Jawapan Kepada Alang

Terima kasih diucapkan kepada saudara Alang kerana melontarkan persoalan yang membina pada artikel “Dakwah Tidak Dapat Dipikul Oleh Orang Yang Manja”. Sebenarnya, artikel tersebut bukan artikel tulisan saya. Saya copy & paste dari Dakwah.Info hasil tulisan Drs. DH Al Yusni dengan sedikit editing kerana artikel asal dalam bahasa Indonesia. Dan sebenar-benarnya juga sudah 2 kali saya publishkan artikel ini kerana boleh memberi motivasi kepada pejuang-pejuang dakwah semua.

 Namun begitu, tidak pula terlintas dalam fikiran saya untuk mempersoalkan fakta yang ada dalam artikel tersebut kerana memberi ‘thiqah’ sahaja kepada penulis terhadap kesahihan fakta sehinggalah saudara Alang bertanya. Terima kasih sekali lagi untuk beliau. Persoalan beliau memang wajar dihargai. Sila bangun dan tepuk tangan untuk diri sendiri kerana saya menyanjungi anda. Okey, cukup la tu. Sikit-sikit je sudah. Hehe… (Benkareem jangan marah…)

Dalam ruangan komen, beliau berkata :

Tahniah atas psembahan ini..cume 2 perkara ingin pjelasan..sumenye b0ut fakta..

1.adakah betul alasyari mengalami seksaan sperti itu pd perang zatu riqa’? Krn setau sy,dlm pristiwa tsebut xde blaku sbarang ptempuran..

2.boleh kemukakan nama2 yg diseksa dgn sisir,gergaji,4 ek0r kuda n myk panas tersebut?

Jazakallah..

 

Untuk persoalan pertama, saya kemukakan hadis yang diriwayatkan dari Abu Musa al-Asy’ari sendiri yang sahabat-sahabat semua boleh dapati dalam Sahih al-Bukhari atau Sahih Muslim :

 

حدثنا محمد بن العلاء حدثنا أبو أسامة عن بريد بن عبد الله ابن أبي بردة عن أبي بردة عن أبي موسى رضي الله عنه قال ::

 خرجنا مع النبي صلى الله عليه و سلم في غزوة ونحن ستة نفر بيننا بعير نعتقبه فنقبت أقدامنا ونقبت قدماي وسقطت أظفاري وكنا نلف على أرجلنا الخرق فسميت غزوة ذات الرقاع لما كنا نعصب من الخرق على أرجلنا . وحدث أبو موسى بهذا ثم كره ذاك قال ما كنت أصنع بأن أذكره كأنه كره أن يكون شيء من عمله أفشاه

Dari Abu Burdah dari Abu Musa al-Asy’ari r.a., katanya: “Kami (para sahabat) telah keluar bersama Rasulullah s.a.w. dalam satu peperangan. Kita semua ada enam orang banyaknya (yakni yang menyertai Nabi s.a.w. itu). Dan kami hanya mempunyai seekor unta untuk kami saling berganti menaikinya. Maka berlubang-lubanglah kaki-kaki kami. Kakiku juga berlubang dan kuku-kukuku jatuh. Lalu kami balutkan kaki-kaki kami dengan beberapa helai kain. Dengan sebab itu, peperangan itu dinamakan perang Dzatur Riqa’ (mempunyai beberapa balutan kain) kerana kami membalutkan beberapa helai kain pada kaki-kaki kami tadi.”

Ketika meriwayatkan hadis ini, Abu Burdah berkata: “Abu Musa menceritakan Hadis ini, kemudian ia merasa tidak senang dalam menghuraikannya dan dia mengatakan: “Apa yang dapat saya lakukan dengan menyebut-nyebutkannya itu?” Abu Burdah melanjutkan katanya: “Seolah-olah Abu Musa itu tidak senang kalau menyebutkan sesuatu amalannya, lalu disiar-siarkannya.” (Muttafaq ‘alaih)

 Sahih al-Bukhari : Kitab al-Maghazi : Bab Ghazwah Dzatir Riqa’

Sahih Muslim: Kitab al-Jihad was-Sair : Bab Ghazwah Dzatir Riqa’

 Wallahua’lam..

