaradhawi yang juga sifatnya selaku Presiden Persatuan Ulama Antarabangsa menyatakan pendirian dan sikap persatuan berkenaan terhadap tindakan Presiden Perancis, Nicholas Sarkozy yang mengarahkan agar pelajar perempuan negara itu tidak dibenarkan memakai purdah dengan keras.- islamweb.net

*Dipetik dari Harakah 1485 dalam Sisipan Fikrah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s