2 thums-up for Mr.Embassador

Bagi anak perantau di luar negara, pejabat kedutaan adalah tempat rujukan utama. Mempunyai duta yang baik adalah bonus bagi anak perantauan tidak kiralah pekerja ke, atau pelajar ke, atau pelabur.

Bagi saya dan sahabat-sahabat di Syria, kami agak berbangga dengan Dato’ Duta yang bertugas sekarang. Amat berbeza dengan yang ada sebelum ini. Sekiranya Duta sebelum ini baik, Duta yang sekarang lebih baik. Pengalaman saya 2 tahun memegang jawatan dalam Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS) cukup untuk membuktikannya.

Dato’ Duta sekarang ialah Tuan Yang Terutama Dato’ Ibrahim bin Abdullah. Beliau dapat gelaran Dato’ ketika bertugas di Syria. Sejak sampai di Syria, sudah nampak gaya beliau adalah seorang yang ‘cakna’ masalah rakyat Malaysia di Syria khususnya pelajar. Memandangkan taburan rakyat Malaysia di Syria adalah kebanyakannya adalah pelajar, maka Dato’ begitu mengambil berat masalah kami.

3 hari lepas, Ummu Hadhari @ Dato’ Mashitah Ibrahim (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri) datang ke Syria. Pada mulanya, delegasi mereka mengatur pertemuan dengan pelajar di hotel, akan tetapi Dato’ Dutalah yang meng’adjust’kannya untuk delegasi bertandang dan berprogram di rumah persatuan yang kecil dan dhaif, supaya mereka melihat sendiri realiti pelajar. Sebenarnya sudah lama Dato’ kurang senang dengan tindakan sebahagian daripada pimpinan kerajaan yang tidak mahu turun mendekati pelajar, kerana kebanyakannya akan memilih beberapa kerat pelajar dan menjamu pelajar tersebut di mana-mana restoran atau hotel, tidak melibatkan semua pelajar. Ia berbeza dengan pimpinan parti pembangkang yang langsung tidak segan untuk turun ke rumah persatuan dan mendekati pelajar termasuklah Presiden Pas, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

Pada pertemuan itu, Dato’ sendiri yang mengemukakan perkara-perkara berkait dengan pelajar kepada Timbalan Menteri. Antara yang diutarakan ialah masalah iqamah pelajar, masalah pengiktirafan sijil, masalah pembahagian zakat oleh sebahagian negeri yang hanya memberi kepada tempat yang diiktiraf, meminta untuk memberi sumbangan kewangan kepada persatuan induk iaitu PPMS dan lastnya menyatakan bahawa hubungan pelajar dengan kedutaan amat baik sekali. Kenyataan dan suara yang disampaikan oleh Dato’ itu amat membanggakan kebanyakan pelajar. Ya lah, mendengar cerita sahabat-sahabat di Mesir, agaknya suasananya bagaikan langit dengan bumi. Kami memang baik dengan Duta sedangkan mereka terpaksa sentiasa berkonfrontasi. Setiap kali hari raya, PPMS memang membuat kerjasama dengan kedutaan untuk membuat sambutan hari raya. Hubungan bukan setakat terhad kepada hubungan organisasi ke organisasi, akan tetapi menjangkaui peribadi. Kadang-kadang Dato’ mengajak kami ke rumahnya untuk menjamu selera. Begitu juga dengan pegawai kedutaan lain, pelajar-pelajar biasa dengan mereka semua. Malah, ada juga menjemput pegawai-pegawai untuk menjamu selera di rumah mereka….Erat dan penuh suasana kekeluargaan.

Dato’ Masyitah pula datang ke Syria dengan pendekatan yang agak berbeza dengan tahun 2006. Pada tahun 2006, kedatangannya seolah-olah memberi signal untuk berkonfrontasi dengan pelajar kerana mempromosikan Islam hadhari bersama-sama Kelab islam Hadhari Universiti Malaya. Kali ini, beliau datang dengan pendekatan lembut (mungkin sebab dah dapat Timbalan Menteri kot..), segala persoalan dijawab dengan baik. Apa yang saya lihat, Dato Masyitah dah prepare dengan jawapan sebelum datang ke sini. Homework sudah dibuat dengan jangkaan soalan-soalan yang akan dilemparkan oleh pelajar timur tengah. Jawapan yang diberi olehnya lancar dan lengkap dengan dalil. Semuanya dirujuk kepada diarinya yang diletak dihadapannya. Kalau orang tak tahu politik, semestinya kagum dengan jawapan beliau. Tapi kalau orang dah biasa dengan politik, dah tentu tak heran la dengan jawapan dia tu..

Apapun, tahniah dan terima kasih buat Dato’ Duta TYT Ibrahim bin Abdullah kerana sangat empati dengan pelajar. Sukar rasanya untuk mencari yang sama dengannya. Akan tetapi, saya baru mendapat maklumat yang Dato’ akan ditukarkan ke Eropah untuk tugas yang berikutnya bulan Mac nanti. Sedih pulak rasanya. Dapat duta yang baik-baik, sekejap je. Tak tahu la pattern apa pulak yang kami dapat nanti.

Anyway, 2 thumbs-up for Mr.Embassador for the good job and responsibilty

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s