Nampak Pusat ?

Oleh : albanjari

Pagi ini anak sengat sms wak. Kat KL rupanya. Ingat kat hutan. Kuih loyang betui depa ni, ada kaa pi ronda-ronda kat Sri Pentas tak ajak aku. Ciss..! Nak kena kifarah tahap 3 anak sengat ni. Hang balik Ipoh, siap laa..memang nak kena ‘paw’ dengan kambing panggang. Kami makan, hang bayaq ! Hahahha..! Bro Rosli Gopeng boleh kaw-tim tempat…no hal punya kan !

Okaylah. Tekan TV9 pagi ni. Nampak muka Ustaz Akmal Kamarudin – Pengerusi Program SEMARAK Perak tengah dok eksyen cerita program sambut tahun baru. Tahniah Ustaz. Mantap dah tu ! Wak pun sokong penuh program yang dibuat dan disusun oleh SEMARAK ( Sukarelawan Muslim Perak ) yang berani bawa pembaharuan dalam menghayati sambutan tahun baru untuk anak muda. Kombinasi Hiburan dan Tarbiyyah untuk anak muda. Yes ! Kita gegar malam tahun baru 2010 pada malam 31 Disember ini di Taman Tasik Taiping. Ayuh..Anak Muda Geng Kite, kita serbu taman tasik tu nanti yaa ! Kita gegar pentas konsert.

Apa ? Taman Tasek Taiping ? Pulakkkk..! Pasai apa tanya aku macam bapok tertelan kunyit jer ni ? Hehehe…Ceroi la hang, buat-buat terkejut pun tak boleh kaa ? Nak terkejut pasai apa pulak ? Bukan apa..tempat tu kan tempat bapok lepak memalam ! Yaa kaa…! Sapa cakap ? Alaa..aku tau laa, bukan dulu hang yang cakap ! tempat bapok carik makan tu ! Hahaha..! Agak-agak hang bapok malam tahun baru ni layan tak Taman Tasek..! Tadi dok gelak..sekarang hang tanya aku pulak..mana aku tau !

Tapi baguih jugak kalau macam tu. Buat kat tempat yang ‘hot-hot’ sikit. Kasi gempak dengan program macam SEMARAK dok plan ni. Kira mantap laa..! Kalau sebelum ni hang kata bapok rajin carik makan kat situ, mungkin malam tu depa siap pakai purdah lagi. Sapa tau ! Hahaha..! Siap cakap Arab, ana enta lagik..buleh sulam dengan tarbiyyah tu ! Idea yang bagus. Positifnya di sini wak boleh cakap, nampaknya program SEMARAK tu mendahului program dakwah yg diwar-warkan hebat oleh mantan Mufti Perlis itu hari. Belum nampak butir tindakannya lagi. Tapi ini dah lain. Cakap serupa bikin. Tak perlu heboh-heboh 1 reban. Sampai masa, terus gegar ! Yes..caya sama lu, Ustaz Akmal. Syukran-syukran !

Syeih..! Apa diaa ? Hmmm..! Apa dianyaaa..!! Nak cakap sikit lagi buleh ? Apa dia ? Agak-agak wak laa..takdirnya kalau kita jumpa bapok malam tu, depa pakai fesyen Arab nampak pusat lagu mana ? Nampak pusat ?

Hang jangan buat gila !

p/s : Ustaz Akmal Kamaruddin adalah mantan Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS) bagi sesi 2007 dan 2008.

3 thoughts on “Nampak Pusat ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s