Kredit untuk Ketika Cinta Bertasbih

Mungkin sudah ramai yang menonton filem Ketika Cinta Bertasbih, sebuah filem yang dibuat berdasarkan novel 2 jilid Ketika Cinta Bertasbih karangan Habiburrahman as Shirazy. Selepas selesai ditayangkan di pawagam Indonesia, filem ini mula bertebaran dengan CD atau DVD ataupun di internet sendiri. Buat pelajar luar Negara, sudah tentu ‘bekalan’ filem ini diperolehi dari rakan-rakan Indonesia yang pulang ke sana pada musim panas baru-baru ini.

Sememangnya saya melihat perbezaan yang jelas antara filem yang sebelum ini ( Ayat-ayat Cinta) dengan filem terbaru yang dibuat berdasarkan novel Kang Abik (panggilan untuk Habiburrahman). Ramai yang ternanti-nanti filem Ayat-ayat Cinta satu ketika dahulu kerana pembinaan watak dan karakter yang amat kuat dalam novel tersebut khususnya watak Fahri yang digambarkan dengan tasawwur yang cukup sempurna. Namun, sebaik filem yang ditayangkan, ramai yang kecewa kerana kekuatan filem tidak mampu menseimbangkan kekuatan novel yang dibina. Watak Fahri di dalam filem amat lemah berbanding di dalam novel.

Namun kali ini, Kang Abik rasanya mengambil pengajaran dari apa yang berlaku sebelum ini di mana lebih berhalus dalam pembikinan filem Ketika Cinta Bertasbih. Syabas diucapkan kepada team filem ini kerana saya rasa mereka mampu memberi pilihan kepada masyarakat untuk berhibur. Mereka melakukan ‘kerja’ di kala orang lain hanya menjatuhkan hukuman haram @ halal. Mereka memberikan alternatif di kala orang lain hanya menyatakan ini haram, itu tidak boleh, ini dilarang dan sebagainya. Walaupun saya tidak menafikan ada beberapa perkara yang saya tidak bersetuju dalam filem ini. Bagi saya, mereka telah melaksanakan misi dakwah yang besar yang jarang dilakukan oleh orang Malaysia.

Saya bukannya seorang yang ‘kaki novel’. Dalam seumur hidup, saya hanya membaca 2 novel. Yang pertamanya Ayat-Ayat Cinta dan yang keduanya Rona-rona Cinta Damascus. Saya membaca novel ini bukanlah kerana ada kalimah cinta pada tajuknya, tetapi oleh sebab lain. Rona-rona Cinta Damascus saya baca kerana penulisnya adalah bekas pelajar Syria dan dia menulis novel tersebut berbackground kan negara Syria. Secara jujurnya, saya tidak memberi banyak kredit kepada novel tersebut kerana isinya tidaklah sebaik mana tetapi apa yang dipuji ialah penulis telah berjaya keluar dari kepompong ‘orang agama’ dan menembusi bidang baru. Tahniah kepada penulis novel tersebut, saudari Shellawarni.

ISTIMEWANYA

Saya amat memuji novel Ayat-Ayat Cinta (AAC) kerana di dalamnya banyak terselit elemen-elemen yang tidak dibuat oleh penulis-penulis lain. Perbahasan fiqh, keluasan dakwah, kesungguhan belajar, keperibadian muslim dan banyak lagi elemen agama dan ilmu dimasukkan.

Kang Abik masih mengekalkan elemen-elemen tersebut dalam filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB). Saya tidak membaca novelnya, tetapi rasanya mutu novel KCB tidak jauh berbeza dengan AAC.

Beberapa perkara ilmiah yang diletakkan dalam filem ini yang menarik perhatian saya ialah :

1-::: Pebahasan antara Anna dan Furqan ketika majlis pertunangan. Anna telah meletakkan syarat kontroversi iaitu boleh bernikah dengannya tetapi Furqan tidak boleh berkahwin lain selama Anna masih hidup. Furqan menyatakan dia tidak pernah mendengar pendapat ulama yang menyatakan boleh meletakkan syarat sebegitu kerana ia seakan-akan mengharamkan poligami. Lantas Anna mengambil kitab al-Mughni karangan Ibnu Qudamah untuk dijadikan bukti dan dalil atas syarat-syaratnya.