 

Untuk persoalan kedua, saya meminta maaf kerana tidak dapat menjawab secara tepat persoalan yang dilontarkan. Fakta yang tepat saya tidak ingat secara detail, tetapi saya tahu fakta ini benar kerana banyak kali mendengar ulasan mengenai kisah-kisah pejuangan orang-orang dahulu.

 Mungkin saya boleh utarakan satu hadis yang terlintas di fikiran saya ketika membaca soalan Alang (walaupun memang saya tak ingat matannya). Kisah dalam hadis ini saya ulang kepada adik-adik diskusi PPMS (usrah) saya dalam beberapa pertemuan sebelum ini sebagai muhasabah pejuang dakwah.

 

حَدَّثَنَا الْحُمَيْدِىُّ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ حَدَّثَنَا بَيَانٌ وَإِسْمَاعِيلُ قَالاَ سَمِعْنَا قَيْسًا يَقُولُ سَمِعْتُ خَبَّابًا يَقُولُ أَتَيْتُ النَّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – وَهْوَ مُتَوَسِّدٌ بُرْدَةً ، وَهْوَ فِى ظِلِّ الْكَعْبَةِ ، وَقَدْ لَقِينَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ شِدَّةً فَقُلْتُ أَلاَ تَدْعُو اللَّهَ فَقَعَدَ وَهْوَ مُحْمَرٌّ وَجْهُهُ فَقَالَ « لَقَدْ كَانَ مَنْ قَبْلَكُمْ لَيُمْشَطُ بِمِشَاطِ الْحَدِيدِ مَا دُونَ عِظَامِهِ مِنْ لَحْمٍ أَوْ عَصَبٍ مَا يَصْرِفُهُ ذَلِكَ عَنْ دِينِهِ ، وَيُوضَعُ الْمِنْشَارُ عَلَى مَفْرِقِ رَأْسِهِ ، فَيُشَقُّ بِاثْنَيْنِ ، مَا يَصْرِفُهُ ذَلِكَ عَنْ دِينِهِ ، وَلَيُتِمَّنَّ اللَّهُ هَذَا الأَمْرَ حَتَّى يَسِيرَ الرَّاكِبُ مِنْ صَنْعَاءَ إِلَى حَضْرَمَوْتَ مَا يَخَافُ إِلاَّ اللَّهَ »

Diriwayatkan dari Qais berkata: Aku telah mendengar Khabab r.a berkata: “Aku telah mendatangi Rasulullah s.a.w. sedang baginda berbantalkan burdah di bawah teduhan Kaabah. Ketika itu kami sedang menerima penyiksaan yang keras dari kaum musyrikin lalu aku berkata: Tidak mahukah kamu berdoa kepada Allah (untuk memenangkan kami)? Lalu Rasulullah s.a.w. duduk dengan merah padam mukanya lantas bersabda: –Sesungguhnya telah terjadi kepada orang-orang sebelum kamu telah disikat dengan sikat-sikat besi yang mencakar-cakar daging-daging dan urat-urat mereka hingga ke tulang-tulang mereka. Itu tidak memalingkan muka dari agama mereka. Kepala mereka digergaji hingga terbelah dua. Ini tidak memalingkan mereka dari agama mereka. Satu masa nanti pasti Allah akan menyempumakan urusan agama ini (dengan memberi kemenangan kepadanya) di mana orang yang menunggang itu berjalan dari Sana’a (di Yaman) ke Hadramaut tanpa rasa takut kecuali hanya kepada Allah dan hanya bimbangkan serangan serigala ke atas kambing-kambingnya -“.

Sahih al-Bukhari : Bab Ma Laqian Nabi wa Ashabuhu minal Musyrikin bi Makkah

 

Dalam Fathul Bari, ada dinyatakan bahawa penyeksaan-penyeksaan itu dilakukan kepada para anbiya dan juga pengikutnya.

Wallahu a’lam.

 p/s : Kepada sahabat-sahabat yang ada maklumat kepada persoalan ini, boleh bekongsi di ruangan komen. Jazakumullahu khairan.

One thought on “Jawapan Kepada Alang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s