Catatan Hujung Safar 1431

Assalamualaikum dan salam perjuangan..

Bulan Safar dalam kalendar hijri sudah memasuki fasal akhir. Masa yang berlalu begitu pantas. Semasa bercuti di Malaysia tempoh hari, banyak perkara yang bermain di benak pemikiran saya. Antara yang besar ialah merangka program separuh masa kedua saya di Syria secara terperinci supaya jadual hidup di sini lebih bermanfaat. Perancangan ini sebenarnya penting apatah lagi berada di lubuk ilmu dan ulama ini. Kalau tiada perancangan, sudah pasti menjadi satu kerugian kerana tanpa perancangan, kita akan menemui kegagalan (biasanya). Bak kata kebanyakan motivator “If you fail to plan, you are planning to fail”.

Perancangan saya banyak tertumpu kepada kelengkapan ilmu yang boleh dikaut sepanjang kurang daripada 2 tahun baki saya di Syria (insyaAllah), ditambah dengan multi-skill dan juga perancangan kehidupan peribadi. Target saya untuk ilmu adalah untuk menguasai asas-asas pengkhususan bidang usul fiqh dan hadis. Memang saya akui, amat sukar untuk menjadi alim dalam tempoh hanya 4 tahun di Syria. Akan tetapi ianya cukup untuk meletakkan asas dan batu loncatan yang kuat untuk marhalah-marhalah ilmu yang seterusya. Ya lah, kita belajar ni bukan setakat habis dunia mahasiswa BA kita sahaja. Kita akan sambung lagi ke MA ataupun pada wasilah-wasilah ilmu yang lain. Ulama’-ulama’ yang masyhur pun tidak berhenti menuntut ilmu setakat habis beberapa kitab yang ditalaqqinya.

Untuk multi-skills, saya tiada perancangan khusus. Yang berada dalam kepala hanya untuk memantapkan lagi mutu penulisan melalui update blog peribadi. Sebabnya teringat pesan Pak Subky (Subky Latiff), ‘kalau nak jadi penulis yang bagus, setiap hari kita kena menulis’. Hmm.. setakat ni nampak macam kabur saja.

Namun begitu, walaupun sudah lebih dua bulan tiba di Syria, saya masih gagal mencari ruang masa untuk memikirkan dan menguruskan perkara ini. Masih tiada perancangan rapi. Hanya idea-idea yang sentiasa berterbangan di dalam benak kepala. Minta kepada sahabat-sahabat doakan.

Melihat kepada suasana dalam gerakan Islam PAS sekarang, banyak iktibar yang menjengah dalam fikiran saya. Antara yang utamanya ialah gerakan Islam PAS mesti menghindari secepat mungkin apa yang dikatakan oleh Almarhum Dr.Fathi Yakan sebagai AIDS Haraki. AIDS Haraki diistilahkan kepada penyakit gerakan Islam apabila siasah mendominasi tarbiah. Isu wala’, taat, ukhuwwah, tarbiyyah ruhiyyah, adab berjemaah, dakwah dan pembinaan ahli semakin di pandang sepi oleh ahli gerakan Islam PAS. Semakin ramai ang memikirkan kemenangan politik dan pemerintahan semata-mata. Tidak kurang juga yang memandang sinis program-program tarbiyyah seperti usrah dan tamrin. Harapnya penyakit ini disedari dan dihindari segera oleh PAS. Bimbang nanti sekiranya menang pilihanraya dan dapat pemerintahan, perangai super tuler kata orang Terengganu. Kronisme dan ketidakadilan tetap wujud. Mana taknya, tarbiyyah dipinggirkan.

Moga Allah memudahkan urusan saya dan urusan orang-orang yang berjuang di jalanNya. Kita hanya merancang, kepadaNya jua kita berserah. Hasbunallah wa nikmal wakil.

4 thoughts on “Catatan Hujung Safar 1431

  1. doa dr ana smoga teman thabat dalam menuntut ilmu dbumi syam yang barakah itu.teruskan perjuangan islam ini.semoga kembali ketanah air menjadi seorang da’ie yang membantu jamaah islam InsyaAllah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s