Perbahasan Fiqh Munakahat ini berjaya dibawa secara bersahaja dan mudah difahami walaupun kenyataan-kenyataan ini diambil daripada kitab-kitab yang besar dan jarang orang dapat memahaminya. Secara tidak langsung ia membuka pemikiran kepada Fiqh Perbandingan Antara mazhab dan memberi ilmu kepada masyarakat supaya tidak terlalu rigid terhadap pandangan satu mazhab*.

2-::: Kata-kata watak hero filem ini Khairul Azam terhadap sahabatnya :

(الإيثار بالقرب مكروه وفي غيرها محبوب)

“Memberi keutamaan kepada orang lain dalam perkara ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah adalah makruh, akan tetapi pada perkara yang lainnya adalah dituntut”

Maksud ayat ini ialah, dalam perkara-perkara ibadat, kita dianjurkan untuk berlumba-lumba kepadanya dan mengatasi orang lain contohnya berlumba untuk berada di sof pertama solat jemaah, berlumba untuk sentiasa istiqamah dalam beribadah dan sebagainya. Dalam perkara yang selain daripada perkara ibadat, kita dianjurkan untuk mendahului orang lain contohnya sekiranya kita ada harta, kita diminta untuk mendahului orang lain dengan bersedekah.

Kata-kata ini pada saya boleh mendidik masyarakat dalam mengatahui konsep pengorbanan dalam perhubungan dan persahabatan. Kalimah yang digunakan juga pada asalnya berat untuk difahami oleh orang kebanyakan, tetapi bejaya diringankan dalam bentuk lakonan dan filem.

3-::: Filem ini memberi gambaran kepada antara cara terbaik untuk seorang lelaki meminang seorang perempuan. Begitu juga cara berhubung antara keduanya. Saya amat bersetuju dengan pendekatan yang didedahkan oleh Kang Abik kepada umum dalam isu pertunangan. Pendekatan yang diketengahkan ialah menggunakan orang tengah dalam semua keadaan dan seorang lelaki tidak berhubung terus dengan perempuan untuk menyatakan hasratnya.

Perkara ini sebenarnya sudah jarang diterima masyarakat yang sudah banyak terpengaruh dengan cara orang barat menyatakan isi hati mereka. Mereka lebih suka berkenalan, bercinta 2-3 tahun dan selepas itu baru bercerita tentang kahwin. Harap-harapnya mesej filem ini diterima masyarakat.

KESUNGGUHAN BERDAKWAH

Semasa saya di Darul Quran, pensyarah subjek dakwah saya Ust Zamri Mohd Shapik sering menekankan konsep yang perlu diamalkan oleh seorang pendakwah iaitu “Kita tidak boleh sekadar menghukum. Kita mesti menyediakan alternatif”. Sekiranya kita mengatakan konsert hiburan itu haram, apakah altenatif kita kepada masyarakat untuk hiburan? Adakah cukup sekadar kita kata haram? Begitulah maksud konsep yang beliau utarakan. Oleh sebab itu, jika beliau menjadi pensyarah bagi subjek dakwah, kami semua maklum sudah mesti program-program yang banyak menanti kami. Program bersama orang asli, busana muslimah, membuat filem ringkas dan pelbagai lagi program di beri kepada kami untuk mengasuh minda kami supaya tidak excited dalam menghukum, sebaliknya lebih excited dalam memberikan alternatif kepada masyarakat.

Saya kira filem KCB ini mempunyai kredit yang besar di dalam dakwah. Kesungguhan mereka jelas kali ini kerana memilih pelakon yang dipilih melalui audition secara program realiti TV. Ini adalah supaya tiada lagi pelakon ‘cincai’ sepertimana AAC. Kali ini, kalimah arabnya lebih fasih disebut oleh pelakon, tidak seperti AAC yang terpaksa di’dubbing’kan dengan suara orang lain ketika membaca al-Quran.

Pelaburan besar juga dibuat apabila kali ini apabila penggambaran dibuat di Mesir supaya memberi nilai yang lebih kepada filem. Saya yakin, pendapatan yang besar akan diperolehi oleh team filem ini sama ada kewangan ataupun kesan terhadap mesej yang ingin disampaikan.

