Sabar Itu Indah

Assalamualaikum dan salam perjuangan…

Kebelakangan ini, banyak berita yang berbetuk musibah masuk ke peti email saya selain daripada musibah-musibah lain yang berlaku di depan mata. Ayah meninggal tatkala anak diperantauan, sakit kena santau, mak & adik sakit sekaligus, dihalang masuk belajar dan banyak lagi siri-siri ujian Allah kepada hambaNya. Sememangnya, pada kebiasaan kita tidak akan tahu betapa berharganya nikmat sesuatu perkara kecuali apabila kita kehilangan perkara tersebut. Mungkin di saat kita mempunyai jari manis, kita hanya beranggapan bahawa jari itu untuk dipakaikan cincin, tetapi bila kehilangan jari itu, barulah kita tahu bahawa betapa hilang seri hidup tanpa jari itu. Begitu juga dengan nikmat kesihatan, hanya dengan sakit mengajar kita betapa nikmatnya waktu sihat kita itu walaupun sakit yang datang hanya berbentuk batuk dan selsema.

Bagi saya, belajar di bumi Syam ini adalah satu nikmat besar yang Allah kurniakan kepada sesiapa berada di sini. Namun, ramai lagi yang masih tidak mengetahui betapa nikmatnya berada di bumi barakah ini. Masa mereka banyak tidak dimanfaatkan. Para ulama’ dan masyayikh bertaburan untuk mencurah ilmu dan mendidik. Teringat kata-kata orang lama Malaysia di sini : “Kalau anta betul-betul nak belajar di sini, balik rumah pun anta tak sempat”. Saya mengajak benar-benar sahabat-sahabat yang berada di Syria untuk mengaut sebanyak mungkin permata-permata di bumi Syam ini untuk menjadi bekalan kita menuju ke akhirat. Jangan nanti Allah tarik nikmat ini, baru nak menyesal.

Apapun, kepada sahabat-sahabat yang diuji dengan pelbagai cubaan termasuklah yang tak dapat masuk ke Syria untuk belajar semula, saya berpesan untuk terus bersabar kerana sabar itu memang indah. Teringat nasyid yang dialunkan oleh kumpulan al-Anwar yag betajuk “Sabar Itu Indah”. Saya selalu mendengar nasyid ini di kala ‘lemah’ menyapa ketika belajar di Darul Quran dan juga di Syria. Lagu yang ditujukan kepada para huffaz, tetapi boleh dihayati oleh semua orang. Saya kongsikan liriknya di bawah. Moga2 Allah tetapkan kesabaran kita semua. Amin…

Alangkah besar nikmatnya anugerah Allah,

Memuliakan dirimu dengan kitabNya,

Siang dan malam kau bermujahadah,

Bersusah payah menghafaznya.

Jangan lekas berputus asa,

Ia kan berbalas juga,

Kerana setiap yang susah ada hikmahnya,

Berusahalah, berdoalah dan bertawakkallah.

Bukan semua orang mendapat apa yang dicita,

Sedangkan Allah punya kuasa mengurniakannya,

Bersabarlah dalam mujahadah,

Kerana sabar itu terlalu indah.

**Sape nak download lagu, cuba di sini**

3 thoughts on “Sabar Itu Indah

  1. …”Siifat sabar sedikit berbeza,
    ujian yang menimpa sakit dirasa,
    tapi dapat ditahan perasaannya,
    hanya bermain di dalam sahaja,
    diluar tidak nampak terang nyata….”

    Hijjaz, Sifat Mahmudah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s