Salam Imtihan 2010

IMTIHAN just around the corner. Suasana di sekitar Damsyik bagaikan malaikat lalu ketika ini. Sebahagian besar pelajar Malaysia menumpukan fokus kepada imtihan.  Kebanyakan pusat pengajian Syria akan memulakan imtihan masing-masing awal Mei ini dan sebahagian lain awal Jun. Saya amat berharap doa sahabat-sahabat yang lain moga dipermudahkan segalanya.

Di tempat saya, imtihan bermula 8 Mei, 8 hari lagi. Dengan sistem penggal, ia agak mencabar berbanding sistem semester yang digunakan di kebanyakan pusat pengajian di Malaysia. Exam setahun sekali dan tiada mid-term dan sebagainya. Agak memeningkan. Jumlah subjek saya tahun ini ialah 16 SUBJEK…… Peperiksaan selama 5 minggu. Allahumma sahhil lana.

Di celah-celah jadual untuk mengulangkaji, sempat juga saya membaca perkembangan PRK di Hulu Selangor. Terima kasihkepada saudara FZTR kerana rajin mengupdate blog ketika bertugas di sana.Terlepas juga rindu bekerja dalam PRK. Sememangnya bekerja dalam PRK jauh bezanya dengan PRU. Lebih mencabar dan berat..Naik juga semangat ni setelah mata dan otak asyik menghadap buku dan tulisan-tulisan nota. Moga semangat jihad yang bertiup di sana dapat saya rasai di sini. Walaupun kalah dalam bilangan undi,kita tetap menang di sisi Allah. Apa yang penting ialah usaha yang telah dibuat dan pergantungan kita kepada Allah.

Begitu juga kepada sahabat-sahabat yang bakal menghadapi imtihan. Ingat la, kita hanya mampu berusaha…yang bakinya kita serahkan kepada Sang Pencipta. Allahummaj’alna minan najihin wal faizin fid dunia wal akhirah.

2 thoughts on “Salam Imtihan 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s