Selepas Kiamat Sudah Hampir, Ayat-Ayat Cinta dan terbaru Ketika Cinta Bertasbih di Indonesia, saya amat mengharapkan ada satu produk filem yang sama tarafnya dilahirkan dari Malaysia. Moga-moga jalan dakwah ini akan terus subur dengan kefahaman “Thabat & Murunah”nya Islam ini.

Kredit untuk Ketika Cinta Bertasbih..!!

10 comments on “Kredit untuk Ketika Cinta Bertasbih

  1. salam ziarah saudara!
    ini kali pertama saya melawat blog saudara.juga kali pertama meninggalkan jejak..

    Iya,ketika cinta bertasbih mmg best!banyak manfaatnya…sama seperti blog saudara,banyak manfaatnya.. =)

  2. Assalamualaikum.

    Ape kabar, akhi? Lame sungguh kita tak jumpe. Ade film lain yang baik punye, akh! Sang Murabbi, Laskar Pelangi dan Emak Ingin Naik Haji. Terbaru, sekuel Laskar Pelangi, Sang Pemimpi pun mengandung pesan moral yang sangat dalam. Wallahu ta’ala a’lam. Cuba tanye kat kawan-kawan Indonesia, mesti diorang tau punye. :D

    Wassalamualaikum.

    • Wsalam.Alhamdulillah tamam….
      Loh..banyak rupanya filem-filem lain. Tak berapa nak sampai kat ana tu. Syukran bagitahu. Jaga diri molek2 hidup di perantauan tu.. He he he

  3. Salam..huhu..stuju btol ngn entry saudara mngenai filem kcb tuh..
    cte dia mmg bgus..dan sy juga berpendapat dkwah yg dismpaikan dekat pd kita..
    sy juga stuju yg flem ayt2 cnta kurang penelitiannya..
    teringat sy pd scene ktika maria dihujung nyawa memakai bju serba merah…lalu fahri dan isteri ptamanya solat bjmaah..yg mnjdi pesoalannye..knapa si isteri fahri yg ptama(lupa nama) solat dgn mmakai purdah..mngikut pengethuan sy..tidak sah solat..Ia juga mmbolehkan org kafir branggpan islam itu mnyusahkan..

    walaup0n bgtu..thniah kpd Kang Abik..
    mudah2 an ngra kita dpt produce filem2 islamic cm nih utk mmbasahi jiwa2 mnusia yg kian rosak akbat drpd salahnye memilih hiburan..

    p/s: terdapat ura2 mgatakan kcb nih diharamkan tok di tayangkn di ngra kita..Oleh kerana itu..sy cuba mncari fakta kesahihannya..Kenpa ia diharamkan?kenapa filem yg jauh dr landasan agama cm rmp-it,v3 atau sgala bntuk crita yg kearah barat tidak pula di halang?dan apa pula rasional nya..
    Dalam pencarian mngenai isu nih…blog sudara mnjdi pilihan..

    bgus sgt2..thniah diucpkan..krdit to ilmuanmuda
    salam ziarah

  4. salam…
    this is 1st time i view ur blog…very good…
    1st time tahu KCB ni ade di filem kn..but i know it from lagu yg dinyanyikn melly..
    1st time watching this movie in al hijrah channel..terus rsa sgt teruja..
    keep on repeating this movie in youtube..juga menharapkn akan lahir filem spt ini di mlaysia…

    • Budaya di Malaysia sangat dipengaruhi dengan iklim politik. Sukar untuk orang yang mempunyai aspirasi dakwah untuk berkarya melalui filem. Filem ni memberi kesedaran kepada kita di Malaysia untuk mencuba ruang dakwah yang baru. Dakwah tidak semestinya tersekat di pintu masjid
      By the way, terima kasih atas ziarah. Tak sangka selepas hampir 2 tahun artikel ni dipostkan, masih ada yang sudi memberi komen

    • Selepas filem KCB 1&2, ada sambungannya. Mega sinetron KCB Special Ramadhan. Selepas tu, ada KCB “Mencari Redho Ilahi”. Dan sempena bulan puasa ni, akan ada sinetron KCB lagi, saya tak ingat apa tajuknya. Ceritanya bersambung2.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s