Al-Fatihah untuk Almarhum Ust Hassan Shukri

Assalamualaikum dan salam perjuangan.

Sudah ramai yang membuat catatan peribadi untuk Almarhum Ust Hassan Syukri yang pergi meninggalkan kita pada hari Isnin lepas. Bagi ‘orang baru’ dalam gerakan Islam di Malaysia, mungkin nama Ust Hasan Shukri agak janggal bagi mereka. Namun bagi orang lama dalam gerakan Islam di Malaysia, Ust Hassan Shukri merupakan ikon pejuang sejati yang amat ikhlas dalam perjuangan menegakkan Islam di muka bumi Allah s.w.t.

Apatah lagi sekiranya bagi penggerak-penggerak Islam yang sering beraktiviti di Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar sudah pasti merasai kenangan manis dan roh perjuangan yang mana Ust Hassan Shukri lah yang menjadi ‘arkitek’ pembinaan markaz tersebut.

Tidak dapat dinafikan, almarhum adalah antara 10 orang pemuda yang telah dihantar oleh PAS ke Iraq untuk menuntut ilmu satu masa dahulu dan secara langsung menerima daripada tarbiyyah Ikhwan Muslimun di Iraq. Setelah pulang, beliau menunjukkan hasil yang memberangsangkan sehinggalah ke akhir hayat beliau.

Ketika pulang bercuti ke Malaysia tahun lepas, saya meletakkan agenda utama untuk berjumpa dengannya bersama beberapa pimpinan lain bagi mendapatkan mutiara-mutiara berharga daripada mereka. Namun, keterbatasan waktu saya di Kuala Lumpur menyebabkan saya tidak berjaya untuk berjumpa dengannya. Saya hanya sempat berjumpa dengan Ust Harun Taib di Kubang Lembek sebelum pulang ke Syria.

Teringat kata-kata PJ Pas Selangor ketika meraikan kemasukan Dato’ Zahar Hashim ke dalam Pas. Beliau mengulas mengenai keikhlasan ahli-ahli Pas yang tetap dalam perjuangan walaupun sering ditimpa kegagalan. Katanya :

“Dalam Pas, kalau kalah (kita) makin kuat. Kalah, kita makin kuat. Kalah, kita makin kuat. Itu sebab tawarannya bukan kalah dan menang dalam pilihanraya. Bekas Pesuruhjaya Pas dan juga bekas pemimpin Pas, Ust Hasan Shukri misalnya, dah masuk pilihanraya tak kurang dari 6 kali. Ceritanya kalah, kalah, kalah, kalah… Surutkah dia ke belakang? Satu inci pun dia tak pernah surut ke belakang. Melainkan terus melangkah ke hadapan, memimpin anak-anak muda, memimpin orang-orang baru termasuk saya ini dalam rangka untuk mendapat redha Allah s.w.t”

Hari ini, Ust Hasan Shukri telah pergi meninggalkan kita. Matinya ketika masih dalam perjuangan menegakkan Islam. Walaupun hati sayu, tapi saya gembira kerana noktah baginya adalah husnul khatimah. Apa yang masih difikirkan ialah apakah nasib saya nanti….. !!?

Al-Fatihah untuk Ust Hasan Shukri !

Link lain mengenai pemergian Almarhum :

Ust Hassan Shukri kembali ke rahmatullah

Ust Hassan Shukri dalam kenangan

Salam Takziah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s